Saturday, December 18, 2010

Taklimat Keanggotaan Koperasi KOSPETA

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah mengadakan sessi taklimat mengenai Koperasi KOSPETA kepada Pekerja-pekerja SWM pada 17-12-2010 jam 3.00 petang diDewan Mini Stadium, Pontian, Johor.

Mini Stadium, Pontian
Pengerusi Koperasi bersama Pengerusi 3P telah memberi taklimat kepada Seramai 80 orang Pekerja-pekerja SWM yang menghaziri didalam taklimat ini,  Perjumpaan hari ini telah berjaya menarik minat semua yang hadir sebagai anggota Koperasi.

Ucapan Pengerusi Majlis 
Pengerusi Koperasi dan Pengerusi 3P
Sebahagian Pekerja yang hadir
Sebahagian Staff Koperasi KOSPETA yang hazir

Perjumpaan hari ini turut hadir bersama iaitu Syarikat KVK yang mana berurusniaga dengan Koperasi sebagai ejen membekal Talipon, Komputer serta alat-alat electrik kapada anggota-angota Koperasi KOSPETA seluruh negara.

Sebahagian Barang-barang Handfon dan Komputer

Rumah Staff Koperasi KOSPETA

Dalam perjalanan kami pada 17-12-2010 ke Majlis Daerah Pontian rombongan kami seramai 20 orang sebanyak 8 buah kenderaan telah singgah ke rumah Staff Koperasi KOSPETA yang tinggal di Batu Pahat, Johor.

Ketibaan ALK
Rumah Cik Shuhada (Staff Koperasi)

Sampainya kami dirumah staff tersebut tersedia menunggu kedatangan kami iaitu Ayah dan Ibunya, mereka menyambut dan mungkin Ayah staff teperanjat melihat banyaknya kenderaan seolah-olah rombongan meminang pula, kami dijemput masuk kedalam rumah dan berehat lebih kurang 5 minit kami terus dijemput untuk ke jamuan makan.  Wawwww  terkejut kami apabila melihat hidangan yang disediakan seperti tau-tau pula kami nak datang.

ALK sedang berehat
Isteri-Isteri ALK yang turut serta
Bacaan doa oleh Tuan Haji Abu Hassan
Semua tetamu sedang menjamu selera
Hai makan sampai tak pangong kepala ni
Bergambar beramai-ramai





Thursday, December 16, 2010

Majlis Perasmian Pejabat Baru

Tuan Haji Muhammad Fuad bin Haji Radzuan, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Muar telah sudi merasmikan Pejabat Operasi Wilayah Selatan, Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad pada 16-12-2010 Hari Khamis jam 3.00 petang bertempat diNo. 107-8. Jalan Lama 84000 Muar, Johor.

Seramai 70 orang terdiri daripada Tuan Setiausaha Majlis, Ahli-ahli Majlis, Ahli-ahli Lembaga Koperasi, Staff-staff Majlis, Staf Kospeta dan juga Pekerja-pekerja Majlis.

Tuan Setiausaha Majlis Perbandaran Muar menunggu
Ketibaan Tuan Yang DiPertua Majlis

Kehaziran Tuan Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Muar disambut oleh Tuan Setiausaha Majlis serta Ahli-ahli Lembaga Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.

Majlis dimulakan dengan lagu negaraku dan diikuti dengan bacaan doa selamat, Tuan Haji Abu Hassan bin Abdullah telah memberi ucapan dengan mengalu-alukan kehaziran Tuan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Muar serta semua yang hazir.

Bacaan Doa
Mengaminkan Bacaan Doa
Semua yang hazir mengaminkan doa
Tuan Haji Abu Hassan sedang memberi ucapan

Seterusnya Tuan Haji Muhammad Fuad bin Haji Radzuan memberi ucapan serta merasmikan dengan memotong ribbon menandakan Pejabat Operasi Wilayah Selatan, Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad dirasmikan.


Tuan Haji Muhammad Fuad bin Haji Radzuan
sedang memberi ucapan

Selepas majlis perasmian Tuan Yang DiPertua bersama Tuan Setiausaha Majlis mengisi borang keahlian turut menjadi Anggota Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.

Tuan Yang DiPertua menanda tangan diborang
Tuan Setiausaha Majlis turut menanda tangani borang

Para tetamu termasok Tuan Yang DiPertua Majlis dan semua yang hazir telah dihidangkan dengan jamuan ringan.

Jamuan ringan bersama dengan Tuan Yang DiPertua
Staf Koperasi sedang menjamu selera
Bergambar bersama dengan Tuan Yang DiPertua

JAMUAN MAKAN MALAM

Tuan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Muar telah bermurah hati menyediakan jamuan makan malam kepada ALK serta Staff Koperasi KOSPETA disebuah restoran yang terkenal Ikan Bakar dan Asam Pedas turut hazir Tuan Setiausaha Majlis, Ahli Majlis Staff-staff Majlis serta keluarga-keluarga mereka.

Staff Koperasi
Ahli Majlis dengan ALK Koperasi
Keluarga Staff
Wawwww sedapnya

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Yang DiPertua, Tuan Setiausaha Majlis serta kakitangan terutamanya En.Ramli Kalil kerana bersusah payah selama 3hari 2 malam melayan kami disana dengan bagitu baik sekali, Jasa Mu diKenang. 

Jamuan Makan Malam


Wednesday, December 15, 2010

Mesyuarat Pinjaman diPejabat Baru

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad mengadakan mesyuarat pinjaman pada 16-12-2010 (Khamis) jam 10.00 pagi diPejabat Operasi Wilayah Selatan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad, Muar, Johor.

Semua Jawatankuasa Pinjaman telah hazir didalam mesyuarat tersebut dengan meluluskan pinjaman dari anggota-anggota seramai 90 orang termasok pinjaman Rayuan, TPTP Barangan Penguna dan Berjamin sebanyak RM 2,592.000.00.
Suasana dalam Pejabat Urusan
 Persediaan Perasmian Pejabat
Menyediakan ribbon untuk majlis perasmian
Pejabat Urusan Wilayah
Mesyuarat Jawatankuasa Pinjaman
 En. Pissal sedang memasukan data-data
Sebahagian dari Jawatankuasa 

En. Ramli Kalil Bendahari Koperasi KOSPETA

 Mesyuarat J/Kuasa Pinjaman

Makan Malam Di Muar

Ketibaan kami diBandar Muar pada 15-12-2010 jam 6.30 petang disambut oleh tuan rumah En.Ramli Kalil Bendahari Koperasi KOSPETA, keadaan dalam Bandar begitu sibuk sekali kemudian kami dibawa check in diHotel River View.

Hotel River View

Disebelah malam kami dibawa keluar makan malam disebuah warong  yang terletak dihujung kampong  berhampiran pantai, Kedai ini terletak bersebelahan dengan laut, angin malam bersepoi-sepoi wah cukup berselera apabila menjamah makanan yang dihidangkan. Makanan diMuar paling popular iaitu Kari Asam Pedas ramai pelancong berkunjung dikedai tersebut.

Kedai Makan Asam Pedas
 Sedang menunggu makanan
Hah makanan dah dihidang tunggu apa lagi?
Waw baunya pun dah sedap, hai baca doa dulu
Dijemput semua makan jangan malu-malu

Habis saja kami semua makan rombongan kami dijemput menyanyim hah tunggu apa lagi seperti mengantuk disurongkan bantal la, maka dengan tidak segan silu kami pun menyanyi didahului En. Pissal kemudian diikuti oleh En. Shamshuddin, sekurang-kurangnya dapat melepaskan rindu pada karaoke.

En. Pissal Abu menyanyi lagu Benang Biru & Semut Merah
 En. Shamshuddin menyanyi lagu Kenangan ku dan Pamid

SARAPAN PAGI PADA 16-12-2010

En.Ramli Kalil Bendahari KOSPETA telah menghantar Van Jabatan bersama pemandunya untuk mengambil kami dihotel ke kedai makan, Makanan pagi ini disediakan oleh En.Ramli Kalil tuan rumah moga-moga murah rezekinya.

Bismilah hai sedap nampaknya
Wawwww Siti 3 Pinggan
Selamat Datang, Tuan kedai Ucapkan


Saturday, December 11, 2010

Gotong Royong Bersama Rukun Tetangga

environment IDAMAN bersama MBAS dan Rukun Tetangga Taman Pinang Indah telah mengadakan program gotong royong bersama masyarakat pada hari ini 11-12-2010.  Penduduk taman sejak jam 7.00 pagi telah berkumpul dan Pengerusinya En. Saiful terlebih dahulu memberi taklimat mengenai program gotong royong pada pagi tersebut kepada kesemua peserta yang hazir.

Pengerusi RT Memberi taklimat
Peserta-peserta mengambil alatan masing-masing

Penduduk taman lebih kurang tidak termasok environment IDAMAN dan Pejabat Kesihatan seramai hampir 30 orang yang hazir. Program hari berjalan dengan lancar seperti yang diprogramkan, MBAS menghantar 5 orang dari bahagian pemotongan pokok, Pejabat Kesihatan menghantar seramai 20 orang bahagian sembur racun untuk mencegah jentik-jentik manakala environment IDAMAN menghantar seramai 6 orang termasok membekalkan peralatan gotong royong.

Alatan yang disediakan oleh environment IDAMAN

Bagi wanita-wanita mereka turut memasak secara gotong royong bagi menyediakan makan dan minum kepada semua peserta untuk jamuan makan tengahari.

Kaum wanita sedang menyediakan makanan

Kerja-kerja gotong royong telah dibahagikan kepada 4 kumpulan yang mana setiap kumpulan diwakili pekerja environment IDAMAN dan Pejabat Kesihatan.

Kelihatan penduduk taman sedang mengorek parit
Pekerja envi IDAMAN turut membantu
Membersih dan mengorek parit
Lungok-lunggok diangkat dan dibersihkan
Beberapa-berapa jenis masakan yang disediakan
Dah mari kita makan lapar ni
Gambar Gotong Royong

Program ini telah berjaya dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.