Saturday, July 14, 2012

Hari Koperasi Negara

Tahniah kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang telah berjaya mengadakan Sambutan Hari Koperasi Negara salama 3 hari mulai 13-15/07/2012 bertempat di Stadium Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Sebahagian dari orang ramai

Sambutan kali ini amat meriah sekali khususnya dalam bentuk pameran dan jualan dengan penglibatan serta penyertaan beberapa buah Negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Brunei,

Wakil Koperasi Kospeta

Acara paling meriah dengan perhimpunan ahli-ahli koperasi seluroh negara seramai 60.000 orang di dalam Stadium Nasional, Bukit Jalil pada malam 14/07/2012 menunggu ketibaan Perdana Menteri Malaysia untuk acara perasmian. 

Pentas Utama
Perwakilan Koperasi KOSPETA

Sebelum itu dihari yang sama tempat yang sama disebelah petang diadakan persembahan pentas, Tepukan gemuruh dari orang ramai apabila munculnya Raja Golek Dato' M. Daud Kilau dengan mendedangkan lagu Chekmek Molek.



Koperasi KOSPETA juga turut menghantar peserta terdiri daripada Ahli-ahli Lembaga dan Kakitangan ke acara perhimpunan tersebut, Acara berakhir pada jam 10.40 malam sebaik sahaja selepas Perdana menteri Malaysia memberi ucapan serta merasmikanya.

Orang Ramai
Ucapan Perasmian
Kakitangan Koperasi KOSPETA

No comments:

Post a Comment