Thursday, August 21, 2014

Jamuan Raya Aidifitri 2014

UMNO Cawangan Rumah Pangsa Tongkang Yard 2, (RPTY2) semalam 20/08/2014 jam 8.30 malam telah berjaya mengadakan Program Jamuan Hari Raya Aidil Fitri, bertempat di Dewan Orang Ramai, Rumah Pangsa Tongkang Yard 2, Jalan Bunga Raya, Alor Setar, Kedah.

Peersiapan Dewan

Y.Berbahagia Dato' Hj. Abdullah Hasnan bin Hj. Kamaruddin Ketua UMNO,  Naib Ketua dan Ketua Wanita Bahagian Kuala Kedah turut serta bersama-sama dengan 300 jemputan lain yang turut hadir ke majlis ini.




Disebelah pagi ramai kaum-kaum Ibu turun ke Dewan bagi proses memsiang ayam, kopek durian, masak roti jala, memotong buah-buahan untuk rojak dan memasak nasi. Bagi kaum lelaki pula mebuat persiapan tempat dengan mengatur kerusi meja dan sebagainya.






Majlis jamuan makan malam dengan di iringi lagu-lagu raya di mulakan dengan Ucapan Ketua Cawangan di susuli dengan bacaan doa oleh Ustaz Ayob. Menu-menu yang disediakan Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Darca, Pulut Durian, Roti Jala, Rojak, Ketupat dan Kueh-kueh raya.



Jamuan juga dihiburkan dengan persembahan Karaoke dengan lagu-lagu raya, ramai yang hadir pada malam itu mengambil bahagian dalam berkaraoke.

Lagu Raya

Monday, August 18, 2014

Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2014

Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Persekutuan telah mengadakan dengan jayanya Majlis Ramah Mesra Aidilfitri 2014 pad 18/08/2014 hari Isnin jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang bertempat di Medan Tunku, Kuala Lumpur.


Program buat pertama kalinya yang dianjurkan bersama-sama Koperasi yang terpilih sebanyak 25 buah dari 1,000 Koperasi di Wilayah Perseketuan. Mesyuarat awal telah diadakan pada 14/08/2014 bersama-sama Koperasi yang terpilih dipengerusikan oleh Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Wakil-wakil Koperasi yang hadzir Mesyuarat
Pengarah SKM sedang Pengerusi Mesyuarat
Wakil-wakil Koperasi yang Hadzir Mesyuarat

Tiap Koperasi diberi setiap 1 unit khemah berserta meja dan kerusi dan ditetapkan setiap Koperasi memberi sponcer jenis menu yang akan dihidangkan pada hari tersebut.



Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah di tetapkan menunya Ais Cream untuk 3,000 jemputan dan orang ramai. Setiap Koperasi di minta buat hiasan kehemah masing-masing.



Untuk anak-anak buah

Sunday, August 17, 2014

Lawatan ke Labuan

Buat pertama kali hari ini saya menjejak kaki ke Wilayah Persekutuan Labuan dan tingal disini pada 16-18/08/2014 selama 3 hari 2 malam, sebaik sahaja saya sampai dari KLIA 2 menaiki Airasia menuju ke Labuan yang memakan masa 2 jam 30 minit lamanya untuk sampai ke sini.

Airport Labuan

Teksi Airport

Sampainya saya disana saya di jemput oleh seorang kenalan dalam Tagged yang tingal Labuan dan beliau menunggu saya di luar tempat menunggu, sampainya saya di pintu luar beliau terus menyambut saya. Lalu saya pun menaiki keretanya menuju ke Bandar untuk check in.



Checkin

Perjalanan dari airport ke Bandar tidak jauh lebih kurang dalam 6 KM sahaja dan hari pertama saya chekin di Hotel Pulau Labuan dengan kadar RM 138.00 satu malam termasok ada sarapan pagi, Hotel ini terletak ditengah-tengah Bandar. Restoran makan dihadapan dan kiri kanan kedai berderetan.





Kami makan tengahari bersama di sebuah restoran hadapan hotel yang saya menginap, selepas makan beliau pulang dan saya balik ke bilik mandi dan rehat, selepas solat jam 2.00 petang saya keluar dari hotel terus berjalan-jalan pergi ke Pelabuhan tengok Feri dan kapal-kapal yang berlabuh disitu.





Keesokan hari 17/08/2014 sebaik selepas sarapan pagi jam 9.30 pagi saya terus keluar dari hotel berjalan-jalan melihat keindahan Pulau Labuan. Saya berjalan sehingga berjumpa Bangunan tinggi terseregam indah U JANA KEWANGAN, Padang Dataran Labuan.







Jam 12.00 tengahari saya balik ke hotel checkout dan berpindah ke Billion Waterfront, Resort in the city ditepi pantai harga biliknya RM 348.00 untuk Standard Room tidak jauh dan masih di dalam Bandar.









Disebelah petang saya berjalan-jalan di sekitar Pekan Labuan berjumpa stesyen Bas Mini yang terletak di pinggir pekan d sebelah utara Bandar Labuan.





Hari ke Tiga pada 18/08/2014 selepas sarapan pagi saya terus checkout mengambil teksi menuju ke Airport harga teksi hanya RM 12.00 sahaja dari Bandar ke airport.

Saraapan Pagi


Labuan Airport
KLIA 2