Saturday, October 3, 2015

BAS Percuma GO KL

Kerajaan Malaysia telah menyediakan sebanyak 12 buah BAS GO KL berwarna Pink untuk Penduduk-penduduk khususnya warga-warga Kuala Lumpur dengan kadar PERCUMA dan tiada b di kenakan bayaran.

Terminal BAS GO KL di Jalan Tun Razak

Jika kita bercuti di Kuala Lumpur boleh lah kita membawa anak-anak serta orang yang tersayang dalam keluarga kita menaiki Bas GO KL pusing-pusing dalam KL.

Ruang didalam BAS GO KL dari Belakang
Gambar dari Depan

BAS GO KL ada 2 laluan RED LINE bermula dari Terminal Bas Jalan Tun Razak menuju ke Hospital Damai, Memorail Chowkit, Pasar Chowkit, Sri Amar, Pertama Komplek, Globe Silk Store, Coliseum, Dataran Merdeka, Daya Bumi, KTM Kuala Lumpur, KL Sentral, i Sentral, Muzium Negara, Masjid Negara, Menara DBKL, Medan Mara, Puteri Park, Chowkit Jalan Ipoh, Grand Season dan balik ke Terminal Jalan Tun Razak.

Laluan Red Line

Bagi laluan ke 2 BAS GO KL BLUE LINE  bermula daripada Terminal Jalan Tun Razak HKL Jalan Pahang, IPP, Masjid Kg, Baru, Sekolah Khas Kg. Baru, Concorde Hotel, Life Centre, Pavilion, Star Hill Galery, Bukit Bintang, Wisma Boustead, Menara Hap Seng, Bukit Nenas, LRT Daang Wangi, Menara AIA, Mushi abdullah, Medan Mara, Puteri Park, Chowkit Jalan Ipoh, Grand Season dan balik ke Teermina Jalan Tun Razak.

Laluan Blue Line

Haaaa puas rasanya mana nak cari pusing Kuala Lumpur menaiki BAS GO KL dengan PERCUMA. Rakyat  Malaysia jika datang ke Kuala Lumpur ambil lah peluang ini yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia. Terima Kasih pada Kerajaan Malaysia.

Terminal Bas Jalan Tun Razak

Monday, September 21, 2015

Seminar Kecermerlangan Keusahawan Koperasi

Suruhan Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Perseketuan telah berjaya menganjurkan Seminar Kecermerlangan Keusahawan Koperasi pada 21 September 2015 (Isnin) bertempat D' Saji KL Titiwangsa, Kuala Lumpur.



Pendaftaran dan mimum pagi bermula pada jam 9.00 pagi seramai 200 orang pemimpim koperasi di Wilayah Persekutuan di jemput hadir ke Program ini. Program ini dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Suruhan Koperasi Malaysia.

Pengurus Koperasi KOSPETA 
Setiausaha Koperasi KOSPETA 
Bersama Timbalan Pengarah SKM

Sebanyak 23 buah Koperasi di jemput menerima Sijil dan Plak 100 indek terbaik Koperasi yang di sampaikan oleh Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Lagu Negara Ku
Majlis Perasmian
Tim. Pengarah SKM
Mendengar Ceramah
Penyampaian Sijil dan Plak
Bersama Pengurus

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad menduduki tangga ke 44 dalam 100 indek Koperasi Terbaik diantara 12,000 Koperasi di Malaysia. En. Pissal bin Abu Setiausaha dan En. Khairul bin  Anuar Pengurus turut serta seramai 9 orang warga kerja Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad  dalam Seminar ini.

Setiausaha bersama Warga Kerja

Program ini berakhir selepas sebaik sahaja jamuan makan tengahari kepada semua peserta yang hadir.


Warga Kerja Koperaasi KOSPETA Malaysia Bhd

Sunday, September 20, 2015

Berehat Di Medan

Selepas menyertai beberapa program di Kuala Lumpur saya pergi ke Medan selama 3 hari 2 malam pada 18-20/09/2015 dengan menaiki kapal terbang airaisa dari Penang ke Medan.

Penang Airport

Seperti biasa sebaik sahaja saya sampai di Kuala Namu Airport Medan siap sedia menunggu saya di hadapan pintu keluar Bapa Supir. Perjalanan dengan Teksi 1.30 minit dengan Keretapi laju 30 minit sahaja.


Kuala Namu Airport
Teksi

Saya minginap di Ibunda Hotel yang terletak di Jalan S,M. Raja jalan yang terpanjang di Kota Medan. Harga hotel ini Rp. 270,000 (RM 75.00) pelbagai kemudahan disediakan, yang paling menarik di bawah hotel tersebut ada Rumah Makan yang boleh menampong seramai 180 orang serentak dalam satu satu masa.

Ibunda Hotel
Bilik Tidur

Pada hari pertama saya sampai d Medan jam 7 petang (WM) waktu disana jam 6.petang tetapi hari cepat gelap. Satu jam tiga puloh minit perjalanan ke Kota Medan dari airport ke Kuala Namu dan sampai di hotel saya terus diberi kunchi bilik di bahagian receiption tanpa mengisi borang. 

Malam tersebut selepas mandi dan solat saya terus ke medan selera yang jaraknya dalam 300 meter dari hotel yang saya menginap.

Makan tengahari di hotel Ibunda

Hari ke dua saya berjalan pusing kota dengan menaiki van kijang, tempat yg saya suka kunjungi Istana Maimun dan Masjid Raya juga yang tidak jauh dari hotel tempat saya menginap. Petang saya ke Medan Mall salah satu shoping yang terbesar di Kota Medan.

Pasar Ikan


Pasar Ikan
Medan Mall
Medan Mall

Hari ketiga selepas saya checkout pada jam 1,00 tengahari (WM) dan jam 12.00 (WI) saya menaiki teksi yang sudah dari awal menunggu saya di lobby hotel, Beg saya diambil oleh Bapak Supir dimasukan kedalam kereta semasa saya menguruskan pembayaran bil.


Sampai di airport saya terus ke kaunter airasia check dan pengesahan dokumen, selepas itu saya terus masuk kedalam untuk urusan cop pasport dan terus ke tempat menunggu.



SEJARAH PENERBANGAN YANG KU ALAMI

Jam 7.20 pesawat airasia dari QZ dari Bandung tiba dan kami semua menaiki pesawat tersebut untuk ke Penang. Sejarah pertama kali dalam berpuloh kali saya menaiki pesawat airasia yang tidak dapat mendarat di destinasi yang di tuju iaitu Penang airport kerna tidak dapat kebenaran mendarat dari trafik udara disebabkan jerebu yang tebal,

Kuala Namu Airport

Masing-masing pada mulanya merasa lega apabila pilot mengumumkan pesawat akan mendarat dalam beberapa minit lagi, tiba-tiba pesawat yang awalnya menjunam untuk mendarat terus mencongak semula pesawat itu naik diatas membuatkan penumpang penumpang merasa gelisah dengan tidak mengetahui apa sebabnya.

Penang Airport

Selapas itu baru juruterbang mengumumkan pesawat tidak boleh mendarat kerna tidak dapat kebenaran dari trafik udara, terpaksa pesawat tersebut berlegar-legar di diatas selama 30 minit sebelum dapat mendarat. Akhirnya pesawat dapat mendarat dengan selamat atas izin dari pihak trafik udara.

Wednesday, September 16, 2015

Program Kelestarian Kredit Dan Produk ANGKASA 2015

ANGKASA Wilayah Persekutuan telah berjaya mengadakan Program Kelesterian Kredit dan Produk ANGKASA 2015 selama 2 hari 1 malam pada 14-15/09/2015 bertempat di Hotel Grand Resortt Subang, Kuala Lumpur.


Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad diantara 150 koperasi di Wilayah Persekutuan yang dijemput menyertai Program ini. Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad menghantar 2 orang wakil iaitu En. Pissal bin Abu Setiausaha Koperasi manakala Pentadbiran yang hadir En. Khairur Anwar, Pengurus Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.

Setiausaha dan Pengurus
Wakil Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad

Program dimulakan dengan Majlis Perasmian oleh Dato' Haji Abdul Fatah bin Haji Abdullah. Presiden ANGKASA.


Presiden ANGKASA
Bergambar bersama Presiden ANGKASA

Sebanyak 3 kertas kerja dibentangkan pada hari pertama pada 14/09/2015 dari petang hingga ke malam hari. Iaitu Akta Pelaburan Kredit dan akta Perlindungan Data Peribadi, Tawanug ANGKASA dan Skim Perlindungan Kredit Koperasi.

Penceramah Spekar
En. Pissal Abu bertanya soalan

3 lagi kertas kerja dibentangkan pada hari ke dua pada 15/09/2015 iaitu Projek Proton Kowamas, ANGKASA, Peluang Perniagaan Dalam Bidang Komunikasi dan Pembelian Aset Pembiayaan Koperasi.




Taklimat Bengkel

Program selama 2 hari berakhir dengan jamuan makan tengahari.

Sarapan Pagi
Jamuan Tengahari