Friday, July 8, 2011

Bertolak ke Kuala Lumpur

Hati tertanya-tanya apakah boleh saya pergi ke KL dengan keadaan yang agak runcing, mengikut maklumat dari Berita Perdana jam 8 huuuhhhh nampaknya susah sebab ada banyaknya sekatan jalan raya.  maka pada 8 Julai 2011 jam 7.30 pagi saya beranikan diri naik flight ke KL rasa-rasanya ada ka tidak sekatan jalan raya atau pun pemeriksaan ketat di airport.

Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim
Sedang menunggu menaiki pesawat

Sesampainya saya diairport lega rasanya apa yang difikirkan tidak berlaku naik flight seperti biasa, sampai di LCCT KL didapati semunya biasa sahaja dan sampai di KL Central pun nampaknya seperti biasa juga..

Self Checkin
Menaiki Pesawat
\
Sebaik saja sampai di LCCT KL saya terus menaiki Bas Air Asia yang sedia menunggu ke KL sampai di KL Central saya menaiki Keretapi Komuter ke Batu Cave turun dari Batu Cave naik teksi ke Pejabat Koperasi KOSPETA di Pasar Borong..

Bas Air Asia
Keretapi Komuter

Program 3R Di Sek. Kbg. Mergong

environment IDAMAN Sdn Bhd bersama dengan PPSPPA mengadakan Program Kitar Semula kepada pelajar-pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan telah diadakan pada 07-07-2011 hari Khamis, jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Mergong, Alor Setar, Kedah.

Dewan Terbuka

Sambutan dari pelajar serta guru-guru cukup mengalakan, mungkin masih ramai yang belum faham apa itu kitar semula kerana pelajar disekolah tersebut difahamkan seramai 1,000 orang cuma yang menyetai hanya 103 orang sahaja termasok guru-guru.

Barang-barang yang dikumpul mengikut kelas

Kerja-kerja menimbang dijalankan oleh kakitangan PPSPPA bersama-sama dengan pekerja environment IDAMAN Sdn Bhd sambil diperhatikan oleh Puan Guru Besar.

Kakitangan PPSPPA sedang menimbang barang
Barang yang ditimbang sedang dicatit

Hasil jualan hari ini diatas barang-barang yang dapat dikumpul  hanya 836 kilo kertas, Tin Alumaniam 4.4 kilo, Tin susu 15 kilo dan botol plastik 65 kilo.dengan nilai RM 358.00 sahaja.

Barang-barang yang dikumpul
Kakitangan PPSPPA, Guru dan environment IDAMAN

Wednesday, July 6, 2011

Program 3R Di Sek. Men. Convent

Program Kitar Semula (3R) buat pertama kalinya diadakan di hadapan tapak perhimpunan di tanah lapang pada 5 Julai 2011 hari Rabu jam 9.00 pagi Sekolah Menengah Convent, Jalan Tanjung Bendahara, Alor Setar, Kedah. 

Buat pertama kali program ini dilaksanakan kurang mendapat sambutan mungkin kerana tidak mendapat maklumat atau penerangan lanjut mengenai program 3R.

Hasil dari timbang kesemua barang-barang tersebut nilai yang diperolehi sebanyak RM 336.00 sahaja.

Bersambung lagi.....

Sunday, July 3, 2011

Hari Ke 3 Di Phuket

Hari ke 3 pada 3 Julai 2011 Selepas makan pagi kami ramai-ramai bergambar dihadapan hotel kemudian semuanya menaiki Bas bertolak balik ke Haatyai, janji bertolak jam 9.00 pagi paham-paham aja la ada yang nak melepas ada pula lupa barang dan sebagainya jadilah kami bertolak jam 9.45 pagi.


Tengahari jam 2.00 bas berhenti ditempat shoping terakhir di Daerah Trang serta makan tengahari disitu, alahai selagi tak habis duit selagi itu la mereka shopping dan ada yang simpan sikit untuk shopping di Haatyai.


Hari semakin lewat En. Ramli Setiausaha Agung memberitahu Bas tak payah singgah di haatyai kepada saya memandangkan pemandu yang memandu Bas tersebut terlalu perlahan memandu membuatkan ramai peserta rombongan tidak berpuas hati tapi apakan daya kata mereka streng bukan ditangan kami. Masing-masing mengeluh.

Sumbangan Tip Pada Guide

Akhirnya Bas sampai jam 6.30 petang di Danok, bagi mereka yang masih mempunyai wang Bath mereka shopping habis-habisan ada yang beli baju ada yang beli buah-buahan dan sebagainya.



Lebih kurang jam 8.00 malam tidak lagi ternampak sesiapa di Pekan Danok boleh dikatakan semuanya dah pulang ke destinasi masing-masing.

Bagi saya sebagai ketua rombongan terserahlah kepada taksiran masing-masing  sama ada lawatan ini bagi satu kenangan yang menyeronokan atau tidak hanya itu sahaja setakat kemampuan yang dapat diberikan. Sebagai manusia memang kita tidak dapat memberi seratus peratus seperti yang dikehendaki.

Bersambung lagi..... 

Hari Ke Dua Di Phuket

Program hari ke dua 2 Julai 2011 nampaknya padat selepas sarapan pagi kami menaiki Bas jam 9.30 pagi tempat pertama kami menuju PHUKET RIFLE SHOOTING ASSOCIATION disana kami boleh belajar menembak mengunakan senjata api yang betul dengan mengunakan peluru hidup. Ramai peserta lawatan mengambil peluang ini, caj yang dikenakan 10 butir peluru Bath 890 (RM 89.00) jenis pistol dan Bath 690 (RM 69.00) 10 butir peluru jenis Riffle.




GEMS GALLERY Kilang Batu Permata yang terbesar di Dunia tempat kedua kami melawat, sampainya rombongan kami disana kami disambut dengan welcome drink dan diberi taklimat di bilik khas untuk tayangan video. Selepas menyaksikan video kami dibawa masuk dan melihat cara-cara memproses batu permata dan membuat cicin, dianggarkan seramai 30 orang pekerja didalam bangunan tersebut.



Jam 12.50 tengahari kami dibawa ke kedai makan Marina Kitchen untuk makan tengahari,  sampainya kami disana wauuuuuu terhidang sudah makanan diatas meja, Huuuuuhhhh tunggu apa lagi tak sempat kawan-kawan lain nak duduk setengah yang lain dah balun dah, huuuuuuuhh sedapnya begitu berselera sekali. (Lapar katakan) 




Selepas makan kami ke kedai Phutai Souvenir Market membeli barang cederamata untuk dibawa balik ke Malaysia.  Pelbagai jenis barangan dipasarkan termasok juga membuat manit dari orang -orang asli disana secara langsung.



Acara yang menarik sekali kami diberi masa dari jam 3.00 petang hingga 8.00 malam berada di Patong Beach disitu dapatlah kami menjamu mata bolehlah tengok mat saleh menirap diatas pasir ada kawan yang lain tumpang massagge kaki yang sedia ada disitu. Sebelum matahari tengelam kami dibawa ketempat shoping baru. Didalam shoping tersebut ada Robinson, Jungleceylon Water Fountain Show dan lain-lain lagi, Mat Saleh waaaauuuu berlambak tempat depa (mereka) katakan.



Jam 8.00 malam kami dibawa balik ke pekan Phuket lama untuk makan malam, seperti biasa sampainya kami makanan sudah terhidang naaaahhhhh tunggu apa lagi kata kawan-kawan yang lain hemtam saja la, selesai semunya selepas saya membayar harga makanan (Harga makanan mahal) terus kami balik ke Hotel.

Hai tunggu apa lauk lagi ka?


Lawatan Ke Phuket (Hari Pertama)

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Penguasa-Penguasa Tempatan Semenanjung Malaysia (Anulae) telah mengadakan Lawatan Ke Phuket selama 3 hari 2 malam pada 1-3 Julai 2011.

Pejabat ANULAE Semenanjung Malaysia, KL

Mesyuarat Exco telah meluluskan program lawatan ini telah sekian lama ianya tertangguh kerana kesibukan  tugas Pegawai-pegawai Kanan Kesatuan dengan kerja seharian masing-masing. Peserta-peserta lawatan seramai 56 orang terdiri daripada Ahli-ahli Exco iaitu Pengerusi dan Setiausaha Cawangan dan setiap cawangan diwakili oleh 2 orang pegawai. 

Peserta-peserta  mula berkumpul diDanok jam 6.00 petang dan pihak urusetia menyediakan sebanyak 10 bilik untuk mereka berehat sementara menunggu jam 1.00 malam untuk menaiki Bas 2 tingkat ke Phuket.

Mesyuarat juga telah memutuskan En.Pissal Abu Mantan Naib Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia menguruskan program lawatan tersebut. Tiga orang Pegawai Tertinggi Kesatuan turut serta dalam lawatan ini iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan Setiasuaha Agung ANULAE Semenanjung Malaysia. 


Sebaik sahaja Bas tiba jam 1.00 pagi kami semua menaiki Bas menuju ke Phuket. Rombongan kami lewat tiba di Phuket kerana pemandu Bas tersebut memandu dengan perlahanya namum begitu kami semua selamat sampai di Pearl Hotel jam 10.30 pagi.


Bilik Hotel

Kami diberi rehat selama 1 jam dibilik masing-masing dan kemudian kami menuju ke Masjid untuk Sembahyang Jumaat, selepas jumaat kami semua makan tengahari secara ala kadar direstoran bersebelahan dengan Masjid.


Selepas makan rombongan kami dibawa melawat Kedai Batu Permata untuk membeli belah disana, Kami terlebih dahulu diberi taklimat mengenai Batu Permata selepas itu rombongan kami dibawa ke kedai biji janggus. Wah wah wah sampai disini semuanya diberi rasa dan makan dahulu sebelum membelinya.

Dengar Taklimat
Melihat Batu Permata

Biji Janggus

Rombongan kami bertolak ke Kilang Tshirt aduhai sampai saja disana tak sempat taklimat habis tengok-tengok setiap orang dah bawa raga pilih baju huuuuuuuu apa lagi tersenyumlah toukei kedai tersebut selepas itu kami semua dibawa ke kedai makan untuk makan malam dan selepas makan kami pulang ke Hotel.\

Waaaauuuuu shoping sakan
Makan Malam
Video Makan Malam

Gambar Hari Pertama Di Phuket

Kitar Semula di Wisma Darul Aman

Tarikh pada 26 Jun 2011 Kitar Semula di Wisma telah ditangguh dan diganti pada 30 Jun 2011 hari Khamis jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di hadapan GYM, Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah.


Memandangkan sudah 2 minggu program ini tidak dibuat maka pada hari tersebut banyak barang-barang yang dikitar dibawa turun kebawah, Jabatan Kerajaan Tempatan mencatit barangan yang terbanyak dengan mendahului lain-lain jabatan.

Pekerja Syarikat Hawa
Pekerja Idaman turut membantu

Cleaner dari Syarikat Hawa kedua terbanyak dan ketiga cleaner dari Syarikat Juta. Kali ini barang-barang yang dapat dikumpul penoh dan padat.

En. Pissal sedang mencatit berat barang
Barang-barang yang dibawa naik ke lori