Saturday, March 22, 2014

Percutian Sekolah

Kelmarin 21/03/2014 saya bawa kawan-kawan dari Penang masuk ke Danok kemudian nak terus ke Hatyai melalui Bukit Kayu Hitam.

Pintu Masuk Ke Thailand
Orang ramai cop pasport

Sesampainya kami disana masyallah tak dijangka kereta beratur berleretan panjangnya, atas pengalaman yang ada saya terus pergi kehadapan potong Q, minta maaf la apa boleh buat, Bab cerita potong Q ni kereta siam yang paling ramai mereka sedikit pun tak hairan langsung dengan kereta malaysia, seolah-olah macam tempat mereka.

Paramount Hotel IJam Besar)
Dari Bilik Hotel
Bilik Hotel

Yang shoknya bila sampai kat Imgresen mereka terus lalu tak cop pun, inilah fonemena setiap hari yang berlaku di kaunter Imgresen entah mungkin ada perjanjian kot, sampai sahaja dipintu masuk Thailand (Danok) alahai ramainya orang maklumlah 12 buah bas express dah beratur menunggu penumpang mereka nak cop pasport, Cuti sekolah katakan.

Waktu Pagi di Danok
Waktu Petang di Danok
Kawasan Bom Meletup Tempoh Hari

Seperti biasa saya ambil jalan pintas kami masuk dulu ke Pekan Danok kemudian kami checkin di Paramount Hotel setinggi 8 tingkat dengan kadar harga RM 80.00 satu malam. Sebelah petang saya bawa kawan-kawan pergi cop pasport dengan mudah sahaja orang dah tak banyak seperti disebelah pagi.

Kedai Makan di Tepi Jalan
Makan Malam
Makan Malam dengan Kawan-Kawan

Disebelah malam saya bawa kawan-kawan keluar makan malam di tepi jalan, disini ada menjual daging bakar. di Restoran atau di kedai-kedai makan tak ada jual daging bakar. Selepas makan saya mereka semua pergi ke Casanova (Dangdut) dimana tempat ini terkumpul orang-orang Malaysia untuk berhibur.

Casonova Dangdut

No comments:

Post a Comment