Thursday, September 10, 2015

Bengkel Zakat Terapi Kejayaan Koperasi

ANGKASA Wilayah Persekutuan bersama Jabatan Zakat Wilayah Persekutuan PPZ telah berjaya mengadakan Bengkel separuh hari pada 10/09/2015 jam 8.00 pagi bertempat di Restoran D'Saji, Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.



Seramai 200 orang terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha, Anggota Lembaga, Pengurus dan Kakitangan Koperasi seluroh dalam Wilayah Persekutuan menghadzirinya yang dirasmikan oleh YBhg. Dato' Haji Che Mat bin Che Ali Pengerusi Pusat Pungutan Zakat - MAIWP.






Sebanyak 2 kertas kerja dibentangkan iaitu Taksiran Zakat Perniagaan Koperasi dan Pengaliran Wang Zakat serta 1 ceramah mengenai Tarbiah terbaik bagi mendidik masyarakat dalam berzakat yang di sampaikan oleh YBhg. Ustaz Badlishah Alauddin penceramah bebas.

 

Minum pagi

Rata-rata peserta yang hadir berpuas hati diatas penerangan penerangan yang diberikan berkaitan berzakat oleh pihak penganjur dan yang paling berkesan diatas ceramah yang disampaikan begitu berkesan mengenai Tarbiah terbaik bagi mendidik masyarakat dalam berzakat.

Penceramah Bebas
Wakil Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad


Program diakhiri selepas majlis penyerahan zakat perniagaan dan majlis penutup oleh Prof. Madya Datuk Haji Mohammad Ali Hasan, Naib Presiden ANGKASA kemudian semua yang hadir dijemput ke jamuan tengahari.



Jamuan tengahari

No comments:

Post a Comment