Friday, October 8, 2010

Anugerah Cemerlang Koperasi KOSPETA

TAHNIAH kepada Koperasi KOSPETA yang dapat menganjurkan Hari Anugerah Cemerlang kepada Satff-staffnya walaupun dalam kesederhanaan majlis tersebut tetapi dengan adanya penganugerahan ini ianya amat bermakna kepada mereka maka dengan cara ini dapat menambatkan hati mereka untuk terus berkhidmat lebih bersemangat didalam menjalankan tugas seharian mereka.

Majlis Penganugerahan ini diadakan bersekali dengan Majlis berbuka puasa pada 20/08/2010 di Hotel K.L International. Staff-staff yang cemerlang semua diberi sijil bersama bonus serta yang tak cemerlang turut mendapat bonus 1 1/2 bulan. SELAMAT MENJALANKAN TUGAS DENGAN PENUH DIDIKASI

Tahun 2008

Pn. Siti Zaleha Pekerja Cemerlang Tahun 2008
Staff-Staff yang menerima sijil cemerlang 2008

Tahun 2009

Cik Shuhada Pekerja Cemerlang 2009
En.Pissal bersama Pekerja Cemerlang 2009
Tn.Hj.Abu Hassan Pengerusi Koperasi KOSPETA
bersama dengan Pekerja Cemerlang
Ahli Lembaga Koperasi bersama Staff Kospeta
Hai bergaya sakan
Hisss bincang apa tu, Bonus dah dapat nak belanja ka?

Thursday, October 7, 2010

Koperasi KOSPETA Sambut Hari Raya Aidifitri 2010

Sambutan serta jamuan hari raya sesama staff Koperasi KOSPETA telah diadakan pada 29/09/2010 ditingkat 3 Bangunan Kospeta, Kuala Lumpur. Tahniah diatas usaha yang gigih dan bekerjasama yang padu sesama staff telah berjaya mengadakan majlis sambutan hari raya beserta dengan adanya cabutan nombor bertuah.

Hai Pengurus bergaya nampaknya
dengan anak buah, Mahalnya Sampin tu...
Berselera nampak tak ajak sama ka?
Adoooi cukup bergaya hampa nuuuu.
Hai bergaya lagi.... Tahniah Marie
Selamat Pengantin Baru
Laa Ina birthday hang ka? awat tak habaq
Waw banyaknya kueh boleh tahan niii
Hai Kak Cik tak sabar dah ka nak buka hadiah

Apa-apa pun saya juga nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua staff-staf maaf jika ada terkasar bahasa, bergurau yang menyakiti hati atau lain-lainnnnnnnnn lagilah.  Hari ini 09/10/2010 ALK pula yang menganjurkan jamuan hari raya untuk semua staff, nampaknya hari ini hampa makan hebat la tapi hadiah tak ada, sorry nuuuuu.

HAI PENGURUS DAH LAMA TAK PAKAI SAMPING PAKAI PULA!!!!!

Cam Na Pergi Medan Dengan Kadar Murah

Mari kita sama-sama syer pengelaman, Saya 15 kali ke Medan melalui syarikat pelancongan 8 kali persendirian 7 kali jumlah keselurohan 15 kali. sudah tentunya ada yang menarik dan sebaliknya sama-samalah kita berkongsi pandangan.

Kali pertama 1972 ketika itu usia saya 18 tahun 9 bulan, saya mengjijak kaki buat pertama kali di Medan, faham aja la seronok tak terkira dengan kadar harga ketika itu RM 250 seorang untuk 5 hari 4 malam dengan menaiki kapal terbang dari Penang ke Medan pergi balik. Jika banding harga sekarang  RM750 seorang, wau jauh bedzanyakan?

Jika malalui syarikat pelancongan RM 750 termasuk tiket kapal terbang pergi balik, makan, hotel dan bas selama 4 hari 3 malam semasa berada disana beserta dengan program2 yang telah diatur. Sesungguhnya bagi sesiap yang pergi kali pertama memang seronok, tidur hotel taraf 4 bintang, makan minum semuanya dihotel, bergeraka kesana sini dengan Bas, pendek kata kita ini dilayan seperti TUAN namun begitu semuanya dilakukan kerana tugas tetapi disebaliknya apa yang diharapkan oleh mereka-mereka itu tidak lain tidak bukan TIP, boleh dikatakan kemana saja termasok hotel yang kita pergi semuanya TIP.

Tip ini menyebabkan kita rasa tidak selesa sebab kita sentiasa diperhatikan kemana sahaja kita pergi kadang-kadang mereka datang menghampiri kita dengan menawar perbagai aktiviti atau service atas alasan jika kita penat, maka akan diurus panggilnya tukang urut bagi mengurut semuanya badan atau membawa kita ketempat-tempat yang lebih menarik, jika tempat yang kita pergi itu amat menarik maka mereka turut mendapat tip dari tuan punya kedai tersebut bila balik sampainya nanti kita dihotel maka disitulah mereka akan kenakan upahan yang amat tinggi dengan perbagai alasan diberikan mau tak mau kena bayar, jika enggan bayar akibatnya mereka akan bawa geng ketok pintu bilik kita jam 3 @ 4 pagi minta duit.

Bagi yang pernah pergi kali pertama , kedua, ketiga semuanya akan seronok tapi mereka akan terasa seperti letih, bosan dengan program yang padat tidak sebebas-bebasnya, pemandu pelancong asyik membawa kita dikedai-kedai  yang boleh dikatan tempat dia boleh mendapat TIP semua shoping dikedai yang mahal-mahal belaka. Jika kita nak pergi kedai jualan murah kenalah pergi sendiri dengan menaiki sama ada beca motor atau kereta sahaja itu pun selepas acara bebas.

Ya yang bestnya pergi sendiri kita bebas dari semuanya kemana sahaja kita nak pergi tiada siapa yang akan mengatur perjalanan kita pokoknya kita sudah tahu semua tempat itu. Sekarang saya akan terangkan cara-cara nak pergi keMedan dengan kadar yang murah.

Pertama
Pastikan kita mempunyai pasport perjalanan yang sah (Pasport International) 

KeDua 
Buka internet sama ada AirAsia, Mas atau pergi sahaja keSyarikat Pelancongan membeli tiket  melalui internet dengan kadar harga RM 220 untuk pergi balik. 

KeTiga  
Sesampainya kita diAiport Polonia kita isi borang dan cop pasport selepas itu keluar terus beli tiket teksi dengan harga RP 50.000 (RM 18.00 lebih kurang) terus ke hotel yang mana kita nak menginap.Sampainya kita dihotel selepas turun dari teksi bawa beg terus ke kaunter (ketika ini pertugas hotel  menerpa  untuk  mengambil kita, jika mereka berjaya mengambil beg kita erti kata Tuan harus membayar TIP) Harga hotel disekitar RP 150,000 (RM 65.00) RP 250.000 ( RM 110.00). Jangan lupa selepas itu turun balik ke Lobby pergi diejen penerbangan yang terdekat confirm tarik penerbangan balik bila? jika tidak confirm tarikh yang kita nak balik mereka beri tempat duduk kita pada orang lain, Kalau kita nak balik juga tarikh tersebut tidak terlebih dahulu confirm jawabnya kena tambah caj la, caj cukup mahal la. (Inilah kerja mereka sentiasa cari duit)

KeEmpat
Kedai makanan (Rumah Makan) Islam banyak disana kita bebas nak makan apa-apa pun tapi harus berhati-hati jika tiada tanda Allah Muhamad atau  tak ada tanda Bismillah, walaupun tuan kedai itu memakai kopiah tak boleh dipercayai kebanyakan bangsa sana memakai kopiah tetapi setengah dari mereka beragama kristian.

KeLima 
Shoping pergilah kePasar jika tak tahu tanya bahagian receiption hotel dimana arah tuju pasar dia akan memberitahu. Jalan keluar dari hotel terus mendapatkan teksi motor. Jangan minta penjaga hotel dapatkan teksi nanti semuanya Tip.Teksi atau beca motor disana harganya disekitar RP 10.000 @ RP 20.000 saja diPasar itu memang harganya MURAH dari tempat-tempat lain. Shopping komplek disana banyak orang tempatan sentiasa banyak dimana-mana shopping komplek.

KeEnam
Apabila sampai waktunya kita nak balik tolong check pasport, tiket penerbangan dan kad boarding juga jangan habiskan wang rupiah kena simpan untuk bayar airport tax lebih kurang RP 120,000, teksi dari hotel ke airport RP 50.000 jika ada wang berlebihan selepas kita masuk check in didalam sana ada banyak ole-ole atau cederamata boleh habiskan wang rupia disitu. Apabila kita nak berlepas Pegawai Kastam akan minta TIP dari kita katanya Bapak wang rupiah yang tak dihabis belanja bagi kami buat makan.

Jika kita banding perbelanjaan dengan Syarikat RM 750.00 hanya untuk pakage kesemuanya tidak termasok shopping, tapi jika kita pergi sendiri wang lebihan perbelanjaan boleh untuk shopping.

Itu sahaja Tip dari saya, Salamat mencuba.

Wednesday, October 6, 2010

Lawatan ke Medan, Indonesia

Seramai 6 orang Ahli Lembaga Koperasi (ALK) mewakili Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad diarah membuat lawatan ke Medan Indonesia bagi membincang mengenali dan mencebur didalam industri Burung Vallet, Kasut dan Pertukangan Perabot Jati.

HARI PERTAMA

Sepanjang 4 hari disana memang program begitu padat sehingga meletihkan namum begitu ianya tidak terasa kerana tempat melawat adalah berbedza tempat.  Hari pertama kami sampai diHotel ada pegawai khas dari Pemerintah Kabupaten Batu Bara datang menjemput kami dihotel untuk kerumah makan. Biasa la sebaik saja sampai kami disambut oleh pekerja restoran dan makan tengahari disitu, huh pelbagai jenis makan telah dihidangkan hari pertama sedap la lepas tu berikutnya mula la jemu semua makan yang sama aja, kari ikan tak ada.

Selepas makan kami dibawa ke Pejabat Badan Pencanaan Pembangunan Daerah, sampainya kami disana disambut oleh Ketua Pemerintah Kabunpaten Batu Bara dan kami diberi taklimat serta bersoal jawab dengan dihidangkan minuman ringan.
Benteng dihadapan Pejabat
Ketua Pemerintah Kabupaten Batu Bara
En. Aziz bin Muda Ketua deligasi memberi ucapan
Sebahagian yang hazir didalam perjumpaan ini
Bergambar bersama-sama Ketua Pemerintah

HARI KEDUA

Keesokan hari kami dibawa dengan menaiki kereta kijang melawat kesatu Daerah Perbaungan yang terkenal sebagai Bandar Vallet (disini banyaknya ternakan burun vallet) disana sini sentiasa mendengar bunyi bising burung vallet terasa seperti kita berada didalam kandang burung pulak.

Bangunan sarang Burung Vallet
Bangunan didalam Bandar
Alamak kereta jatuh lubang pulak

Waw hebat tersangat hebat bangunan-bangunan disitu sama ada tinggi atau rendah boleh dikatakan semuanya dijadikan sarang burung vallet, jika lihat bangunan yang dijadikan tempat sarang burung vallet boleh dikatakan seperti bangunan kadai tiga tingkat atau sekolah, sehari suntuk kami berada disitu. Bayangkan rumah sewa atau hotel tak ada dibandar itu macam mana mandi tidak makan pun tidak badan pulak terasa tak selesa, Hhuuh hati pada ketika itu dah mula nak jadi tak ketahuan dah, mata asyik terasa mengantuk.

Inilah wajah bandar Vallet

Waktu malam kami dibawa ke rumah makan (kedai makan) ayam panggang perincah, huuuu tak tau nak kata 3 ekor tambah jadi 6 ekor terkejut pengurus kedai itu, malu juga kami dengan pegawal khas tu, ya la nak kata apa lagi lapar dan tak pernah jumpa kedai yang macam tu.  Lepas makan kami dibawa berkunjung ke Kelab Malam disitu ada dangdut dan live muzik.

La ni kita nak pi mana selepas makan (diLobby Hotel)

HARI KETIGA

Kami dibawa ke dua distinasi, distinasi pertama ke Industrial Kecil PIK Menteng, Medan sejauh 35 km dari bandar Medan disini perusahaan membuat kasut kulit buaya untuk diexport keluar Negara termasok Malaysia. Harganya jauh lebih murah dari harga pasaran, apa lagi kami diberi harga istimewa pakat-pakat ambil seorang sepasang dan ada sampai 3 pasang.

Industri pembuatan kasut kulit buaya/ular
Pekerja sedang membuat kasut
Kasut yang telah disiap untuk diexport

Destinasi ke dua sejauh 30 km dari tempat itu kami dibawa kerumah pertukangan perabot kayu jati, disebelah rumah pemilik industri ini dijadikan kilang pembuat perabot, Apa nak dikata terpegun kami rata-rata perabot didalam rumahnya semua perabot perbuatan dari kayu jati, huuh puas rasanya.

Perabot didalam Rumahnya
Perabot almari dari kayu jati
Kami membincang dengan serious

HARI KE EMPAT

Pagi kami dibawa melawat disekitar Bandar Medan serta tempat-tempat membeli belah.  Salah satu tempat iaitu Pasar yang mana disitu tempat jualan murah dan termurah cumanya kita pandai tawar menawar semasa berurus niaga dengan mereka. Sebaik saja kami menjamu selera tengahari kami dibawa terus ke lapangan Terbang untuk berangkat balik ke Kuala Lumpur.

Dalam tempoh 4 hari itu banyaklah masalah dan kerumitan yang kami hadapi tapi semuanya itu satu pembelajaran serta menambahkan pengelaman ditempat orang.

CAM NA NAK PERGI MEDAN DENGAN KADAR MURAH.


Monday, October 4, 2010

Projek Ikan Air Tawar

Setelah 2 kali diberi taklimat mengenai ternakan ikan air tawar dan beberapa kali mesyuarat telah diadakan maka Ahli Lembaga Koperasi KOSPETA Berhad yang mempunyai seramai 13,000 ahli diseluroh Semenanjung Malaysia bersetuju sebulat suara projek ini dilaksanakan di tebing Sungai Kuala Kangsar.

Mesyuarat membincang Projek Ikan Air Tawar
di Kuala Lumpur

Sebanyak 20 sangkar besi berukuran 20 x 20 kaki telah ditempah dengan kos sebanyak RM 102.500.00 bagi 3 jenis ikan iaitu Ikan Talapia, Ikan Patin dan keli.  Ikan Talapia sebanyak 28,000 ekor, Ikan Patin 5,000 ekor manakala Ikan keli 25,000 ekor, kesemuanya telah dimasukan kedalam sangkar berasingan.

20 unit sangkar sebesar 20 x 20
Anak ikan talapia
En. Pisssal ALK sedang memantau 
En. Pissal ALK sedang menyemak dan mengesahkan
akaun perbelanjaan ikan

Selepas 5 bulan ternakan mulalah menampakan hasil dan ikan-ikan ini dah boleh dijual, ramai peniaga-peniaga kecil datang membeli secara runcit dan ada pula peraih datang nak memborong kesemuanya, namun untuk jangka masa yang panjang kita terima semuanya.

Ikan Patin yang besar sederhana


Ikan Keli yang dah besar
Ikan Keli yang dah besar dan boleh dijual
Lihat Ikan Talapia yang dah besar dalam proses
memindah ikan-ikan yang besar ke sangkar

Perasmian Ternakan Ikan Air Tawar telah disempurnakan oleh YB. Dato' Nazri, Ahli Parlimen Padang  2010, turut hazir dimajlis tersebut Penghulu, Imam dan ramammi lagi
Pengerusi Koperasi menyambut kedatangan YB

Majlis Perasmian bermula
Tuan. Hj. Mohd Faizi Aznam sebagai Pengerusi majlis
Tn. Hj. Abu Hassan Abdullah Pengerusi Kospeta

Y.A.B Dato' Sri Nazri
Menteri diJabatan Perdana Menteri

Setelah ikan dah besar pihak Koperasi mula menjualkanya kepada orang ramai dengan harga yang rendah, ramai peniaga-peniaga kedai makan disekitar Pekan Kuala Kangsar datang

                             Ikan sedang dijual kepada peniaga kecil                                   

Ikan dimasuk ke dalam tong dan dibawa naik keatas trak

Sehingga hari ini 04/10/2010 perbelanjaan keselurohan termasok dengan bayaran upah tenaga kerja sebanyak RM 185,899.70.  Sesiapa yang berminat boleh hubungi melalu Laman Web http://www.kospeta.com/

Selamat Hari Jadi Kak SU

Hari ini 04-10-2010 Isnai, Hari jadi Pn. Sunita bte Abd.Rahim (Kak SU) Senior Executive , Industiral Relations, wow ramai la staff-staff pakat duk ucap selamat hari jadi, wau bila tengok dalam e-mail sakan macam bintang filem yang terkenal ramai yang bagi ucapan.

Hah hari ini kami kenyang, CCD telah atur satu jamuan makan tengahari untuk sambut birthday kak su, dimana tau? Huhhhh TAT Nasi Ayam laaaa.  Hah tunggu apa lagi sebaik saja kami sampai nasi dah terhidang, ustas baca doa pendek pulak tu, doa makan Allah hu ma barek lana, booking untuk 35 orang yang datang 32 orang baki 3 pinggan, alahai habuan depa selesai sapu bersih. Lega rasanyaaaaa.
Tengok la gambar kawan-kawan kita ni, apa komen? 

Hai Kak Su (kelumbong hitam)bergaya nampak

Adoh ramainya sampai makan tak pangong kepala

Pn. Maheran, wah sedap ni apa lagi kita mula la

Hai En.Raja sembang apa lagi makkan la 

Hai En.Redza nak makan pun sempat lagi bagi peace