Monday, November 8, 2010

Kesan Banjir

Hujan berhenti air surut setelah pemantauan dibuat disekitar Bandaraya Alor Setar maka tidak hairanlah seperti yang dijangkan banyak perabot-perabot almari meja kerusi tilam dan sebagainya akan dibawa keluar oleh penduduk dari rumah dan diletakan ditepi-tepi jalan raya.

Anak Bukit
Titi Gajah
Taman Mas Merah
Depan Air Port
Kepala Batas

Environmnet Idaman hari ini memulakan tugasnya dengan meletak pekerja-pekerja dibanyak tempat dan sudut sepanjang Lebuhraya menuju ke Airport bagi tujuan menolong dan membantu penduduk mengeluarkan barang yang dihanyutkan air serta membersihkanya.

Depan Masjid Titi Gajah

Video Depan Masjid Titi Gajah
Depan Masjid Titi Gajah
Jalan Ke Airport

Video Jalan Ke Airport
Jalan Camp Wataniah
Video Jalan Camp Wataniah
Loji Air Bukit Pinang



Saturday, November 6, 2010

Banjir Belum Reda

Hari ini 5/11/2010 beberapa hari dah berlalu Banjir masih lagi belum reda, walau pun hujan sudah berhenti namun air masih lagi belum surut banyak Jalan-jalan didalam Bandar masih lagi ditengelam, lalu lintas didapati banyak disekat boleh dikatakan terperangkap mau tidak mau terpaksalah jika hendak juga menuju ketempat tujuan kenalah randuk air.

Jalan Sultan Badlishah (Bandar)
Video Jalan Sultan Badlishah
Bulatan Jalan Sultan Badlisahah (Bandar)
Bangunan Persekutuan (Bandar)
Video Bulatan Jalan Sultan Badlishah

Pekan Rabu Jalan Tunku Ibrahim  (Bandar)
Jalan Putra  (Bandar)
Jalan Pintu Sepuloh  (Bandar)

Bukan itu sahaja air paip juga telah terputus penduduk terpaksa menunggu ketibaan bantuan lori membawa air masuk dari loji kemerata pelusuk tempat didalam Daerah Kota Setar.

TAMAN UTAMA, JALAN GANGSA, ALOR SETAR

Mengambil Air dari Lori
Penduduk ramai mengambil air

Banyak Taman-taman bersebelahan dengan sungai dinaiki air termasuk rumah-rumah kampong yang tinggal ditebing sungai mengalami rosak teruk diatas arus air yang deras mengakibatkan tebing runtuh titi hanyut dan sebagainya, pendek kata apa jua pembinaan ditebing semuanya dibawa oleh arus air yang deras.

TAMAN UTAMA 03-11-2010

Jalan Utama 6/2 Taman Utama  (Siang)

Belakang Rumah  (Siang)

TAMAN UTAMA 05-11-2010


Jalan Utama 6/1 Taman Utama  (Malam)

Jalan Utama 6/2 Taman Utama  (Malam)

Jalan Utama 6/3 Taman Utama  (Malam)
Belakang Rumah  (Malam)




Wednesday, November 3, 2010

Alor Setar Banjir

Hujan turun beberapa hari sebelum ini walau pun ianya berhenti telah mengakibatkan Banjir Besar mula-mula berlaku banjir diChanglun, Perlis sekarang sehingga hari ini ianya telah melibatkan seluroh Bandaraya Alor Setar.

Banyak tempat tengelam terutama sekali Jalan Raya, Kampong atau Taman yang berhampiran dengan Sungai, Jalanraya banyak ditutup untuk lalulintas kecuali kenderaan berat dibenarkan masuk atau lori-lori yang membawa bantuan dan sebagainya.

Difahamkan pihak Mada akan membuka ampanganya untuk memberi laluan air yang penuh melimpah, jika seiranya ampangaan tersebut tidak dibuka besar kemungkinan ampangan tersebut akan pecah jika ianya pechah akan berlaku Banjir terburuk diAlor Setar.

Ketika ini banyak Jabatan-Jabatan Kerajaan bertungkus lumus menolong dan membantu memberi bantuan makanan serta membawa mangsa-mangsa banjir ke tempat-tempat yang lebih selamat atau dipusat-pusat banjir.

Muzium Bakar Bata
Tempat Rehat disebelah Muzium
Video Jalan Bakar Bata
Kampong Seberang Pumpong
Video Kampong Seberang Pumpong
Wisma Darullaman
Taman Tunku Mahmud
Kedah Kelab
Simpang masuk Taman Golf

Video Jalan Masuk Taman Golf
Kediaman KCS Pumpong
Lorong Sekolah Alor Merah
Kediaman Menteri Besar, Mentalon
Istana Pelanggi, Jalan Menteri
Pekerja Idaman Membersih Longkang di Jalan Menteri
 

Tuesday, November 2, 2010

Penubuhan Kelab Sukan dan Kebajikan environment Idaman

Permohonan untuk menubuh Kelab telah diserahkan kepada Pegawai Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Kedah beralamat Aras 3 Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Komplek Pentadbiran Kerajaan Perseketuan Bandar Mu' adzam Shah, Alor Setar, Kedah pada 28 Disember 2009.

Amat terasa lega apabila Pendaftar Pertubuhan memangil Pengerusi dan Setiausaha Kelab pada 25 Februari 2010  (Khamis) bagi tujuan urusan pindaan dan perbetulan undang-undang Pertubuhan selaras dengan Akta Pertubuhan, 1966 sebelum ianya didaftarkan. 

Setelah berjumpa dan berbincang, Pegawai pendaftar bersetuju dengan cadangan dari kelab sukan dan kebajikan, environment ldaman diadakan mesyuarat agungnya Dwi Tahunan sekali.

Semua borang-borang serta deraf peraturan dan undang-undang yang telah siap sepenuhnya diserah kembali kepada pegawai pendaftar, selepas 5 hari saya sekali lagi dipanggil berjumpa dengan pegawai tersebut dan beliau meminta supaya saya memperbetulkan kembali ejaan-ejaan yang tersilap.

Hai mengeluhnya saya ketika itu terasa letih ingat kot dah ok semua, tapi oleh kerana ada suntikan semangat dari BOS No.1 dari Idaman maka saya balik segera ke pejabat terus buat pembetulan seperti yang diarahkan, keesokanya saya sekali lagi ke Pejabat Pendaftaran beri kepada pegawai tersebut dan beliau berjanji akan semak dan jikalau ada lagi kesilapan beliau akan sekali lagi memanggil saya.

Alhamdulilah dengan berkat doa serta kesabaran tidak sampai sebulan saya menerima talipon dari pegawai pendaftar memaklumkan bahawa Pendaftaran sebagai Kelab Sukan dan Kebajikan environment Idaman telah DILULUSKAN pada 17 Mac 2010 dan beliau menjemput saya datang ke pejabat untuk mengambil SIJIL PENDAFTARAN dengan nombor Pendaftaran 0639-10-KDH. 

Sehingga kehari ini mesyuarat jawatankuasa telah diadakan sebanyak 2 kali bagi tujuan penubuhan biro-biro serta melantik pengerusi-pengerusi biro.  Setiap pengerusi-pengerusi biro sudah pun mengadakan mesyuarat biro masing-masing dengan mencadangkan beberapa aktiviti yang hendak dijalankan.

Sehingga kini biro kebajikan mendahului dari lain-lain biro didalam melaksanakan aktiviti-aktiviti biro khususnya didalam hal-hal kematian.  Terdapat 11 kematian sehingga kini iaitu 2 orang dari Pekerja (Ahli) yang selebihnya Ibu dan Bapa.

Derma yang telah dikeluarkan sehingga kini hasil sumbangan dari Pekerja-pekerja (Ahli Kelab) bagi tujuan membantu Pekerja-pekerja lebih kurang RM 8,915.00. Berikut adalah penerima-penerima yang menerima sumbangan kematian.

En. Mhd. Saiful Anuar Chief Executive Officer telah
menyerahkan derma kematian dari Kelab sebanyak
 RM 705.00 kepada En.Abu Bakar Hassan diatas
 kematian Bapanya pada 02-03-2010
Puan Maheran Manager Finance & Account menyerahkan
 derma kematian dari Kelab sebanyak RM 705.00 kepada
En.Alias Ismail kematian Ibunya pada 11-03-2010 
En. Zamzuri Awang Pengerusi Kelab telah menyerahkan
derma kematian dari Kelab sebanyak RM 705.00 kepada
En.Shafie Awang diatas kematian Ibunya pada 30-03-2010 
En Pissal Abu Setiausaha kelab menyerahkan derma kematian 
dari Kelab sebanyak RM 705.00 kepada En.Zainudin Ramadzon
diatas kematian Ibunya pada 24-05-2010
En. Ahmad Kamal Manager HR & MIS menyerahkan
kepada Hosu Pendang sumbangan derma dari Kelab
untuk kematian anak pekerja di Pendang
Pn. Sunita Abd. Rahim Head Human Resources & Admin
mneyampaikan derma kematian dari Kelab sebanyak RM 705.00
kepada En. Salim Abudllah diatas kematian Ibunya
En. Raja Amir Hamzah Manager Fleet Management menyerahkan 
 derma kematian dari Kelab sebanyak RM 705.00 kepada 
En. Jevaratnam diatas kematian Ibunya pada 03/11/2010

Dengan adanya Kelab maka dapatlah sedikit sebanyak ianya membantu warga kerja environment Idaman khususnya yang menjadi ahli kelab apabila semasa menghadapi masaalah kematian dan sebagainya. Pada pekerja yang belum atau ingin menjadi ahli kelab diminta menghubungi En.Pissal bin Abu Setiausaha Kelab untuk mendapatkan borang keahlian atau melalui email: pissal@e-idaman.com

Semoga dengan kehaziran semua warga kerja sebagai ahli kelab ianya akan mengperkukuhkan lagi serta dapat memperbanyakan sumbangan derma serta aktiviti yang berfaedah kepada pekerja-pekerja khususnya ahli-ahli kelab. 



Monday, November 1, 2010

Pelancaran Kempen Mengurangkan Pengunaan Beg Plastik

Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah berjaya mengadakan Majlis Pelancaran Kempen Mengurangkan Pengunaan Beg Plastik pada 30-10-2010 bertempat di Pasaraya Star Parade, Jalan Telok Wanjah, Alor Setar, Kedah.

(Tempat inilah tempat lahir ku sebelum ini ianya adalah Kuaters kediaman pekerja-pekerja Majlis Kerajaan Tempatan ketika itu dinamakan Berek Town Board, saya dibesarkan di kawasan ini.)


Majlis Perasmian dilakukan oleh Tuan Setiausaha Majlis Bandaraya Alor Setar bagi mewakili YBhg. Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Alor Setar. Majlis ini mendapat sambutan yang mengalakan dari orang ramai, Bank CIMB adalah penaja utama dalam program ini.

Tuan Setiausaha, Majlis Bandaraya Alor Setar
Orang ramai yang menyertai program ini
En. Pissal mewakili Syarikat environment Idaman
Penyelia-Penyelia turut hazir bersama
Pekerja MBAS sedang mengedarkan beg kepada pengunjung

environment Idaman juga turut memberi sumbangan merupakan topi untuk diberi kepada semua pengunjung yang menghaziri program tersebut. 

Pejabat PBT Daerah Yang Tercantik

Pejabat Majlis Daerah Kubang Pasu setinggi tiga tingkat adalah Pejabat yang tercantik di Negeri Kedah terletak bersama-sama dengan Pejabat Daerah Kubang Pasu di Komplek Pentadbiran Daerah Kubang Pasu, Jitra bersebelahan dengan Dewan Wawasan yang dibina khas oleh bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad pada ketika itu menjadi Wakil Rakyat Parlimen Kubang Pasu.


Pintu hadapan Komplek
Pejabat PBT MDKP

Kehaziran kami ke Komplek ini diPejabat Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) sebagai mewakili environment Idaman ke Mesyuarat Penambahbaikan Mengenai Pembersihan Awam di Majlis Daerah Kubang Pasu.

 En. Afzainizam, En.Pissal Abu dan En. Shaiful Azli
 bergambar di Lobby Tingkat Bawah

Mesyuarat pada hari ini 01-11-2010 yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato, Yang DiPertua Majlis Daerah Kubang Pasu dengan dihaziri bersama Setiausahanya serta kesemua Ahli-ahli Majlis berjalan dalam suasana mesra. Pembentangan kertas kerja mengenai Penambahbaikan Kerja-kerja Pembersihan Awam di keselurohan Daerah Kubang Pasu yang dibentangkan oleh Syarikat environment Idaman diterima dengan baik serta bersetuju dengan sebulat suara kertas kerja tersebut.

YBhg. Dato' Yang DiPertua sedang mempengerusikan Mesyuarat
En. Afzainizam Ketua Corporate Communication Deparment
sedang menyampaikan kertas kerja
En. Shaiful Azli Hosu Kubang Pasu turut hazir bersama