Setelah sekian lama pihak Koperasi KOSPETA membeli Harta Tanah di Kg. Baru maka hari ini 30/07/2012 Pengerusi serta Lembaga Kanan Koperasi KOSPETA dapat bertemu dan berbincang dengan Pengerusan MES (Perbadanan Kg. Baru) yang telah ujud di zaman British lagi bagi mendengar apa fungsi badan tersebut bertempat di Hotel Brisdel, Chowkit, Kuala Lumpur.
Hotel Brisdale
Setelah taklimat disampaikan oleh En. Shamsul Pengerusi MES bersama Setiausahanya yang merangkap Ketua Kampong di Kg. Baru apakah peranan MES di Kg. Baru. Mes (Perbadanan) ini adalah 1 badan rujukan oleh penduduk-penduduk Kg. Baru dan ianya berfungsi menjaga hak-hak kepentingan orang-orang Melayu sekiranya berlaku sebarang pertikaiaan mengenai tanah-tanah disitu, ianya juga berfungsi seperti Pihak Berkuasa Tempatan dari segi membangun Bangunan di dalam kawasan Kg. Baru.
En. Azih Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA
Sebahagian dari ALK
Pegawai MES (Perbandanan)
Setiap pelan untuk membangun sebarang bangunan dikawasan tersebut hendaklah terlebih dahulu memohon kepada badan ini untuk memudahkan mendapat kelulusan dari pihak DBKL bermakna apa-apa jua projek dalam kontek membangun bangunan dikawasan tersebut kenalah mendapat kebenaran dari badan ini terlebih dahulu.
Bergambar beramai-ramai
Selesai perjumpaan ini kami semua pergi ke Hotel Grand Pacific untuk majlis berbuka puasa yang mana meja telah ditempah khas oleh pihak Koperasi. Pelbagai jenis hidangan disediakan dan yang paling menarik adalah Kambing Panggang.
Hotel Grand Pacific
En. Pissal Abu sedang mengambil makanan
Sebahagian dari ALK dan Peg. Mes
No comments:
Post a Comment