Monday, July 29, 2013

Taklimat Isu Semasa Koperasi

Jawatankuasa Pendidikan, Penyelidikan, Penerbitan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah mengadakan Taklimat Isu Semasa berkenaan Aktiviti Koperasi pada 29/07/2013 bertempat di Dewan Mesyuarat Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad Kawasan Alor Setar, Kedah.

En. Pissal Abu sedang memberi Taklimat

Bagi peringkat permulaan seramai 72 orang Pelerja-pekerja environment Idaman Sdn Bhd kawasan Alor Setar merupakan anggota koperasi ini telah hadir dan diberi taklimat selama 1 jam dari jam 3.00 hingga 4.00 petang oleh En. Pissal bin Abu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penyelidikan dan Penerbitan.

Sebahagian dari Anggota Koperasi

Program ini diadakan bersempena pembayaran diveden tahun 2012 yang di keluarkan secara serentak di seluroh Semenanjung Malaysia khususnya di Pihak Berkuasa Tempatan dan Syarikat-syarikat Konsesi seperti Alam Flora, Soutern Waste di Selatan dan environment Idaman Sdn Bhd di Utara.

Pembayaran Diveden
Bergambar selepas menerima diveden

Sunday, July 28, 2013

Pembayaran Diveden 2012

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad hari ini 28/07/2013 telah mula membayar Diveden bagi tahun 2012 kepada  anggota-anggotanya seramai 10.084 orang dikesemua  Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia.

En Pissal Abu sedang menyerah Cek Diveden MBAS
Sebahagian Anggota di MBAS menerima Diveden

Tahun ini merupakan kali pertama 2 jenis diveden iaitu Syer dan Yuran dibayar serentak kepada anggota-anggota dengan kadar 15.02 peratus, Bagi Diveden Syer 10% keatas simpanan berbentuk sijil sebanyak RM 519.300.00 manakala Diveden Yuran 5.02 % sebanyak RM 3,099.864.00.

Penyerahan Cek Diveden M.D. Pendang
Sebahagian Anggota M.D. Pendang menerima Cek

Kesemua Ahli Lembaga diberi tangungjawab mengedarkan diveden-diveden mengikut kawasan masing-masing. Saya telah dipertangung jawabkan kepada 7 kawasan terdiri 1 Majlis Bandaraya, 1 Majlis Perbandaran, 3 Majlis Daerah dan 2 Syarikat.

Penyerahan Diveden M.D. Kubang Pasu
Sebahagian Anggota M.D. Kubang Pasu

Hari ini saya telah selesaikan sebanyak 5 kawasan terdiri daripada Majlis Bandaraya Alor Setar, Majlis Daerah Pendang, environment Idaman Pendang, Majlis Daerah Kubang Pasu dan environment Idaman Kubang Pasu.

Penyerahan Cek environment Idaman Kbg. Pasu
Sebahagian Anggota environment Idaman Kbg.Pasu
Wakil environment Idaman Pendang

Tuesday, July 23, 2013

Mesyuarat Lembaga Khas

Mesyuarat Lembaga Khas telah diadakan bagi tujuan membincang mengenai Penjualan Bangunan hak milik Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad di Kampong Baru pada 23/07/2013 bertempat di Bilik Function 4, Tingkat 1 Kuala Lumpur International Hotel, Kuala Lumpur.

 Mesyuarat Pembiayaan Kredit

Seramai 11 orang Lembaga dari 12 orang telah hadir didalam mesyuarat tersebut juga turut hadir Pengurus dan 3 orang Pegawai Kanan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad,

Mesyuarat Lembaga Khas

Sebelum bermula Mesyuarat Lembaga Khas diadakan Mesyuarat Pembiayaan Kredit bagi meluluskan Pinjaman Kecemasan dan Pinjaman Hari Raya yang dipohon oleh anggota-anggota Koperasi 1 minggu sebelum ini.

En. Azih Muda sedang mempengerusikan mesyuarat

Selesai kesemua mesyuarat, semua yang hadir termasok warga kerja bersama-sama berbuka puasa di tingkat 4 Bangunan tersebut.

Majlis berbuka puasa
Sebahagian Ahli Lembaga

Tuesday, July 16, 2013

Bonus Kakitangan

Mesyuarat Lembaga Khas diadakan bagi membincang mengenai Pemberian Bonus untuk kakitangan bagi tahun 2013 dan Majlis Berbuka Puasa bersama kakitangan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad pada 15/07/2013 jam 5.00 petang di tingkat 2 Function Room, Hotel Kuala Lumpur International.

Hotel Kuala Lumpur International
Majlis Penyampaian Cek

Sebelum itu diadakan Mesyuarat Jk Perniagaan, Pelaburan, Pelancongan & Tugas-Tugas Khas ditempat yang sama, Mesyuarat telah memutuskan pemberian bonus 1 bulan gaji kepada semua kakitangan.

Mesyuarat ALK Khas
Ucapan Pengerusi Koperasi KOSPETA
Kakitangan yang hadir

Diatas kerja kuat oleh semua kakitangan selama 30 tahun tertubuhnya Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad pada tahun inilah keuntungan yang banyak dapat dicapai, maka mesyuarat memutuskan memberi elaun khas merupakan duit raya kepada semua kakitangan dengan nilai RM 200 hingga ke RM 300 setiap kakitangan termasok pengurus.

En. Khairul Abdulah Pengurus Koperasi
Pn. Fahizah Yakof Penolong Pengurus
Pn. Norpipah Mohamed Pegawai Kerja Akaun
En. Wan Mustaffa Kakitangan
Kakitangan bersama Ahli Lembaga Koperasi

Selesai majlis penyampaian cek bonus semua kakitangan diraikan dengan majlis berbuka puasa bersama-sama dengan Ahli Lembaga Koperasi (ALK). ditingkat 4 Hotel tersebut.

Kakitangan
Kakitangan
Ahli Lembaga Koperasi (ALK)

Monday, July 15, 2013

Lawatan Ke KOPSYA

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah mengadakan Kunjung hurmat ke Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad (Kopsya Angkasa) pada 15/07/2013 jam 8.30 pagi bertempat di Ground & First Floor, Unit 111 & 211, Block C, Glomac Business Center, No 10, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, Petaling Jaya.

Bangunan Glomac Business
Dihadapan Pejabat Kopsya

Seramai 8 orang Ahli Lembaga Koperasi (ALK) 5 orang kakitangan termasok pengurus menghadiri sessi kunjung hurmat ini. Kedatangan kami disambut oleh En. Mohd. Sarji Ketua Excekutive Kopsya serta diberi taklimat Penubuhan Kopsya dan aktivitinya.

Ketua Pegawai Excekutif Kopsya
Taklimat sedang diberikan
Sebahagian dari Ahli Lembaga Koperasi (ALK)
Cederahati dari Koperasi KOSPETA

Selepas selesai taklimat disampaikan diterus dengan sessi soal jawab  dan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Lembaga Koperasi (ALK) telah dijawab. Kunjungan ini berakhir pada jam 12.00 tengahari.

Bergambar bersama dengan Pengerusi KOPSYA
Mantan Presiden ANGKASA 

Thursday, July 11, 2013

Hari Ke 2 Vientiane

Hari ke 2 10/07/2013 jam 9.00 pagi (WM) 8.00 pagi (WL) saya keluar dari hotel berjalan-jalan di sebelah utara Bandar Vientiane, lalu lintas agak sesak ramai penduduk disana mula pergi kepejabat, dalam perjalanan saya ternampak San Juang Market lalu saya pun masuk didalam kawasan market tersebut, ramai peniaga terdiri daripada wanita berniaga disitu Pasar ini seperti Pasar Siti Khadijah di Kelantan.

Sayur-sayuran
Pakaian Traditional
Jualan Kasut

Dalam ramai-ramai yang datang membeli belah saya hanya terjumpa 2 orang wanita islam yang bertudung yang lain-lain itu tak tahulah. Di Pasar ini menjual pelbagai barang basah termasok barangan dapur dan juga perhiasan rumah, pakaian dan emas serta permata.

Wanita Islam sedang membeli barang
Jualan Emas dan Permata

Selepas di pasar saya berjalan lagi sehingga saya berjumpa Pejabat Kerajaan dan Pejabat President dan saya juga berjumpa dataran iaitu VICTORY MONUMENT terletak di PATUXAY PARK berdiri tegak ditengah-tengah jalan yang dipangil Jalan AVENUE LANE XANG disini ramai para pelancong mengambil gambar dan bersiar-siar.

Pejabat President
Victory Monument
Patuxay Park
Hadapan World Peace Gong
World Peace Gong

Saya terus berjalan ke hadapan dengan berpandukan peta ditangan saya, sampai disimpang 3 ke kiri terus ke Hotel-hotel, Jalan tengah Kedutaan Thailand dan Indonesia ke kanan Kedutaan Malaysia dan Vietnam, saya mengambil keputusan berjalan ke kanan untuk melihat Pejabat dan Rumah Kedutaan Malaysia.

Di Luar Pagar
Pejabat Keedutaan Besar Malaysia

Sampai saya di hadapan Rumah Kedutaan Besar Malaysia ada seorang jaga berbangsa Laos tak tau bercakap English jadi seperti ayam dengan itik bercakap, saya buat bahasa isyarat pun dia tak tau, apabila saya bejalan masuk dia kata medai-medai bahasa siam ertinya tak boleh. Cuma saaya dapat melihat dari pintu pagar sahaja.

Di Luar Pagar
Pejabat Kedutaan Vietnam

Disebelahnya Kedutaan India dan dihadapan diseberang jalan Kedutaan Vietnam Pejabat dan Rumahnya cukup besar berbanding dengan Pejabat dan Rumah Kedutaan Malaysia dan India. Di Jalan ini juga banyak Pejabat Kementerian-kementerian.

Di Luar Pagar
Kementerian Kewangan
di Luar Pagar
Kementerian Desaffaires Etrangeres

Kemudian saya terus berjalan di Jalan AVENUE LANE XANG terjumpa Pasar yang dinamakan MORNING MARKET, lantas saya terus masuk ke pasar tersebut, didalam pasar tersebut hanya banyak menjual pakaian dan peralatan rumah sahaja disini saya terjumpa 3 orang wanita islam bertudung sedang membeli belah.

Di Pintu Luar
Bangunan Morning Market
Pakaian
Pelbagai Jenis Kasut

Di sebelahnya Morning Market terletak sebuah pasaraya besar, saya masuk kedalam ditingkat bawah  menjual beg-beg tangan dan beg baju, ditingkat 1 menjual pelbagai jenis Pakaian dan di tingkat 3 Barang-barang kemas seperti emas dan batu permata dengan diawasi polis beruniform disetiap sudut dilantai tersebut.

Shoping Terbesar
Tingkat Bawah Beg
Tingkat 1 Pakaian
Kedai Jualan Emas dan Permata

Kemudian saya terus berjalan nampak dari jauh Istana President, lalu saya teruskan perjalanan saya sehingga ke Istana President berdekatan situ juga ada Pejabat Kementerian Pelajaran dan Talikom. Kemudian saya terus ke Masjid Jamia untuk solat jamak zohor dan isya.

Istana President Pintu Hadapan

bersambung lagi.....