Monday, September 7, 2015

Lawatan ke Medan

Seramai 8 orang terdiri daripada 2 orang Lembaga, 2 orang Juruodit seorang Pengerusi Kawasan, seorang Setiausaha Kawasan dan seorang ahli biasa Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad dibawa melawat ke Medan selama 3 hari 2 malam 4-7/09/2015.


KLIA2

5 0rang menaiki kapalterbang Airasia dari KLIA2 ke Medan pada 4/9/2015 jam 3.00 petang manakala 3 orang bertolak dari Penang ke Medan pada jam 2.00 petang. Semuanya berkumpul di Airport Kuala Namu, Medan.

Medan Airport




Seperti biasa sampainya kami di sana, kami disambut oleh Pak Supir yang dimaklumkan lebih awal dengan kawanya 2 buah teksi dari airport ke Bandara Kota Medan. Kami di bawa terus ke Hotel Ibunda di Jalan S.M. Raja, Medan. Tambang untuk 1 teksi pergi dan balik Rp 300.000 (RM 90.00).

Hotel Ibunda


Setelah kami semua checkin saya minta semua mereka berehat dan berkumpul di Lobby pada jam 8.00 malam (WM) 7 malam (WI) untuk makan malam. Slepas berkumpul kami berjalan keluar dari hotel menuju ke Mdan Selera yang tidak jauh dari hotel kami.




Keesokan pagi selepas sarapan pagi kami pergi ke Muzium Istana Maimun juga tidak jauh dari hotel kami, di Muzium ini hanya kita boleh melihak gambar gambar kesan sejarah Kesultanan dan Peralatan-peralatan kerusi dan singahsana Sultan.


Istana Maimun

Di Muzium ini juga disediakan baju-baju kesultanan  untuk pelancong menyewa dan memakai serta mengambil gambar dengan kadar sewanya Rp 10.000 (RM 3.00) sepasang.






Selepas kami berada disini sejam lamanya kami terus pergi ke Medan Mall untuk membeli belah disana. Medan Mall ini mempunyai pelbagai barangan termasok barang dapur sehingglah ke kain baju. ramai pelancong yang datang ke sini.

Medan Mall







Lebih kurang 3 jam kami disini selepas itu kami pergi ke Pasar Ikan juga tempat membelibelah pelbagai pakaian ada dijual disini.

Pasar Ikan





Bersambung lagi....

No comments:

Post a Comment