Proses Penyedian Ikan Talapia sebanyak 1Tan setiap bulan mulai hari ini 24 Mei 2012 bermula diatas permintaan semasa oleh Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) beralamat Jalan 2/3A Pusat Bandar Utara KM 12, Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur dengan pihak Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.
Sehubungan dengan itu pihak Koperasi KOSPETA terpaksa bekerja keras menyediakan ikan yang secukupnya untuk memenuhi permintaan diatas. Hari ini saya terpaksa turun ke Sangkar untuk mengenal pasti sama ada ikan yang ada sekarang mampu untuk membekal mengikut permintaan semasa.
Sementara menunggu ketibaan anak anak ikan serta tong mengisi ikan yang baru, kerja-kerja pembersihan sangkar dijalankan seperti biasa, sebelum itu ikan-ikan diberi makan terlebih dahulu mengikut sukatan yang sediakan. Hari ini didapati banyak ikan mati setelah dikutip dan ditimbang seberta 18 kilo ikan yang mati.
No comments:
Post a Comment