Friday, May 25, 2012

Proses Penyedian Ikan

Hari ini 25/05/2012 pagi-pagi lagi jam 7.00 En. Raja penjaga sangkar ikan bersama keluarga dan anak-anak buahnya berada di sangkar ikan untuk menyediakan ikan seperti yang diminta sebanyak 1 tan oleh Persatuan Nelayan Kebangsaan Malaysia (Nekmat).

Sangkar Ikan
Gambar Proses Ikan

Tuan Hj. Mohd. Faizi Aznam Setiausaha, En. Pissal Abu ALK dan En. Kalai Chelvam Pengarah Projek Ternakan Ikan Air Tawar turut hadir sama-sama membantu dan menyediakan dalam proses penyediaan Ikan sebanyak 1 Tan.

Tuan Hj Mohd. Faizi dengan En. Kalai
En. Pissal Abu ALK turut membantu
Proses Ikan

Untuk kali pertama memang tidak dinafikan beberapa masaalah yang dihadapi itu perkara biasa sahaja bagi apa-apa jua projek. Dengan keadaan permintaan yang singkat ianya amat menyulitkan dari persediaan pekerja serta lain-lain kemudahan.


Ramai-ramai sedang bersiang ikan

Sunguh pun begitu dengan semangat yang ada kita dapat menjalankan kerja dengan kerjasama penduduk khususnya kaum Ibu  disekitar kawasan ini yang sanggup datang membantu menyiang ikan-ikan tersebut.

Ikan dibawa naik ke lori

Bersambung lagi.....

No comments:

Post a Comment