Hari ke Dua 5/07/2012 sebaik sahaja selepas makan pagi di hotel tersebut jam 10.00 pagi (WM) jam 9.00 pagi (WI) kami semua dibawa menaiki 3 buah VAN melawat ke Brastagi seperti tercatit didalam aturcara.
Didalam perjalanan ke Brastagi dari Medan yang memakan masa selama 2 jam kami berhenti rehat di puncak bukit tempat jualan Jagung Bakar sambil melihat keindahan di sekitarnya, Rata-rata kedai yang ada di sekitar itu semuanya menjual Jagung Bakar ramai para pelancong yang berehat disitu dapat menikmati kesejukan disitu.
Menaiki Van
lebih kurang jam 12.00 tengahari (WI) jam 11.00 (WI) kami dibawa terus menaiki Puncak Bukit Gundaling untuk melihat Bandar Brastagi dari atas bukit dan melihat sebuah Gunung Berapi yang masih aktif dari jauh. Ketika ini Gunung tersebut dari pandangan jauh masih mengeluarkan asap.
Ramai pelancong dan orang tempatan yang menaiki dan berada diatas bukit tersebut, Ia juga merupakan punca rezeki penduduk-penduduk tempatan dengan menyediakan makanan dan juga disediakan Kereta Kuda untuk para pelancong.
Selama lebih kurang sejam lamanya diatas Bukit kami turun ke Bandar Brastagi dalam masa perjalanan turun kami semua berhenti bersembahyang Zohor di sebuah di Masjid Baitturrahim, Gundaling Gongsol Btastagi yang berdekatan dan tidak jauh dari Bandar Brastagi.
Masjid Baitturrahim
Makan Tengahari
Sampainya di Bandar Brastagi kami dibawa ke Restoran untuk makan tengahari selepas itu terus ke Pasar Buah disitu ramainya pelancong serta orang-orang tempatan, pelbagai jenis jualan ada disitu selain dari Buah-buahan ada Pakaian ada tersedia Kedai-kedai makan serta Kereta Kuda untuk membawa pelancong mengeliling di Bandar tersebut.
Sebahagian Bandar Brastagi
Pasar Buah
Dalam perjalanan balik kemi ke Medan sempat kami berhenti ditempat khas untuk para pelancong dan orang tempatan memakan buah durian, rata-rata sebiji buah durian harganya 20 ke 30 ribu sebiji isinya wauuuu cukup hebat maka tidak hairanlah harganya mahal sekali pun itu adalah harga pelancong.
Gerai Durian
Makan Durian
Waktu pulang ke Medan dari Bandar Brastagi lagi kereta sudah mulai sesak perjalanan balik sepatutnya 2 jam jadi 3 jam lebih ini kerana waktu pulang kerja orang-orang di Medan, Jalanya cukup sesak tapi yang seronoknya dalam perjalanan boleh dikatakan semua pemandu spoting dan tolak ansur walaupun setiap kereta atau motor teksi membunyi Horn diantara mereka mengagapkan seperti pesta horn.
Disebelah malam selepas solat kami dibawa ke Medan Walk untuk makan malam yang terletak tidak jauh dari hotel Ibunda bersebelahan dengan Pasar Ikan, Di Medan Walk ini menjual pelbagai jenis makanan tempatan ianya tempat berhimpunnya Ahli-ahli Perniagaan pasangan dan Penuntut-penuntut Universiti.
Gambar Brastagi





















