Mesyuarat Jawatakuasa Pinjaman hari ini diadakan pada 26-07-2012 jam 9.30 pagi bertempat di Dewan Mesyuarat Zainal Abidin di tingkat 3, KM 12 Bandar Baru Utara, Batu Cave, Kuala Lumpur. Mesyuarat pagi ini dipengerusikan oleh En. Azih bin Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad (KOOP ANULAE).
Sebaik sahaja selesai Mesyuarat Jawatankuasa Pinjaman diadakan disambung pula dengan Mesyuarat Urusniaga juga dipengerusikann oleh En. Azih bin Muda, sebanyak 11 ajenda dibincangkan termasok pembelian Tanah di Kg. Baru dan Langkawi serta Kedai 1 Malaysia.
Sebahagian dari ALK
suasana Mesyuarat
Jam 4.00 petang kami bergegas ke Hotel KL International untuk berjumpa dengan Pengerusi Bank Persatuan yang di Pengerusikan oleh Dato' Jamal mengenai penambahan pelaburan sebanyak RM 1 juta dalam Bank Persatuan.
Didalam bilik mesyuarat bersama Dato' Jamal
En.Ramli Kalil Bendahari Koperasi KOSPETA sedang
melihat Borang Penambahan Pelaburan
Selepas perjumpaan itu kami bergerak dari hotel menuju ke PPR Batu Muda di Jalan Ipoh untuk melihat bangunan yang masih kosong untuk dijadikan Kedai Rakyat 1 Malaysia. Flat tersebut sebanyak 4 unit mempunyai 11,300 keluarga kepunyaan DBKL.
No comments:
Post a Comment