Thursday, March 31, 2011

Kitar Semula Majlis Daerah Sik

Hasil perjumpaan dan taklimat oleh PPSPPA, environment IDAMAN Sdn Bhd kepada Majlis Daerah Sik serta lain-lain Jabatan Kerajaan peringkat Negeri dan Persekutuan diDaerah Sik pada 24 Februari 2011 bertempat di Bilik Mesyuarat Sik Inn telah membuahkan hasil dan menjadi KENYAATAAN.

Pejabat Majlis Daerah Sik
Kain Sepandok

Hari ini 31 March 2011 tarikh yang dipilih dan dipersetujui setiap penghujung bulan diadakan Program Kitar Semula yang bermula dari jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi bertempat di Anjung Pejabat Majlis Daerah Sik, Sik Kedah.

Barang-barang sedang ditimbang

Sebaik sahaja kaunter dibuka Majlis Daerah Sik mendahului lain-lain Jabatan dengan mengumpul kertas terpakai sebanyak 717.5 kilo tidak termasok Botol-botol Plastik, Kotak dan Besi serta tin-tin. Jabatan yang turut serta Jabatan Risda, TNB, Jabatan Kebajikan, Jabatan Pertanian, PPSPPA dan orang-orang persaorangan.

Kakitangan Majlis Daerah Sik sedang menyusun 
Kertas-kertas terpakai untuk dikitar
Peg. Penguatkuasa Majlis Daerah Sik

Kutipan hari pertama menyaksikan banyak barang-barang yang dihantar oleh Jabatan-jabatan atau orang-orang persaorangan kebanyakan Kertas, Botol Plastik dan Besi. Semua barang-barang tersbut dibawa terus ke kaunter yang disediakan. 

Jabatan Pertanian

Jabatan Risda
TNB
Orang Persaorangan

Sebaik sahaja program ini selesai dan kaunter ditutup pada jam 11.30 pagi En. Pissal Abu Officer environment IDAMAN Sdn Bhd terus membuat bayaran kepada Pegawai Akaun Majlis Daerah Sik sebanyak RM 586.00 dengan disaksikan oleh Pegawai PPSPPA.

En Pissal Abu sedang menyerahkan hasil jualan 
kepada Pegawai Akaun.

Jam 11.30 pagi kaunter ditutup kesemua barang-barang 3R dibawa naik ke lori untuk membawa balik ke Alor Setar untuk ke kedai kitar semula.

Barang-barang yang dikumpul
Barang-barang dibawa naik ke Lori

Sebelum bersurai Tuan Yang DiPertua Majlis Daerah Sik telah menyediakan makan tengahari kepada semua Staff dan pekerja-pekerja yang menjalankan program kitar semula.

Bacaan Doa
Jamuan Makan
Video Kitar Semula

Terima kasih kami ucapkan. 


Wednesday, March 30, 2011

Mesyuarat Gotong Royong

KRT Taman Setia Jaya, Tanah Merah Jitra telah mengadakan mesyuaratnya bagi membincang mengenai program gotong royong bersama-sama denga penduduk di Taman tersebut pada 29 march 2011 jam 9.00 malam bertempat di Dewan Orang Ramai (RPA) Taman Setia Jaya, Tanah Merah, Jitra.

environment IDAMAN Sdn Berhad diwakili oleh En. Pissal Abu dari Corporate Communication Department  Alor Setar manakala En. Zakaria Ariffin dari Service Unit Kubang Pasu menghadiri mesyuarat pada malam tersebut.

Mesyuarat diPengerusikan Pengerusi KRT
En Zakaria Kubang Pasu

Majlis tersebut akan diadakan selama 2 hari iaitu pada 1 - 2hb April 2011dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang Hari Pertama Jumaat jam 8.00 pagi dimulakan dengan Senamrobik dengan diikuti Ceramah Kesihatan dan Majlis Perasmian oleh Tuan Pengarah Jabatan Perpaduan Daerah Kubang Pasu. 




Hari ke - 2 jam 8.00 pagi akan dimulakan program gotong royong yang disertai oleh seramai 200 orang terdiri dari penduduk-penduduk, pelajar dan kakitangan environment IDAMAN Sdn Berhad.

Mesyuarat tamat pada jam 11.30 malam.  

Taklimat SOP - CCD Sg. Petani

Taklimat SOP di Service Unit Sungai Petani diadakan pada 29 March 2011 jam 3.00 petang diPejabat Sungai Petani Service Unit, sungan petani, Kedah.

Pejabat Operasi di sungai Petani
Setor Barang diTingkat Bawah

Taklimat tersebut dihadiri oleh kakitangan dari Baling, Bandar baru dan Sungai Petani Service Unit. En. Afzainizam, Ketua Eksekutif Corporate dengan dibantu oleh En. Pissal Abu memberi taklimat kepada seramai 20 orang mengenai masaalah pengisian borant NTC dan aduan.

En. Afzainizam sedang menulis sesuatu
En. Pissal sedang memasuki data untuk taklimat

Tuan Haji Kamarulzaman Ketua Service Unit Sungai Petani, En. Ishak, En.Nor Effendy En.Saufi dan Penyelia-penyelia hadir didalam program ini.

En. Ishak dan En. Noraffendy

Sebahagian dari Kakitangan 

 Majlis berakhir pada jam 6.00 petang.

Majlis Perpisahan Kakitangan

Jabatan Sumber Manusia telah mengadakan satu Majlis Perpisah khas untuk Sdr. Rammon Noel Fithry Hak pada 29-03-2011 jam 1.00 tengahari di Bilik Latihan,

Kek
Kakitangan Wanita Yang Hadir

Majlis ini dihadiri oleh YBhg En. Mhd Saiful Anuar Zainal Ketua Pegawai Eksekutif serta lain-lain Ketua Jabatan dan Kakitangan-kakitangan Syarikat di Alor Setar.

Tuan Ceo bersama En Rammon

Majlis bermula dengan ucapan Puan Sunita dan di-ikuti dengan ucapan Tuan CEO serta sahabat-sahabat yang lain kemudian ucapan orang yang di raikan. Bacaan doa oleh En. Helmi sebelum acara jamuan makan bermula.

Ucapan Pn. Sunita
SBK memberi ucapan
Sedang mendengar ucapan
Hai Kak Su tak sabar nampaknya
Hai Posting lawa nampak
Tuan Ceo berbincang sesuatu dengan En. Pissal



Tuesday, March 29, 2011

Taklimat SOP - CCD Alor Setar

Corporate Communication Department Alor Setar telah mengadakan Taklimat mengenai SOP   kepada staff-staff dari Kubang Pasu, Padang Terap dan Alor Setar mengenai Aduan dan Lapuran Harian pada 28 March 2011 bertempat di Bilik Latihan A, Pejabat environment IDAMAN Sdn Bhd, Alor Setar, Kedah.

Pejabat ENVI-IDAMAN Alor Setar

Taklimat ini disampaikan oleh En. Afzainizam Abd. Rahim Ketua Corporate Communication Department kepada seramai 20 orang yang hadir dengan dibantu oleh En. Pissal Abu, Officer Corporate Communication Department Alor Setar.

En. Afzainizam Abd. Rahim sedang menyampaikan taklimat
Sebahagian dari Peserta
Peserta dari Semua Unit
Video Tajklimat

Selepas taklimat disampaikan beberapa soalan telah dibangkit dan semunya dijawab dan majlis tersebut selesai pada jam 1.30 tengahari. 




Saturday, March 26, 2011

Karnival Kedah Sejahtera 2011

Karnival Kedah Sejahtera Peringkat Daerah Yan 2011 telah diadakan selama 3 hari bermula pada 25 - 27 March 2011  bertempat di Dewan Serbaguna, Pekan Guar Cempedak, Gurun, Kedah.

Dewan Serbaguna 

Majlis penyempurnaan perasmian program ini telah dirasmikan oleh Y.A.B. Dato' Seri Ustaz Azizan bin Abd Razak, Menteri Besar Kedah.

Gerai environment IDAMAN Sdn Bhd
En. Afzainizam sedang memberi penerangan

Pelbagai program diadakan termasok Pameran dari Jabatan-Jabatan Kerajaan, Ngo-Ngo serta Swasta turut mengambil bahagian didalam pameran selama 3 hari.  Selain dari itu aktiviti-aktiviti yang dijalankan Forum Perdana, Pertandingan Suara Burung, Futsal dan Netball serta lain-lain lagi.

Video Pameran
Majlis Daerah Yan
Pejabat Tanah
Jabatan Kesihatan

Jabatan Kerajaan yang menyertainya pameran Pejabat Tanah, Pejabat Majlis Daerah Yan, Jabatan Kesihatan, Pejabat Fama, Polis, Jabatan Pertahanan Awam (JPA 3), Rela ,Jabatan Bomba, Perbadanan Kemajuan Negeri Kadah dan Tabung Haji, Pameran ini dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 9.00 malam.

Pameran dari Swasta
Pameran Dari Swasta
Pertandingan Suara Burung
Pengadil sedang mengadil
Hadiah Pertandingan

Video Gambar Keselurohan


Bersambung lagi......

Gotong Royong Perdana 2011

Rukun Tetangga Taman Mashuri, Pusat Khidmat Parlimen, Majlis Daerah Kubang Pasu dengan kerjasama environment IDAMAN, IPDA, AADK, Klej Pertanian, Giat Mara, UUM, UITM, ILP, JPJ Kubang Pasu, Hospital Jitra, Pejabat Kesihatan, Bomba Sukarela, JKKP dan MKK Tmn. Mashuri telah menganjurkan Gotong Royong Perdana dari jam 8.00 pagi hingga jam 1.00 tengahari pada 26-03-2011 bertempat di Surau An Nur, Taman Mashuri Fasa 2, Jitra, Kedah.

Tetamu Kehormat
Ucapan Y.B. Wira Mohd. Johari bin Baharum
Video Ucapan Perasmian

Majlis perasmian gotong royong oleh Y.B. Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta penyampaian sijil penyertaan kepada agensi-agensi yang menyertai pameran dan gotong royong. Peserta yang mengambil bahagian hari ini seramai 350 orang terdiri daripada Pusat Penganjian Tinggi Jabatan Kerajaan, Ngo dan Swasta.

Apa Kata Y.B. Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum
En. Pissal Abu Menerima Sijil Penyertaan

Gotong royong bermula sebaik sahaja alatan-alatan kerja dari environment IDAMAN dan Majlis Daerah Kubang Pasu tiba dan alat-alat tersebut diberikan kepada peserta-peserta yang menghadiri program gotong royong ini.

Alatan Gotong Royong

Memandangkan sambutan yang hangat dengan kehadiran begitu ramai peserta-peserta maka alat-alatan gotong royong yang dibekalkan oleh environment IDAMAN dan Majlis Daerah Kubang Pasu tidak mencukupi namun begitu kerja-kerja dapat dijalankan.

Y.B. Dato' Wira Mohd Johari dan Y.B. Dato' Saad Man
Aktiviti Sempena Gotong Royong

Gotong Royong yang diketuai oleh Y.B. Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum bersama Y.B Dato' Saad Man serta Peserta-peserta lain dan dimulakan pada jam 8.00 pagi. Setiap peserta menjalankan tugas masing-masing dengan membersih segala sampah-sampah sarap dan lunggok. Sayangnya lebih kurang jam 9.00 pagi hujan lebat telah turun maka semuanya berpatah balik ke dalam khemah.

Y.B. Dato' Wira Mohd. Johari Baharum sedang bergotong royong
Peserta-Peserta Gotong Royong
Kerja-Kerja Gotong Royong
Peserta Gotong Royong
Pekerja environment IDAMAN Sdn Bhd

Selain program gotong royong peserta-peserta yang hadir dapat menyaksikan Pelbagai Pameran dari Jabatan-Jabatan Kerajaan dan sekali gus boleh menderma darah yang dikelolakan oleh Hospital, Jitra.  

Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Kubang Pasu
Andi Dadah Kebangsaan
Derma Darah

Pada jam 1.00 tengahari, selepas majlis penutup semua yang hadir dijemput menikmati jamuan makan tengahari yang disediakan khas untuk peserta-peserta gotong royong yang dimasak secara gotong royong oleh Penduduk-penduduk di Taman Mashuri.

Gotong Royong Memasak Nasi
Jamuan Makan Tengahari
Peserta-peserta sedang menjamu selera
Gambar diSekitar Gotong Royong