Monday, May 19, 2014

Lawatan Ke Medan

Seramai 18 orang Ahli Lembaga Koperasi (ALK) dan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar selama 3 hari 2 malam pada 17-19/5/2014 ke Medan dengan menaiki Penerbangan Murah AirAsia dari Kuala Lumpur.

KLIA2

Hari pertama sebaik sahaja sampai di Lapangan Terbang Kuala Namu, Medan kami di bawa terus dengan menaiki Bas sewa khas ke Brastagi dan bermalam 1 malam di sana di Hotek Garuda. Pada petang itu kami dibawa melawat di sekitar pekanya. 

Kuala Namu Airport, Medan
Kuala Namu Airport
Bas Sewa Khas
Ibunda Hotel, Medan
Garuda Hotel

Disini banyak jualanya buah2han yang datang dari kampong-kampong disekitar Brastagi, kemudian kami d bawa naik ke atas Bukit bagi melihat sendiri pemandangan Pekan Brastagi serta dari jauh nampak Gunung Berapi yang tidak lama dulu telah memuntahkan laba2.

Pelbagai Buah2han
Pemandangan Bandar Brastagi
Gunong Berapi
Kereta Kuda

Keesokanya kami checkout terus kami menuju ke Kota Medan untuk 1 malam dan bermalam di Hotel Ibunda dan Garuda. Sampai sahaja di Kota Medan selepas checkin maka ada sebahagian dari group kami telah menaiki teksi pergi ke Pasar Ikan dengan Medan Mall untuk membeli belah.

Makan Malam
Melawat ke Masjid Raya, Kota Medan
Berjalan dalam Bandar Kota Medan
Membelibelah

Disebelah malam selepas makan malam aktiviti bebas. Ditempat makan diluar sana dah ada peniaga-peniag siap menunggu dengan menjual pelbagai barangan baju, soviener, beg besar dan kecil sertaa lain-lain lagi dangan harga murah.

Merdeka Walk
Gerai Makanan

Melawat Istana Maimum adalah salah satu program yang saya masukan untuk memberi gambaran dan pendedahan kepada mereka satu ketika pemerintahan diRaja pada beberapa abad lamanya dulu. Istana ini ramai Pelancong datang melawat sama adda kumpulan atau pun Persaorangan.

Istana Maimum
Bergambar atas Singahsana



Taklimat ringkas akan disampaikan oleh Pegawai-pegawai disitu yang dipercayai keterunan diRaja yang tinggal di Istana tersebut dan pelancong ditawar bergambar di singahsana dengan memakai baju kesultanan termasok pakaian lelaki dan wanita disediakan dengan kadar sewaan RM 3.00 setiap pasang.



Hari ketiga sebelum kami pulang sempat lagi beberapa orang dalam kumpulan kami pergi bershoping, slepas makan tengahari kami bertolak ke Airport dengan menaiki 4 buah teksi dari hotel terus ke Airport Kuala Namu Medan yang jaraknya sejauh 85 KM. Penerbangan kami jam 5.30 petang ke Kuala Lumpur.

Kuala Namu Airport
Checkin
Bergambar di Kuala Namu Airport
Minum Petang
Tempat menunggu

Saturday, March 22, 2014

Percutian Sekolah

Kelmarin 21/03/2014 saya bawa kawan-kawan dari Penang masuk ke Danok kemudian nak terus ke Hatyai melalui Bukit Kayu Hitam.

Pintu Masuk Ke Thailand
Orang ramai cop pasport

Sesampainya kami disana masyallah tak dijangka kereta beratur berleretan panjangnya, atas pengalaman yang ada saya terus pergi kehadapan potong Q, minta maaf la apa boleh buat, Bab cerita potong Q ni kereta siam yang paling ramai mereka sedikit pun tak hairan langsung dengan kereta malaysia, seolah-olah macam tempat mereka.

Paramount Hotel IJam Besar)
Dari Bilik Hotel
Bilik Hotel

Yang shoknya bila sampai kat Imgresen mereka terus lalu tak cop pun, inilah fonemena setiap hari yang berlaku di kaunter Imgresen entah mungkin ada perjanjian kot, sampai sahaja dipintu masuk Thailand (Danok) alahai ramainya orang maklumlah 12 buah bas express dah beratur menunggu penumpang mereka nak cop pasport, Cuti sekolah katakan.

Waktu Pagi di Danok
Waktu Petang di Danok
Kawasan Bom Meletup Tempoh Hari

Seperti biasa saya ambil jalan pintas kami masuk dulu ke Pekan Danok kemudian kami checkin di Paramount Hotel setinggi 8 tingkat dengan kadar harga RM 80.00 satu malam. Sebelah petang saya bawa kawan-kawan pergi cop pasport dengan mudah sahaja orang dah tak banyak seperti disebelah pagi.

Kedai Makan di Tepi Jalan
Makan Malam
Makan Malam dengan Kawan-Kawan

Disebelah malam saya bawa kawan-kawan keluar makan malam di tepi jalan, disini ada menjual daging bakar. di Restoran atau di kedai-kedai makan tak ada jual daging bakar. Selepas makan saya mereka semua pergi ke Casanova (Dangdut) dimana tempat ini terkumpul orang-orang Malaysia untuk berhibur.

Casonova Dangdut

Sunday, March 16, 2014

Persidangan Negeri Wilayah Persekutuan (ANGKASA)

ANGKASA Wilayah Persekutuan hari ini 16/03/2014 jam 8.30 pagi, Ahad telah berjaya mengadakan Persidanganya di Tingkat 1 Dewan Cempaka, Hotel Kuala Lumpur International, Lorong Haji Hussein, Off jalan Raja Muda Abd. Aziz, Kuala Lumpur.

Pemimpim Tertinggi
Perwakilan yang hadir

Mesyuarat yang dihadiri oleh seramai 158 orang Perwakilan diseluroh Wilayah Persekutuan telah dirasmikan oleh Ybhg. Datuk Haji Abdul Fattah bin Haji Abdullah Presiden ANGKASA dan hadir sama bekas Presiden Ybhg. Prof. Dato' Dr. Haji Mohd. Ali bin Haji Baharum.

Presiden ANGKASA
Pengerusi ANGKASA Wilayah

Mesyuarat hari ini berjalan dengan lancar dari awal hingga ke akhir, seramai 5 orang calon bertanding bagi mengisi kekosongan 4 kerusi Jawatankuasa kerana tamat tempoh perkhidmatan, walau bagaimana pun ke empat-empat mereka telah menawar diri semula untuk kerusi-kerusi tersebut.

Pendaftaran Peserta
Tag Nama Perwakilan
Baju Perwakilan

Para Perwakilan dibekalkan dengan Tag nama, Baju Angkasa dan Beg setiap perwakilan yang hadir serta lain-lain dokumen. Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah menghantar 2 orang wakil terdiri daripada Tuan Haji Mohd. Faizi bin Haji Aznam, Setiausaha dan En. Pissal bin Abu, Penolong Setiausaha Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.

Perwakilan dari Koperasi KOSPETA 
Perwakilan

Mesyuarat berakhir pada jam 1.20 tengahari dan semua Perwakilan disediakan jamuan makan tengahari di tingkat 4, Hotel tersebut.

Bergambar bersama Presiden ANGKASA

Friday, March 14, 2014

Lawatan Sambil Belajar

Koperasi KOSMAT Majlis Bandaraya Kuala Trengganu telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar di Kuala Lumpur selama 3 hari 2 malam mulai 13-15/03/2014.

Peserta Lawatan
Peserta Lawatan

Hari ini 14/03/2014 Koperasi KOSMAT mengadakan kunjung hormat di Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad di Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad, Jalan Ipoh, Pusat Bandar Utara, Batu Cave, Kuala Lumpur.

Peserta Lawatan
Taklimat Setiausaha
En. Pissal Abu memberi taklimat

Setiausaha Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad mengetuai Ahli Lembaga Koperasi menyambut kedatangan rombongan seramai 76 orang dan beliau terus memberi taklimat, taklimat dimulakan dengan pertunjukan slide kepada semua peserta lawatan.

Sebahagian dari peserta
Ucapan En Azih bin Muda

Selesai sudah sessi taklimat diteruskan dengan acara penyampaiaan cederamata, Koperasi KOSPETA membekalkan buku, kelendar, pen dan keychange kepada semua peserta lawatan.

En. Pissal menyampaikan Cederamata
Penyampaiaan Cederamata

Kemudian semua peserta di jemput naik ke tingkat 3 untuk jamuan makan tengahari yang disediakan oleh warga kerja. 

Jamuan Makan 
Jamuan Vip
Jamuan Makan Tengahari

Program ini berakhir pada jam 11.30 pagi, semua peserta mula beredar menaiki bas balik ke hotel Brisdale di Kuala Lumpur.

Kaunter Koperasi
Bergambar Beramai-ramai
Mengisi borang dan menaiki Bas