Tuesday, July 29, 2014

Aidil Fitri 2014

Tanggal 28/07/2014 selepas berakhirnya Ramadzon jelmalah sudah Aidilfitri maka pada malam itu Takbir mula berkemundang dimerata-rata Masjid dan Surau-surau ramai kanak-kanak mula bermain bnga api dan mercun. disana sini kedengaran mercun berbunyi tandanya esok Hari Raya.



Kini rumah ku yang sebelum ini nampak mandum saja dah mula berseri dan meriah dengan kepulangan anak-anak dan cucu-cucu, maka pada malam itu riuh rendah di rumah dengan lampu raya berwarna warni menyerikan lagi suasana di malam Hari Raya Tahun ini.



Keesokanya sesudah subuh anak-anak bersiap dan mereka mula menyediakan hidangan kueh mueh yang anak-anak bawa serba sedikit di anjung rumah bersama dengan Nasi Tomato berlaukkan ayam masak merah.




Selepas kembali dari masjid kawan-kawan yang balik dari masjid melalui rumah saya, saya jemput mereka makan dalam masa yang sama nampaklah berkumpulan kanak-kanak berhari raya dari sebuah rumah ke sebua rumah, hahhh seronoknya mereka. Sampai di rumah saya ajak mereka makan katanya kami dah kenyang kami nak beraya bererti  nak duit raya la tu.



Pagi tu tak sempat pergi menziarah Ibu dan Bapa serta aruah isteri dikubur kerana masjid kariah kami sembahyang awal jam 8.30 pagi.  Ramainya tetamu yang datang sehingga ke petang, selepas itu kami pun letih kelehaei n masing-masing tertidur kerana keletihan.





Sunday, July 27, 2014

Pembayaran Diveden 2013

Mesyuarta Agung Perwakilan Tahunan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad yang bersidang baru-baru ini pada 22/06/2014 di Kuala Trenggganu telah membuat keputusan bersetuju membuat bayaran diveden dengan kadaar 10% modal syer dan 6% modal yuran. Pembayaran Diveden melalui Cek.


Tandatangan Cek

Lembaga telah bersetuji pembaran diveden 2013 di bayar kepada seramai 10,000 orang yang berjumlah sebanyak RM 3 juta ringgit bermula pada  22/07/2014 kepada semua Anggota-anggota Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.

Penyediaan Diveden


Hari ini saya sebagai Setiausaha membuat bayaran diveden serentak kepada 5 Jabatan yang berlainan bermula , e-Idaman Kubang Pasu seramai 36 ahli jam 7.00 pagi tadi semasa roll call pekerja




Diikuti Majlis Daerah Kubang Pasu seramai 27 ahli jam 8.30 pagi, 




Majlis Bandaraya Alor Setar seramai 257 orang ahli jam 9.30 pagi, 




Indah Water Konstrium seramai 78 orang ahli jam 10.30 pagi 



dan yang terakhir e-Idaman Alor Setar seramai 129 orang ahli pada jam 2.30 petang di Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Cawangan Alor Setar.




Walau pun kita merasai letih ke sana ke sini tapi dengan senyuman yang terukir diraut wajah ahli-ahli Koperasi dengan kata-kata terima kasih Bos membuatkan kita rasa terharu rasa yang amat senang sekali.

Friday, July 25, 2014

Program Berbuka Puasa

Hari ini 25/0/2014 Program berbuka Puasa bersama Keluarga di Rumah saya Taman Utama, Jalan Gangsa, Alor Setar, Kedah.



Menu hari ini Nasi Putih, Ikan Bakar, Ikan Bawal Masak 3 Rasa, Ayam Bakar, Masak Kelempong, Udang Goreng, Kerang dan Siput paip wah sedap tak terhingga. Mana-mana yang tidak habis dibungkus beri kepada mereka bawa balik untuk makan sahur.




Pemantauan di Pejabat

Menjelang Hari Raya Aidil Fitri Pentadbiran amat sibuk sedikit memandangkan pihak Koperasi dalam masa yang sama mengeluar dan mengagihkan diveden kepada anggota-anggota Koperasi seluroh Semenanjung mulai 22/07/2014 bersejumlah RM 3 juta atas kadar 5 % Saham + 5% diveden Yuran Syer.

Setiausaha

Hari ini 23-24/07/2014 2 hari di Pejabat sempat ke Bank Selayang untuk proses menukarkan tandatangan ke atas 14 akaun Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.

Setiausaha bersama Bendahari
Setiausaha, Bendahari dan Pengurus

Keesokanya hari Setiausaha dan Bendahari termasok Pengurus berbincang beberapa perkara dalam penambahbaikan dari segi pembayaran diveden dan melayani sikap anggota-anggota Koperasi.

Kain Sepandok
Setiausaha bersama Warga Kerja

Tuesday, July 22, 2014

Majlis Perjumpaaan

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah mengadakan Majlis Perjumpaan dengan YAB Dato' Seri Haji Mukhriz bin Tun Mahathir, Menteri Besar, Kedah bersama dngan JKKK (Zon Utara) hari ini 22/07/2014 (Selasa) jam 3.00 petang bertempat di Kediaman Menteri Besar Kedan, Dewan Seri Mentalon, Anak Bukit. 


Dewan Seri Mentalon, Anak Bukit

YAB Dato' Seri Haji Mukhriz bin Tun Mahathir tiba di Dewan ini pada jam 3.30 petang disambut oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah dan Ketua Pejabat Daerah serta Ketua-Ketua Jabatan Khususnya di Alor Setar, Kedah.


Sebaik sahaja selesai ucapan YAB Dato' Seri Haji Mukhriz bin Tun Mahathir diteruskan dengan Penyampaian Watikah Perlantikan JKKK Kampung Baru serta Penbayaran Elaun JKKK kepada seramai 2,300 orang terdiri daripada Pengerusi dan Setiausaha bagi Zon Utara.

Lagu Negara Ku
Pengerusi dan Setiausaha JKKK

Sunday, July 20, 2014

Nuzul Al-Quran 1433 Hijrah

Program 3 + 1 Nuzul Al-Quran, Berbuka Puasa dan Sumbangan Barangan Dapur telah dengan jayanya diadakan pada 20/07/2014 jam 7.30 mlm hingga 1.00 pagi bertempat di Dewan UMNO Cawangan Rumah Pangsa Tongkang Yard, 2, Jalan Bunga Raya, Alor Setar, Kedah.



Bagi menjayakan Program ini jam 10.00 pagi seramai 30 orang kaum-kaum lbu telah turun beramai-ramai di Tadika KEMAS Tongkang Yard 2 untuk bergotong royong membasuh, mencucui memotong dan memasak. Menu masakan sudah di putuskan didalam mesyuarat khas yang diadakan baru-baru ini Nasi Putih, Sayur Keladi, Ayam Goreng Berempah, Daging Goreng Masak Kicap, Ikan Goreng, Ulam, Sambal Belacan, Pulut Durian dan Kueh.

Shoping sehari sebelum jamuan
di bawa melalui kereta
Bungkusan Barangan Dapur

Alhamdulilah bila sampai waktunya ramai Penghuni-penghuni Rumah Pangsa turun ke Dewan dengan membawa keluarga masing-masing, yang paling gembira ramainya anak-anak kecil yang hadir menjadikan program ini meriah.

Sebahagian dari Kaum Ibu
Bergotong royong masak kuah durian
Membersih Pinggan
Video Gotong Royong Memasak

Sebanyak 100 bungkus berbentuk hamper dengan kandunganya Beras 5 kilo, Milo, Laksa, Roti Biskut, Kopi, Gula dan Sardin untuk di berikan kepada seramai 100 orang wargatua Penghuni-penghuni Rumah Pangsa tersebut. Y,Bhg Dato' Haji Abdullah Hasnan bin Hj. Kamaruddin, Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah turut hadir dan menyampaikanya.

Persiapan Dewan
Hidangan VIP
Menu jamuan
Orang ramai yang hadir
Jamuan berselerak
Orang ramai sudah bersedia
Ketua Caw, bersama Tetamu 
Video Berbuka Puasa

Majlis Nuzul Quran di adakan sebaik sahaja selesai solat Terawih 8 rakaat di Surau Rumah Pangsa Tongkang Yard 2, YBhg. Tuan Shaiks Ahmad bin Saleh bekas Mufti Daerah Kota Setar telah menyampaikan ceramahnya. Dengan kepakaran dan ilmu yang ada padanya dalam memberi ceramah membuatkan orang ramai yang hadir ketawa termasok YBhg Dato' Haji Abdullah Hasnan sendiri.

Pengerusi Majlis
Bermula dgn bacaan Al-Quran
Orang ramai yg hadir
Sebahagian dari orang ramai yg hadir
Tuan Shaikh Ahmad bin Saleh memberi ceramah
YBhg. Ketua Bahagian Kuala Kedah Berucap
Penyampaian Sumbangan kpd Warga tua
En. Pissal sumbang kpd Ketua Caw
En. Pissal sumbang kpd Ketua Wanita

Majlis berakhir pada jam 1.00 pagi dengan diiringi jamuan ringan.