Thursday, July 26, 2012

Ramadhan di Medan

Keinginan untuk melihat Bazar Ramadhan di Medan, Indonesia menjadi kenyataan hari ini 25/07/2012 saya bertolak dari LCCT Kuala Lumpur jam 5.00 petang dan sampai di Airport Polonia, Medan jam 5.00 petang (WI) 6.00ptg (WM).

LCCT Kuala Lumpur

Sebelum itu saya terus ke Ibunda Hotel Jl. S.M. Raja No. 33 Medan untuk checkin, setelah selesai chekin saya terus berjalan keluar dari hotel ke tapak Bazar Ramadhan lebih kurang 500 meter dari Ibunda Hotel.


Pintu Gerbang Bazar

Sampainya saya ditapak Ramadhan didapati cukup meriah, tapak ini terletak disebelah Masjid Agung, sepanjang jalan ke masjid tersebut ditutup untuk Bazar ini, Bumbong kanopi terbesar dibina membolehkan sebanyak 70 gerai berada dibawah bumbong tersebut.

Gerai dihadapan Masjid
Menunggu waktu berbuka

Disebelah taman bazar tersebut ddiadakan pentas hiburan, ramailah penyanyi-penyanyi jemputan mendendangkan lagu-lagu dangdut untuk menghiburkan orang ramai sementara menunggu waktu berbuka puasa.

Tempat makan dalam khemah kanopi

Apa yang seronoknya bila sampai dibazar tersebut ramailah penyambut tetamu menjemput saya dan orang ramai duduk di meja tempat mereka berniaga. Masing-masing pakat berebut pelanggan sehingga ada yang tidak segan memujuk dan menarik tangan kita untuk ke mejanya.

Pentas hiburan
Pentas hiburan diwaktu malam

Makanan memang banyak pelbagai jenis makanan ada namum begitu saya berpusing-pusing mencari kari ikan atau lain-lain kari sayangnya tiada mahu tak mahu makan jugalah nasi padang. Kueh yang saya suka kueh durian ia nampak seperti karipap bila makan isinya durian waawwww sedapnya.

Rumah makan di Ibunda Hotel
Makan Sahur

Jam 4.00 pagi (WI) 5.00 (WM) saya makan sahur dan selepas itu terus berangkat ke Airport Polonia untuk kembali ke Malaysia penerbangan jam 6.00 pagi (WI) jam 7.00 pagi (WM), jadual sebenar pulang pada 27/07/2012 jam 8.00 malam terpaksa batal perjalanan tersebut kerana ada Mesyuarat Urusniaga Koperasi diadakan pada 26/07/2012.

Polonia Airport

No comments:

Post a Comment