Persidangan Kebangsaan Tahunan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Ke 28 telah diadakan selama sehari pada 26-05-2012 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Ab Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepengunaan.
Seramai 1.500 orang perwakilan mewakili Koperasi masing-masing menghadiri Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA Ke 28, Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad yang mempunyai keaggotaan seramai 10,794 orang mendapat 2 wakil dan telah diwakili oleh En. Azih bin Muda selaku Pengerusi dan En. Pissal bin Abu AJK.
Pendaftaran telah bermula awal jam 8.00 pagi dikendalikan oleh seramai 202 Kakitangan ANGKASA dan sebanyak 20 kaunter dibuka untuk kemudahan para perwakilan membuat pendaftaran. Sebaik sahaja peserta mendaftar pihak urusetia memberi Beg 1 unit beserta sehelai baju batik kepada setiap perwakilan.
Nyanyian Lagu Negaru Ku
Mendaftar sebagai wakil
Mesyuarat berjalan dengan lancar walau ada segelintir perasaan tidak puas hati yang dibangkitkan di kalangan perwakilan mengenai status bercakap semasa persidangan. Pihak urusetia telah menetapkan hanya wakil-wakil negeri sahaja yang dijemput bercakap. Perkara ini yang menjadikan rasa tidak puas hati dikalangan perwakilan.
Mesyuarat kali ini menyaksikan pertandingan Naib Presiden seramai 3 orang calon, peruntukan jawatan hanya 2 kerusi, Setelah membuat pemilihan penyandang kerusi Naib Presiden Hajah Armi bte Hj. Zainuddin tewas kepada Tuan Hj. Kamaruddin bin Hj. Ismail dengan mendapat undi tertinggi sebanyak 1221 undi manakala Prof. Madya Datuk Hj. Mohamad Ali Hasan salah seorang penyandang Naib Presiden memenangi jawatan ini dengan mendapat jumlah undi sebanyak 1146 undi.
Mesyuarat juga telah meluluskan dengan sebulat suara tanpa bahas diatas usul yang dibawa oleh wakil dari Negeri Johor Meminta Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menarik balik surat pekeliling mengenai jumlah HAD ALK yang bersara seebagai ALK.
Mesyuarat ditanggukan dan berakhir pada jam 5.30 petang
Bersambung lagi...
YB. Dato' Sri Ismail Sabri sedang berucap
En. Azih Muda sedang mengundi
Penyerahan kertas undi sulit
Bersambung lagi...
No comments:
Post a Comment