Thursday, December 25, 2014

Bencana Banjir Kuala Kangsar

Setelah kemarau sekian lama berlakulah hujan lebat selama beberapa hari di seluroh Semenanjung Malaysia sehingga berlakunya Banjir khususnya di Kuala Kangsar, Perak.




Pada 24-12-2014 Ternakan Ikan dalam Sangkar di Jalan Kota Kiri Kuala Kangsar telah dinaiki air sehingga menyebabkan Sangkar-sangkar ikan rosak teruk,



Keparasan air menaiki sehingga menghapus bumbong sheley bersebelahan pinggir sungai tersebut menyebabkan berlakunya banyak kerosakan kepada Sangkar yang berjumlah 40 sangkar.



Seelah dibuat penilaiaan ke atas sangkar sangkar yang ada termasok ikan-ikan yang berada didalam sangkar berjumlah sebanyak RM 60.000 keselurohanya. Banyak tong tong yang di jadikan sebagai pelampong telah dihanyutkan air.



Keadaan Sangkar ikan sehari sebelum berlakunya Banjir.




Friday, December 19, 2014

Majlis Perasmian Persidangan


Kesatuan Pekerja Pekerja Penguasa Penguasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE Semenanjung Malaysia) telah berjaya mengadakan Persidangan Perwakilan Tri Tahunan kali ke 25 pada 17-18/12/2014 di Dewan Mesyuarat, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah.


En. Pissal bin Abu Setiausha Koperasi
KOSPETA Malaysia Berhad sedang berucap


Sebahagian dari Perwakilan

Disebelah malamnya diadakan Majlis Makan Malam dihadiri seramai 500 orang Perwakilan dan Pemerhati diseluroh Negara. Majlis ini diadakan Sempena Persidangan ini bertempat di Dewan Banquet, Majlis Perbandaran Sungai Petani di rasmikan oleh YAB. Dato' Seri Haji Mukhriz bin Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah.

Pejabat Majlis Perbandaran Sungai Petani

Ketibaan YAB Dato' Seri Haji Mukhriz bin Tun Mahathir disambut oleh Presiden ANULAE Semananjung Malaysia Merangkap Presiden Cuepacs bersama dengan Dato' Harun bin Jasin Pegawai Daerah Kuala Muda serta Yang di Pertua Majlis Perbandaran Sungai Petani.

Menunggu Ketibaan YAB Menteri Besar, Kedah
Menyemat Bunga oleh Puan Norazuwa Pissal
Perarakan Masuk

Sebaik sahaja YAB Dato' Seri sampai di meja VIP lagu Negara Ku dan lagu Allah Selamat Sultan dinyanyi oleh Kumpulan Koir Kakitangan Majlis Perbandaran Sungai Petani yang diketuai oleh Puan Norazuwa bte Pissal


Meja VIP
Orang Ramai yang hadir

Selepas persembahan koir diteruskan bacaan doa dan pengacara majlis terus menjemput YBhg. Datuk Azih bin Muda memberi ucapan dan selepas itu YAB Dato' Seri Haji Mukhriz bin Tun Mahathir berucap dan merasmikan Majlis Makan Malam serta Persidangan Perwakilan Tri Tahunan Kali Ke 25, ANULAE Semenanjung Malaysia.

YBhg. Datuk Azih bin Muda sedang berucap
Sebahagian dari Tetamu

Saturday, December 13, 2014

Konvensyen Koperasi Kredit

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) telah berjaya menganjurkan Konvensyen Koperasi Kredit selama 3 hari 2 malam pada 11-13 Disember 2014 bertempat di Pearl International Hotel, Kuala Lumpur.

Hotel Pearl International

Majlis Perasmian Konvensyen diadakan pada hari pertama pada 11 Disember 2014 jam 4.00 petang. yang dihadiri oleh seramai 266 orang peserta diseluroh negara telah di rasmikan oleh YB. Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan Timbalan Menteri Kewangan.


Ucapan Presiden ANGKASA
Ucapan dan Perasmian oleh YB. Datuk Hj. Ahmad
bin Hj. Maslan Timbalan Menteri Kewangaan

Presiden ANGKASA YBhg. Dato' Hj. Abdul Fattah Hj. Abdullah memberi ucap utama dalam ucapan perasmian dengan mengalu-alukan kehadirin YB. Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan Timbalan Menteri Kewangaan.

Sebahagian dari Peserta
Pegawai Pegawai Tertinggi ANGKASA

Selesai sudah majlis perasmian pada jam 6.00 petang semua peserta ke jamuan teh dan selepas makan malam jam 8.30 malam Konvensyen bermula dengan Pembentangan Kerta Kerja bertajuk Kunci Kepada Strategi oleh YBhg. Ustaz Hj. Mohd. Nasir Ismail (Islamic Banking & Finance Institute Of Malaysia) mana kala moderatornya Dato' Che Mohd Shukree Che Isa.





Majlis Sual Kenal

Hari kedua 12 Disember 2014 sebanyak 4 kerta kerja dibentangkan 2 kertas kerja pagi 1 disebelah petang dan 1 disebelah malam diatas tajuk:-

Penceramah Kedua
Sebahagian Peserta

8.15pg hingga 10.15 pg bertejuk Produk dan Perkhidmatan oleh YBhg. Ustaz Ahmad Zakirullah Mohammed Sharaani (Islamic Banking & Finance Institute Of Malaysia).



10.15 pg hingga 12.30 tengahari Ceramah bertajuk Pengurusan Kredit oleh En. Mohammed Firdaus bin Kader Mohideen (Panel Konsultant IBFIM) program ditanguhkan untuk membolehkan peserta menunaikan solat jumaat.



3.00 petang hingga 5.00 petang Ceramah bertajuk Peranan KOPSYA di dalam Memperkasakan Koperasi oleh Y.Bhg. Dato' Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwan Wafa (Ceo KOPSYA).



8.30 malam hingga 10.30 malam Ceramah bertajuk Pengerusan Kutipan (Collection) dan Kawalan Pinjaman Bermasaalah oleh Hj. Kamaruzzaman Hj. Kassim (Panel Konsultan IBFIM).



Hari ke Tiga pagi hanya 1 kertas kerja bertajuk Peluan Perniagaan Bersama MyAngkasa Mobile dan Kad Keahlian oleh En. Husnaidy Ibrahim (Pengurusan Bahagian Keusahawanan) dan selepas itu diteruskan dengan Perasmian Penutup Konvensyen Koperasi Kredit oleh Y.Bhg Dato' Hj. Mutadho Bahri Timbalan Presiden ANGKASA.

Sessi Pembentanggan

Program bersurai pada jam 1.00 tengahari sebaik sahaja selepas jamuan makan tengahari.

Menjamu selera
Checkout