Sunday, November 23, 2014

KONVENSYEN PERPADUAN NASIONAL

Gabungan Ngo-Ngo di Malaysia yang dinamakan Pengerak Perpaduan Nasional telah berjaya mengadakan Konvensyen Perpaduan Nasional pada Ahad 23/11/2014 / 30 Muharam 1436 H bertempat di Pusat Islam Kuala Lumpur.


Pengerusi Jawatankuasa Induk Konvensyen Perpaduan Nasional YBhg. Datuk Azih bin Muda merangkap Presiden Cuepacs. Konvensyen ini di hadiri oleh seramai 1,000 orang dikalangan 214 Ngo-Ngo di Malaysia.

YABhg. Tun Abd. Hamid Mohamad bersama
YBhg. Datuk Azih Muda 

Majlis perasmian Konvensyen tersebut ialah YABhg. Tun Abd. Hamid Mohamad mantan Ketua Hakim Negara bagi mengantikan Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia yang disaat saat akhir tidak dapat hadir.


Sebahagian dari Perwakilan

YABhg. Tun Abd. Hamid Mohamad dalam ucapan khasnya mengenai akta hasutan 1948 mendapat tepukan riuh dari semua perwakilan yang hadir dan seterusnya beliau membaca tek ucapan dari Y,A,Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad.serta merasmikan Konvensyen ini.



Seramai 24 orang mengambil bahagian membahas terdiri daripada Ngo-Ngo dan Persaorangan sebaik sahaja selepas pembentangan Laporan Memerandum Perpaduan Nasional (LMPN) dan Usul oleh Y.Bhg. Dato' Ibrahim Ali Pengerusi JK Penyediaan Memorandum Perpaduan Nasional merangkap Presiden Perkasa Malaysia



Program berakhir pada jam 5.30 petang sebaik sahaja selepas Rumusan serta Pergulongan oleh YBhg. Datuk Azih bin Muda Pengerusi Konvensyen merangkap Presiden Cuepacs.





Bergambar sebelum Konvensyen

Monday, November 17, 2014

Perjumpaan Dengan Presiden Cuepacs

Perwakilan dari Kesatuan Imigresen dan Kastam telah mengadakan perjumpaan dengan YBhg. Datuk Azih bin Muda Presiden Cuepacs pada Isnin 17/11/2014 jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Kenanga tingkat 4 Hotel Kuala Lumpur.




Seramai 20 orang yang mewakili kesatuan masing-masing dalam perjumpaan yang diadakan khas bagi membincang masaalah masaalah semasa yang di hadapi oleh kedua-dua kesatuan ini beruniform ini.



Selesai sahaja perbincangan diadakan satu sidang media diadakan di bilik tersebut yang dihadiri oleh pemberita pemberita dari pelbagai akhbar termasok TV 1 dan TV 3. Presdien Cuepacs YBhg. Datuk Azih Muda telah menghurai panjang lebar mengenai masaalah masaalah yang dihadapi oleh Pekerja-pekerja beruniform dari Imigresen dan Kastam.



Sidang Media
Perwakilan Kesatuan Penguatkuasa

Friday, November 7, 2014

Penyerahan Zakat dan Ashura

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad dengan kerjasama JKKK Rumah Pangsa Tongkang Yard 2 telah menyerpurnakan Penyerahan Zakat dab Bubur Ashura kepada Penguhuni-penghuni jam 3.00 petang 7/11/2014 hari Jumaat bertempat di Dewan Rumah Pangsa Tongkang Yard 2, Jalan Bunga Raya, Alor Setar, Kedah.





Disebelah pagi ramai kaum-kaum bapa dan ibu turun di Tabika Kemas untuk tujuan bergotong royong memasak bubur ashura dan ramai diantara mereka membawa seorang sepingan kueh untuk menjamu selera pada pagi tersebut.




Sebanyak 2 periok besar bubur ashura dimasak untuk di agih-agihkan kepada semua Penghuni-penghuni islam di rumah pangsa tersebut serta jiran-jiran yang berdekatan di situ termasok penerima-penerima zakat yang diagihkan kepada 3 asnaf di kawasan tersebut.




Tepat jam 3.00 petang Ketibaan En. Mohammad bin Saad salah seorang Ahli Lembaga Koperasi Kospeta Malaysia Berhad dan ketibaan YBhg. Dato' Hj. Abdullah Hasnan bin Hj. Kamaruddin Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah.



Program dimulakan dengan Bacaan doa dan dipengerusikan oleh En. Pissal bin Abu Setiausaha Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad merangkap Setiausaha JKKK dan UMNO Rumah Pangsa Tongkang Yard 2.





En. Muhammad bin Saad berucap bagi mewakili Datuk Azih bin Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad merangkap Presiden Cuepacs yang tidak dapat hadir di saat-saat yang terakhir.




Seterusnya YBhg Dato' Hj. Abdullah Hasnan bin Hj. Kamaruddin berucap serta merasmikan program Penyerahan Zakat dan Bubur Ashura.  Beliau telah sudi menyerahkan kepada 3 asnaf yang dipilih terdiri daripada kategori  4 Orang Fisabililah 21 Orang Miskin dan 21 Orang Fakir Miskin.