Tuesday, July 31, 2012

Kempen Keanggotaan & Promosi

J/Kuasa Pendidikan, Penyelidikan, Penerbitan (3P) dan Pembangunan Wanita bersama dengan KVK mengadakan Program Kempen Keanggotaan dan Promosi Barangan Electrik serta jualan Handfhone kepada angggota-anggota di Majlis Perbandaran Selayang di Lobyy Pejabat Majlis Perbandaran Selayang bersama-sama dengan Ngo-ngo lain pada 31-07-2012. 

Majlis Perbandaran Selayang
En. Pissal bersama Pengawal M.P Selayang
di Lobby tempat Pameran/Promosi Barangan

Program buat pertama kali ini diadakan sebaik sahaja selesai diadakan Persidangan Perwakilan Koperasi KOSPETA kali ke 30 di Alor Setar pada 30 Jun 2012 baru-baru ini ianya akan berlanjutan sepanjang dalam bulan Ramadan kebeberapa tempat terpilih diantaranya selain Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Perbandaran Muar, Majlis Perbandaran Seberang Perai dan berakhir di Majlis Bandaraya Alor Setar.


En. Pissal menerang sesuatu pada En. Ruslan
Setiausaha Kawasan
En. Ruslan menerima Cederamata dari en. Pissal

Anggota-anggota Koperasi KOSPETA Kawasan Majlis Perbandaran Selayang ramai yang turut mengunjung pameran ini dan ramai yang membuat tempahan dan pembelian langsung khususnya barangan Handfhone dan TV besar untuk kegunaan Hari Raya Puasa.

Salah seorang anggota sedang memilih barang
En. Pissal Abu menyerah barang yang dibeli
oleh salah seorang anggota Koperasi

Monday, July 30, 2012

Perbadanan Kg. Baru dan KOSPETA

Setelah sekian lama pihak Koperasi KOSPETA membeli Harta Tanah di Kg. Baru maka hari ini 30/07/2012 Pengerusi serta Lembaga Kanan Koperasi KOSPETA dapat bertemu dan berbincang dengan Pengerusan MES (Perbadanan Kg. Baru) yang telah ujud di zaman British lagi bagi mendengar  apa fungsi badan tersebut bertempat di Hotel Brisdel, Chowkit, Kuala Lumpur.

Hotel Brisdale

Setelah taklimat disampaikan oleh En. Shamsul Pengerusi MES bersama Setiausahanya yang merangkap Ketua Kampong di Kg. Baru apakah peranan MES di Kg. Baru. Mes (Perbadanan) ini adalah 1 badan rujukan oleh penduduk-penduduk Kg. Baru dan ianya berfungsi menjaga hak-hak kepentingan orang-orang Melayu sekiranya berlaku sebarang pertikaiaan mengenai tanah-tanah disitu, ianya juga berfungsi seperti Pihak Berkuasa Tempatan dari segi membangun Bangunan di dalam kawasan Kg. Baru.

En. Azih Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA
Sebahagian dari ALK 
Pegawai MES (Perbandanan)

Setiap pelan untuk membangun sebarang bangunan dikawasan tersebut hendaklah terlebih dahulu memohon kepada badan ini untuk memudahkan mendapat kelulusan dari pihak DBKL bermakna apa-apa jua projek dalam kontek membangun bangunan dikawasan tersebut kenalah mendapat kebenaran dari badan ini terlebih dahulu.

Bergambar beramai-ramai

Selesai perjumpaan ini kami semua pergi ke Hotel Grand Pacific untuk majlis berbuka puasa yang mana meja telah ditempah khas oleh pihak Koperasi. Pelbagai jenis hidangan disediakan dan yang paling menarik adalah Kambing Panggang.

Hotel Grand Pacific
En. Pissal Abu sedang mengambil makanan
Sebahagian dari ALK dan Peg. Mes

Friday, July 27, 2012

Mesyuarat dan Lawatan Tapak

Mesyuarat Jawatakuasa Pinjaman hari ini diadakan pada 26-07-2012 jam 9.30 pagi bertempat di Dewan Mesyuarat Zainal Abidin di tingkat 3, KM 12 Bandar Baru Utara, Batu Cave, Kuala Lumpur. Mesyuarat pagi ini dipengerusikan oleh En. Azih bin Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad (KOOP ANULAE).

Mesyuarat diPengerusikan oleh En. Azih Muda

Sebaik sahaja selesai Mesyuarat Jawatankuasa Pinjaman diadakan disambung pula dengan Mesyuarat Urusniaga juga dipengerusikann oleh En. Azih bin Muda, sebanyak 11 ajenda dibincangkan termasok pembelian Tanah di Kg. Baru dan Langkawi serta Kedai 1 Malaysia.

Sebahagian dari ALK
suasana Mesyuarat

Jam 4.00 petang kami bergegas ke Hotel KL International untuk berjumpa dengan Pengerusi Bank Persatuan yang di Pengerusikan oleh Dato' Jamal mengenai penambahan pelaburan sebanyak RM 1 juta dalam Bank Persatuan.

Didalam bilik mesyuarat bersama Dato' Jamal
En.Ramli Kalil Bendahari Koperasi KOSPETA sedang 
melihat Borang Penambahan Pelaburan

Selepas perjumpaan itu kami bergerak dari hotel menuju ke PPR Batu Muda di Jalan Ipoh untuk melihat bangunan yang masih kosong untuk dijadikan Kedai Rakyat 1 Malaysia. Flat tersebut sebanyak 4 unit mempunyai 11,300 keluarga kepunyaan DBKL.


ALK sedang membuat pantauwan

Sampai waktu berbuka puasa kami berkumpul semula di Restoran Rodzet berdekatan dengan Hotel KL International yang telah ditempah khas oleh wargakerja untuk majlis berbuka puasa. Sampainya masa berbuka wauuuuu ramainya orang sehingga tiada langsung meja kosong,

Majlis Berbuka Puasa

Thursday, July 26, 2012

Ramadhan di Medan

Keinginan untuk melihat Bazar Ramadhan di Medan, Indonesia menjadi kenyataan hari ini 25/07/2012 saya bertolak dari LCCT Kuala Lumpur jam 5.00 petang dan sampai di Airport Polonia, Medan jam 5.00 petang (WI) 6.00ptg (WM).

LCCT Kuala Lumpur

Sebelum itu saya terus ke Ibunda Hotel Jl. S.M. Raja No. 33 Medan untuk checkin, setelah selesai chekin saya terus berjalan keluar dari hotel ke tapak Bazar Ramadhan lebih kurang 500 meter dari Ibunda Hotel.


Pintu Gerbang Bazar

Sampainya saya ditapak Ramadhan didapati cukup meriah, tapak ini terletak disebelah Masjid Agung, sepanjang jalan ke masjid tersebut ditutup untuk Bazar ini, Bumbong kanopi terbesar dibina membolehkan sebanyak 70 gerai berada dibawah bumbong tersebut.

Gerai dihadapan Masjid
Menunggu waktu berbuka

Disebelah taman bazar tersebut ddiadakan pentas hiburan, ramailah penyanyi-penyanyi jemputan mendendangkan lagu-lagu dangdut untuk menghiburkan orang ramai sementara menunggu waktu berbuka puasa.

Tempat makan dalam khemah kanopi

Apa yang seronoknya bila sampai dibazar tersebut ramailah penyambut tetamu menjemput saya dan orang ramai duduk di meja tempat mereka berniaga. Masing-masing pakat berebut pelanggan sehingga ada yang tidak segan memujuk dan menarik tangan kita untuk ke mejanya.

Pentas hiburan
Pentas hiburan diwaktu malam

Makanan memang banyak pelbagai jenis makanan ada namum begitu saya berpusing-pusing mencari kari ikan atau lain-lain kari sayangnya tiada mahu tak mahu makan jugalah nasi padang. Kueh yang saya suka kueh durian ia nampak seperti karipap bila makan isinya durian waawwww sedapnya.

Rumah makan di Ibunda Hotel
Makan Sahur

Jam 4.00 pagi (WI) 5.00 (WM) saya makan sahur dan selepas itu terus berangkat ke Airport Polonia untuk kembali ke Malaysia penerbangan jam 6.00 pagi (WI) jam 7.00 pagi (WM), jadual sebenar pulang pada 27/07/2012 jam 8.00 malam terpaksa batal perjalanan tersebut kerana ada Mesyuarat Urusniaga Koperasi diadakan pada 26/07/2012.

Polonia Airport

Sunday, July 22, 2012

Pembayaran Diveden 3 Tempat

Pembayaran diveden hari ini 22-07-2012 serentak 3 tempat, Tempat pertama Indah Water Konsortium (IWK) Pagi-pagi lagi selepas punchcard mereka menunggu ketibaan saya, tepat jam 8.15 pagi saya sampai ke Pejabat IWK Bahagian Operasi yang Baru di Jalan Tanjong Bendahara, Alor Setar Kedah.

En. Pissal Abu sedang memberi taklimat
Penyerahan Cek Diveden

En Yeop Kamal bin Mohd. Yussof Pengerusi Koperasi Kawasan tersebut memulakan ucapan ringkasnya dan kemudian menjemput saya untuk memberi taklimat menganai Isu-isu semasa Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad. Sebaik sahaja selepas memberi taklimat diteruskan dengan Majlis Penyerahan Cek Diveden daripada En. Pissal Abu ALK kepada En. Yeop Kamal bin Mohd. Yussof, Pengerusi Koperasi Kawasan Indah Water Konsortium Kawasan Utara.

Penyerahan Cek diveden kepada Ahli
Sebahagian Ahli yang mendapat diveden

Tempat kedua jam 3.00 petang pembeyaran diveden di buat di Majlis Daerah Kubang Pasu, Sedia menunggu disana Tuan Hj. Ahmad bin Abd. Rahman Pengerusi Koperasi KOSPETA Kawasan Majlis Daerah Kubang Pasu bersama dengan Setiausahanya. 

Pejabat Majlis Daerah Kubang Pasu
En. Pissal Abu sedang menyerahkan cek diveden
kepada Pengerusi Kawasan MDKP

Tepat jam 3.15 petang saya menyerahkan Cek Diveden kepada Tuan Hj. Ahmad bin Abd. Rahman dengan disaksikan oleh Setiausahanya. 

Penyerahan cek diveden kepada Ahli
Pengerusi bersama Ahli-ahli menerima cek diveden

Jam 4.00 petang saya menyerahkan Cek Diveden untuk Pekerja-pekerja environment Idaman Sdn Bhd kepada En. Jasni bin Abu Bakar Pengerusi Kawasan Idaman Kubang Pasu, di Pejabat Operasi di Tanah Merah, Kubang Pasu, Kedah.

En. Pissal abu sedang menyerah cek diveden
kepada En. Jasni bin Abu Bakar 
Penyerahan diveden kepada Ahli

Diveden dibayar pada jam 4.15 petang sebaik sahaja semua pekerja-pekerja selesai punchcard bertempat di Pejabat Operasi di Tanah Merah, Kubang Pasu, Jitra.

Sebahagian pekerja yang mengambil diveden

Friday, July 20, 2012

SKM Turun Padang

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah membeli sebidang Tanah beserta dengan sebuah Bangunan yang tersedia ada ditapak tersebut dengan harga RM 4.8 juta bertempat di Kampong Baru, Kuala Lumpur.

Bangunan dan Tapak Tanah Kg. Baru

Puan Rohanisah bte Nordin Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut turun padang bagi melihat sendiri Tapak Tanah serta Bangunan tersebut.

Van Koperasi
Puan Rohanisah bte Nordin Pen. Pengarah SKM
Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur

Menyambut ketibaan Penolong Pengarah SKM selain En. Azih bin Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad turut hadir En. Pissal Abu Penolong Setiausaha, 2 Lembaga Kanan En. Abd. Rahim Mahad dan En. Adnan bin Mat, seorang Juruodit Dalaman En, Phatumalai a/l Rajoo dan En Khairul Anwar bin Haji Abdullah sebagai Pengurus Koperasi.

En. Azih Muda sedang memberi taklimat
Melawat Bangunan diatas
Tingkat Bawah
Melawat keselurohan kawasan

Dalam tinjauan tersebut Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad sempat memberi penerangan mengenai projek yang akan dibangunkan semula dengan meroboh bangunan yang sedia ada di tapak tersebut mendirikan semula sebuah bangunan yang boleh dilihat 1 bangunan yang indah dalam bentuk Hotel kadar sederhana selain daripada Pejabat Urusan Koperasi sendiri.

Taklimat dari Tuan punya Bangunan
Bergambar bersama Pen. Pengarah SKM
Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur