Wednesday, October 6, 2010

Lawatan ke Medan, Indonesia

Seramai 6 orang Ahli Lembaga Koperasi (ALK) mewakili Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad diarah membuat lawatan ke Medan Indonesia bagi membincang mengenali dan mencebur didalam industri Burung Vallet, Kasut dan Pertukangan Perabot Jati.

HARI PERTAMA

Sepanjang 4 hari disana memang program begitu padat sehingga meletihkan namum begitu ianya tidak terasa kerana tempat melawat adalah berbedza tempat.  Hari pertama kami sampai diHotel ada pegawai khas dari Pemerintah Kabupaten Batu Bara datang menjemput kami dihotel untuk kerumah makan. Biasa la sebaik saja sampai kami disambut oleh pekerja restoran dan makan tengahari disitu, huh pelbagai jenis makan telah dihidangkan hari pertama sedap la lepas tu berikutnya mula la jemu semua makan yang sama aja, kari ikan tak ada.

Selepas makan kami dibawa ke Pejabat Badan Pencanaan Pembangunan Daerah, sampainya kami disana disambut oleh Ketua Pemerintah Kabunpaten Batu Bara dan kami diberi taklimat serta bersoal jawab dengan dihidangkan minuman ringan.
Benteng dihadapan Pejabat
Ketua Pemerintah Kabupaten Batu Bara
En. Aziz bin Muda Ketua deligasi memberi ucapan
Sebahagian yang hazir didalam perjumpaan ini
Bergambar bersama-sama Ketua Pemerintah

HARI KEDUA

Keesokan hari kami dibawa dengan menaiki kereta kijang melawat kesatu Daerah Perbaungan yang terkenal sebagai Bandar Vallet (disini banyaknya ternakan burun vallet) disana sini sentiasa mendengar bunyi bising burung vallet terasa seperti kita berada didalam kandang burung pulak.

Bangunan sarang Burung Vallet
Bangunan didalam Bandar
Alamak kereta jatuh lubang pulak

Waw hebat tersangat hebat bangunan-bangunan disitu sama ada tinggi atau rendah boleh dikatakan semuanya dijadikan sarang burung vallet, jika lihat bangunan yang dijadikan tempat sarang burung vallet boleh dikatakan seperti bangunan kadai tiga tingkat atau sekolah, sehari suntuk kami berada disitu. Bayangkan rumah sewa atau hotel tak ada dibandar itu macam mana mandi tidak makan pun tidak badan pulak terasa tak selesa, Hhuuh hati pada ketika itu dah mula nak jadi tak ketahuan dah, mata asyik terasa mengantuk.

Inilah wajah bandar Vallet

Waktu malam kami dibawa ke rumah makan (kedai makan) ayam panggang perincah, huuuu tak tau nak kata 3 ekor tambah jadi 6 ekor terkejut pengurus kedai itu, malu juga kami dengan pegawal khas tu, ya la nak kata apa lagi lapar dan tak pernah jumpa kedai yang macam tu.  Lepas makan kami dibawa berkunjung ke Kelab Malam disitu ada dangdut dan live muzik.

La ni kita nak pi mana selepas makan (diLobby Hotel)

HARI KETIGA

Kami dibawa ke dua distinasi, distinasi pertama ke Industrial Kecil PIK Menteng, Medan sejauh 35 km dari bandar Medan disini perusahaan membuat kasut kulit buaya untuk diexport keluar Negara termasok Malaysia. Harganya jauh lebih murah dari harga pasaran, apa lagi kami diberi harga istimewa pakat-pakat ambil seorang sepasang dan ada sampai 3 pasang.

Industri pembuatan kasut kulit buaya/ular
Pekerja sedang membuat kasut
Kasut yang telah disiap untuk diexport

Destinasi ke dua sejauh 30 km dari tempat itu kami dibawa kerumah pertukangan perabot kayu jati, disebelah rumah pemilik industri ini dijadikan kilang pembuat perabot, Apa nak dikata terpegun kami rata-rata perabot didalam rumahnya semua perabot perbuatan dari kayu jati, huuh puas rasanya.

Perabot didalam Rumahnya
Perabot almari dari kayu jati
Kami membincang dengan serious

HARI KE EMPAT

Pagi kami dibawa melawat disekitar Bandar Medan serta tempat-tempat membeli belah.  Salah satu tempat iaitu Pasar yang mana disitu tempat jualan murah dan termurah cumanya kita pandai tawar menawar semasa berurus niaga dengan mereka. Sebaik saja kami menjamu selera tengahari kami dibawa terus ke lapangan Terbang untuk berangkat balik ke Kuala Lumpur.

Dalam tempoh 4 hari itu banyaklah masalah dan kerumitan yang kami hadapi tapi semuanya itu satu pembelajaran serta menambahkan pengelaman ditempat orang.

CAM NA NAK PERGI MEDAN DENGAN KADAR MURAH.


1 comment:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete