Monday, November 1, 2010

Pejabat PBT Daerah Yang Tercantik

Pejabat Majlis Daerah Kubang Pasu setinggi tiga tingkat adalah Pejabat yang tercantik di Negeri Kedah terletak bersama-sama dengan Pejabat Daerah Kubang Pasu di Komplek Pentadbiran Daerah Kubang Pasu, Jitra bersebelahan dengan Dewan Wawasan yang dibina khas oleh bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad pada ketika itu menjadi Wakil Rakyat Parlimen Kubang Pasu.


Pintu hadapan Komplek
Pejabat PBT MDKP

Kehaziran kami ke Komplek ini diPejabat Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) sebagai mewakili environment Idaman ke Mesyuarat Penambahbaikan Mengenai Pembersihan Awam di Majlis Daerah Kubang Pasu.

 En. Afzainizam, En.Pissal Abu dan En. Shaiful Azli
 bergambar di Lobby Tingkat Bawah

Mesyuarat pada hari ini 01-11-2010 yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato, Yang DiPertua Majlis Daerah Kubang Pasu dengan dihaziri bersama Setiausahanya serta kesemua Ahli-ahli Majlis berjalan dalam suasana mesra. Pembentangan kertas kerja mengenai Penambahbaikan Kerja-kerja Pembersihan Awam di keselurohan Daerah Kubang Pasu yang dibentangkan oleh Syarikat environment Idaman diterima dengan baik serta bersetuju dengan sebulat suara kertas kerja tersebut.

YBhg. Dato' Yang DiPertua sedang mempengerusikan Mesyuarat
En. Afzainizam Ketua Corporate Communication Deparment
sedang menyampaikan kertas kerja
En. Shaiful Azli Hosu Kubang Pasu turut hazir bersama









No comments:

Post a Comment