Sebaik sahaja selesai mesyuarat menentu sah minit mesyuarat kali ke 2 hari ini 19-07-2012 bertempat di Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad, No. 10 & 12, Tingkat 1, Jalan 6/3A, KM 12 Jalan Ipoh, Pusat Bandar Utara, Batu Cave, Kuala Lumpur semua Wargakerja Koperasi bergegas ke Hotel Kuala Lumpur bagi acara penyampaiaan Cek Bonus dan Jamuan Makan Malam bagi menyambut kedatangan Ramadzhon 2012.
Majlis bermula pada jam 6.30 petang dengan ucapan ringkas oleh En. Azih bin Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad, dalam ucapanya beliau berterima kasih kepada semua wargakerja diatas komitmen yang diberikan semasa menjalankan tugas bagi mempastikan pencapaian koperasi ketahap yang lebih baik.
Rata-rata semua wargakerja yang hadir begitu gembira kerana tepat pada masanya Bonus 1 bulan gaji yang diberikan boleh untuk berbelanja dihari Puasa dan juga Hari Raya selain itu syarikat KVK juga turut menyumbangkan 1 unit Periuk Nasi Electrik setiap seorang sebanyak 23 unit.
Beberapa sumbangan lain seperti Buah Kurma setiap seorang yang disumbang sendiri oleh En. Azih Muda Pengerusi Koperasi juga kerepek yang disumbangkan oleh Tuan Hj. Mohd. Faizi Aznam Setiausaha dan Perenchah Kuah Tomyam dari Thailand yang disumbangkan oleh En. Pissal Abu Penolong Setiausaha Koperasi.
Selesai sudah majlis penyerahan semua wargakerja ke tingkat 4 untuk jamuan makan malam yang ditempah khas untuk Ahli Lembaga Koperasi (ALK) dan wargakerja keselurohanya.
En. Azih Muda memberi ucapan
En. Kalai menyerahkan Periuk Nasi kepada Pengerusi
Pengerusi menyampaikan Cek Bonus kepada Pengurus
Puan Fahizah Penolong Pengurus Koperasi KOSPETA
Gambar Panyampaian Bonus
ALK bersama Wargakerja
Mejamu selera
No comments:
Post a Comment