Sunday, May 20, 2012

Rakan Kongsi Di Medan

Kami menaiki Pesawat AirAsia dari Kuala Lumpur jam 1.20 tengahari ditunda ke 2.20 petang kerana kelewatan berlepas dari Medan ke Kuala Lumpur. Sampainya kami di Kota Medan pada 18-05-2012 kami disambut oleh rakan disana dan kami terus menuju Rumah Makan Garuda, selesai makan kami terus ke Danau Toba, International Hotel untuk checkin selama 2 malam.

Diatas Pesawat
Pesawat AirAsia

Selama 3 hari 2 malam berada di Kota Medan kami sempat melawat Kilang Kulit Kayu Manis yang terletak tidak jauh dari Bandar Kota Medan dalam kawasan Kem Tentera berdekatan dengan Lapangan Terbang Polonia.

Hotel Danau Toba International (RP 460.000)
Checkin Bilik
Bilik Hotel (RM 138.00)

Setelah melawat selama 2 jam dan melihat cara proses kulit kayu manis sehingga ke pembungkusan akhirnya kami bersetuju untuk bekerjasama menjadi agen dan membekalkan kulit kayu manis untuk diexport ke Malaysia.

Batang kulit kayu manis 
Pekerja sedang memprosesnya

Suasana di Kota Medan Aman semua jalanraya penuh sesak dengan kenderaan Teksi, Kereta, Motor Angkutan Bas dan Beca bermotor masing-masing berlumba untuk mencari rezeki, keadaan cuaca disana selama 3 hari amat panas .

Rumah makan simpang 3

Dimalam hari  pertama kami menjamu selera di Restoran Simpang Tiga manakala malam ke 2 kami menjamu selera di Merdeka Walk satu-satunya tempat makan yang disukai oleh orang-orang Medan terutama remaja dan juga termasuk famili, disitu mempunyai pelbagai jenis makanan dari Asia yang dijual, Harganya jika dibanding dengan rumah-rumah makan disekitar medan jauh lebih murah.

Merdeka Walk
Orang ramai menjamu selera

2 comments: