Penerbangan kami pulang mengunakan Pesawat AirAsia ke Kuala Lumpur jadual asal 1.20 tengahari dan setiap penumpang hendaklah chekin 4 jam sebelum penerbangan rata-rata boleh dikatakan penumpang akur dengan arahan ini, tepat jam 1.00 tengahari kedengaran pengumuman dari urusetia memaklumkan penerbangan dari Medan ke Kuala Lumpur ditunda pada jam 6.00 petang alasan kerosakan teknikal pada pesawat tersebut.
Ramai-ramai penumpang mengeluh kerana masing-masing sudah ada jadual, tempoh menunggu agak lama maka kami diberikan nasi yang dibngkus kedalam kotak dan dibenarkan penumpang memasuki Lounge ditingkat atas. Saya bersama kawan-kawan dijemput semula kawan dari Medan untuk makan tengahari di rumah makan Famili.
Tepat jam 5.00 petang diumumkan pesawat asal AirAsia Indonesia masih belum lagi diperbaiki maka diminta penumpang melaporkan diri menaiki pesawat AirAsia Malaysia jam 5.00 petang yang baru tiba dari Kuala Lumpur jumlahnya terhad, maka ramailah lagi terpaksa menunggu sehingga jam 9.00 malam.
Jam 6.40 petang kami menaiki pesawat dan mendarat di LCCT Kuala Lumpur jam 7.50 malam tiket penerbangan balik saya dari Kuala Lumpur ke Alor Setar terlepas kerana pesawat dari Kuala Lumpur ke Alor Setar 7.50 malam.
No comments:
Post a Comment