Saturday, July 7, 2012

Festival Budaya Melayu

Acara hari ketiga 06-07-2012 adalah bebas namum begitu kumpulan wanita mengadakan lawatan ke berapa tempat di sekitar Pekan Medan termasok melawat kilang membuat kain dan Istana Maimun.sebahagian lagi bershoping di Pasar Ikan.


Jam 3.00 ptg (WM) 2.00 ptg (WI) semuanya berkumpul semula di Rumah Makan Famili tuan punya hotel tersebut untuk makan tengahari selepas makan kesemuanya berehat masuk kebilik masing-masing dan malam tersebut acara bebas.

Salah Satu Gerai
Persembahan Pentas

Malam tersebut saya beberapa kawan pegi ke Merdeka Walk selepas makan kami sempat melihat persembahan pentas yang di beri nama FESTIVAL BUDAYA MELAYU AGUNG yang dianjur oleh Wali Kota Medan di Padang Merdeka Walk.

Persembahan Pentas

Setelah selesai persembahan pentas jam 1.00 pagi (WM) jam 12.00 malam (WI) kami pulang naik teksi ke Hotel yang seronok harga tambang teksi tidak seperti di Kuala Lumpur jika lebih jam 12.00 malam harga tambangnya meningkat sekali ganda tapi di sini harganya statik sahaja jika siang atau malam RP 15.000 (RM 4.50) harga larut malam pun sama juga.


En. Azih Muda dan Tuan Hj. Ibrahim

Keesokan pagi 7/7/2012 jam 5.00 (WM) jam 4.00 Pagi (WI) kami semua checkout dari hotel terus ke airport kerana penerbangan kami dari Medan ke kuala Lumpur jam 6.10 pagi (WI) 7.10 pagi (WM) selepas selesainya kesemuanya tepat jam 7.10 pagi kami bertolak balik ke Kuala Lumpur dengan Pesawat AirAsia dan sampai di Kuala Lumpur jam 8.10 pagi.

Makan Pagi di LCCT Kuala Lumpur
En. Azih Muda bersama En. Pissal Abu

No comments:

Post a Comment