Thursday, December 16, 2010

Majlis Perasmian Pejabat Baru

Tuan Haji Muhammad Fuad bin Haji Radzuan, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Muar telah sudi merasmikan Pejabat Operasi Wilayah Selatan, Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad pada 16-12-2010 Hari Khamis jam 3.00 petang bertempat diNo. 107-8. Jalan Lama 84000 Muar, Johor.

Seramai 70 orang terdiri daripada Tuan Setiausaha Majlis, Ahli-ahli Majlis, Ahli-ahli Lembaga Koperasi, Staff-staff Majlis, Staf Kospeta dan juga Pekerja-pekerja Majlis.

Tuan Setiausaha Majlis Perbandaran Muar menunggu
Ketibaan Tuan Yang DiPertua Majlis

Kehaziran Tuan Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Muar disambut oleh Tuan Setiausaha Majlis serta Ahli-ahli Lembaga Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.

Majlis dimulakan dengan lagu negaraku dan diikuti dengan bacaan doa selamat, Tuan Haji Abu Hassan bin Abdullah telah memberi ucapan dengan mengalu-alukan kehaziran Tuan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Muar serta semua yang hazir.

Bacaan Doa
Mengaminkan Bacaan Doa
Semua yang hazir mengaminkan doa
Tuan Haji Abu Hassan sedang memberi ucapan

Seterusnya Tuan Haji Muhammad Fuad bin Haji Radzuan memberi ucapan serta merasmikan dengan memotong ribbon menandakan Pejabat Operasi Wilayah Selatan, Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad dirasmikan.


Tuan Haji Muhammad Fuad bin Haji Radzuan
sedang memberi ucapan

Selepas majlis perasmian Tuan Yang DiPertua bersama Tuan Setiausaha Majlis mengisi borang keahlian turut menjadi Anggota Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.

Tuan Yang DiPertua menanda tangan diborang
Tuan Setiausaha Majlis turut menanda tangani borang

Para tetamu termasok Tuan Yang DiPertua Majlis dan semua yang hazir telah dihidangkan dengan jamuan ringan.

Jamuan ringan bersama dengan Tuan Yang DiPertua
Staf Koperasi sedang menjamu selera
Bergambar bersama dengan Tuan Yang DiPertua

JAMUAN MAKAN MALAM

Tuan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Muar telah bermurah hati menyediakan jamuan makan malam kepada ALK serta Staff Koperasi KOSPETA disebuah restoran yang terkenal Ikan Bakar dan Asam Pedas turut hazir Tuan Setiausaha Majlis, Ahli Majlis Staff-staff Majlis serta keluarga-keluarga mereka.

Staff Koperasi
Ahli Majlis dengan ALK Koperasi
Keluarga Staff
Wawwww sedapnya

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Yang DiPertua, Tuan Setiausaha Majlis serta kakitangan terutamanya En.Ramli Kalil kerana bersusah payah selama 3hari 2 malam melayan kami disana dengan bagitu baik sekali, Jasa Mu diKenang. 

Jamuan Makan Malam


No comments:

Post a Comment