Hari ini 3/5/2012 hari lahir ku dan juga hari pertama persaraan wajib, sempena masa yang ada saya ke Kuala Kangsar memantau projek ikan dalam sangkar yang terletak ditebing kota klasik, Kuala Kangsar, Perak.
Sangkar Ikan
Ikan dalam sangkar
Kebetulan hari ini pihak Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad akan menjual ikan secara pukal kepada peraih ikan di Pasar Borong Selayang, Selangor, usia ikan ini sudah menjengkau 2-3 bulan purata berat seekor lebih kurang 0.3.5 kg. (3 ekor 1 kg dan ada 2 ekor 1 kg).
Sauk Ikan
Ikan yang diangkat dari sangkar
Sebelum penjualan berlaku En. Kalai Chelvam Pengarah Projek Ikan dalam Sangkar telah mengarah En. Raja penjaga sangkar ikan yang sering dibantu oleh isteri dan anak-anaknya terlebih dahulu mengasingkan anak-anak ikan mengikut gred dan size ikan.
Pengasingan Ikan
Tuan Hj. Mohd. Faizi bin Aznam selaku Setiausaha Koperasi KOSPETA bersama saya turun kepadang bagi melihat proses penjualan ikan. Jam 10.00 pagi kami semua sudah bersedia diatas sangkar hanya menunggu ketibaan Lori Ikan.
No comments:
Post a Comment