Sunday, November 23, 2014

KONVENSYEN PERPADUAN NASIONAL

Gabungan Ngo-Ngo di Malaysia yang dinamakan Pengerak Perpaduan Nasional telah berjaya mengadakan Konvensyen Perpaduan Nasional pada Ahad 23/11/2014 / 30 Muharam 1436 H bertempat di Pusat Islam Kuala Lumpur.


Pengerusi Jawatankuasa Induk Konvensyen Perpaduan Nasional YBhg. Datuk Azih bin Muda merangkap Presiden Cuepacs. Konvensyen ini di hadiri oleh seramai 1,000 orang dikalangan 214 Ngo-Ngo di Malaysia.

YABhg. Tun Abd. Hamid Mohamad bersama
YBhg. Datuk Azih Muda 

Majlis perasmian Konvensyen tersebut ialah YABhg. Tun Abd. Hamid Mohamad mantan Ketua Hakim Negara bagi mengantikan Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia yang disaat saat akhir tidak dapat hadir.


Sebahagian dari Perwakilan

YABhg. Tun Abd. Hamid Mohamad dalam ucapan khasnya mengenai akta hasutan 1948 mendapat tepukan riuh dari semua perwakilan yang hadir dan seterusnya beliau membaca tek ucapan dari Y,A,Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad.serta merasmikan Konvensyen ini.



Seramai 24 orang mengambil bahagian membahas terdiri daripada Ngo-Ngo dan Persaorangan sebaik sahaja selepas pembentangan Laporan Memerandum Perpaduan Nasional (LMPN) dan Usul oleh Y.Bhg. Dato' Ibrahim Ali Pengerusi JK Penyediaan Memorandum Perpaduan Nasional merangkap Presiden Perkasa Malaysia



Program berakhir pada jam 5.30 petang sebaik sahaja selepas Rumusan serta Pergulongan oleh YBhg. Datuk Azih bin Muda Pengerusi Konvensyen merangkap Presiden Cuepacs.





Bergambar sebelum Konvensyen

No comments:

Post a Comment