Saturday, January 8, 2011

Majlis Perasmian Rukun Tetangga

Hari ini 08/01/2011 Satu Majlis Pelancaran Kawasan Rukun Tatangga bagi Taman Indah , Bukit Pinang dan Penyampaian Bantuan Mangsa Banjir yang diraswmikan oleh YG Berbahagia Tuan Mohd Saidi bin Midin, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Negeri Kedah.

Kehadziran Pengarah Jabatan Perpaduan Negara disambut oleh Pengerusi dan Jawatankuasa Rukun Tetangga Taman Pinang Indah dan beliau diarak dengan mengunakan 2 unit beca dari pintu luar masuk ketaman hingga ke padang permainan tempat didakan pelancaran.

Pengarah diarak dengan Beca
Tuan Pengarah bersama Pegawainya

Sdra Mohd Saidin Pengerusi RT membari ucapan dan diikuti oleh Tuan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara serta merasmikanya. Kehadziran pelbagai kaum serta sambutan dari masyarakat diTaman tersebut amat membanggakan boleh dikatakan semua penghuni-penghuni disitu keluar dari pagi-pagi lagi menyertai program ini.


Sdra Mohd Saidin Pengerusi Rukun Tetangga
Tuan Pengarah sedang memberi ucapan serta merasmikanya
Pengerusi menyampaikan cederamata kepada Puan Hasmah
Majlis Pemotongan Ribbon
Bergambar beramai-ramai
Jamuan Makan Tengahari
Azlinda bersama Puan Hasmah

environment IDAMAN Sdn Berhad telah diberi kepercayaan mengadakan senaman arobik dan poco-poco disebelah pagi manakala jam 9.30 pagi taklimat mengenai environment IDAMAN serta Program Kitar Semula yang disampaikan oleh Sdra Ahmad Fayad dan Sdra Pissal Abu.

Peserta awal arobik
Dua orang jurulatih
Sdra Ahmad Fayad memberi ceramah
Sdra Pissal Abu turut memberi ceramah
Sebahagian Penghuni Taman yang hadir

Pihak Syarikat juga telah menyediakan 2 unit khemah serta 100 unit kerusi secara percuma bagi membantu dan menjayakan program tersebut.

2 unit khemah disediakan


Taklimat Ikan Dolfin

Jawatankuasa Urusniaga Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad hari ini 07/01/2010 telah menjemput sebuah Syarikat dari Langkawi untuk memberi taklimat mengenai lkan Dolfin termasuk tempat yang hendak diusahakan diBangunan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad, Kuala Lumpur.

Sdra. Azih Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA merangkap
Pengerusi Urusniaga sedang mempengerusikan mesyuarat
Wakil dari Syarikat sedang memberi taklimat

Tempat yang hendak dicadangkan bersebelahan dengan Kereta Kebel Gunung Mat Cincang tanah hak milik Lada. Setelah taklimat diberikan pihak Jawatankuasa memutuskan satu mesyuarat termasok tinjauan tempat akan diadakan pada 11-12/02/2011 diLangkawi.

Sdra. Pissal Abu Setiausaha Urusniaga sedang mencatit
keputusan mesyuarat
Jawatankuasa 3P yang hadir dalam mesyuarat

Jawatankuasa juga memutuskan akan pergi melawat ke Guangzou dan Shen-Shen, Cina tempat yang dikatakan memelihara dan melatih Ikan Dolfin serta mengenal pasti peluang-peluang perniagaan disana.


Selamat Hari Jadi

Bulan ini wau ramainya Staff environmrnt IDAMAN birthday tarikh berturut-turut pula tu hari ini 06/01/2011 kami makan lagi Nasi Ayam Tat Birthday Ahmad Fayad bersama Azlinda kedua-duanya dari CCD.

Ha tu dia Ahmad Fayad bersebelah Azlinda, 
ini semua group CCD la

Ramai kawan-kawan yang datang turut meraaikan lebih kurang 35 orang seperti yang ditempah termasok Bos-bos hadir sama.

Sebahagian dari Staff yang hadir
Wau Bos tunggu apa lagi dah siap makan la
Hmmm sedapnya 

Apa pun kami semua sekali lagi ucapkan Selamat Hari Jadi kepada semua kawan-kawan yang birthday mereka berturut-turut untuk sepanjang bulan ini.

Thursday, January 6, 2011

Kitar Semula diAnak Bukit

Buat pertama kali pada 05/01/2011 kitar semula diadakan diWisma Persekutuan Baru diAnak Bukit, Kali ini diadakan diBangunan Mahkamah Syariah Pejabat Mufti Negeri Kedah tingkat 3 jam 9.00 pagi.

Pejabat Mufti Negeri Kedah
Bangunan Mahkamah Syariah

Seperti biasa Bahagian Corporate Communacation Department environment IDAMAN yang diketuai oleh Sdr Pissal Abu bersama dengan anak-anak buahnya telah dapat melaksanakan tugas mereka tidak kira dimana sahaja asalkan program 3R dapat dilaksanakan.   

Sdr Pissal sedang mencatiti jumlah berat
Kertas yang sudah ditimbang
Setelah selesai lori akan dibawa ke kedai kitar semula

Sebaik sahaja selesai kami balik semula ke Pejabat untuk kitar semula diPejabat yang dikelolakan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan environment IDAMAN Alor Setar.

Barang-barang yang dikumpul
Kotak dan kertas ditimbang
Barang dikemas untuk dibawa ke lori
Sdr Afzainizam Head CCD menolong angkat barang












Sunday, January 2, 2011

Siam Thana Hotel

Siam Thana Hotel, Danok baru dibuka pada 24/12/2010, Hotel ini terletak berdekatan dengan CIMB Bank jalan masuk ke Firatel Hotel. Hotel ini tidak siap sepenuhnya namum begitu pihak pengerusan hotel telah menjalaankan operasinya awal dari tarikh siap.

Siam Thana Hotel
Receiption
Restoran

Oleh kerana hotel ini dah dibuka kami pun beberapa orang masuk chek in, hotel ini ada 3 jenis harga bilik Standard Room RM 59.00, Deluxe RM 85.00 dan Twin Deluxe 105.00 semua ada sarapan pagi. Bilik Standard habis kesemua maka kami ambil bilik Deluxe. 

Tempat tidor
Meja hiasan
Bilik Air
Bilik Air

Setelah kami dapat kunci kami masing naik kebilik, apabila masuk ke bilik waaawwww biliknya besar bilik air canggih boleh dikatakan kalau diKL mau tak mau RM 200 keatas didalam bilik ada wifi lagi.

Saturday, January 1, 2011

Gotong Royong Awal Tahun 2011

Program environment IDAMAN bersama Masyarakat sempena menyambut Tahun Baru 2011 dalam program gotong royong bersama penduduk Taman Rakyat Fasa 3B telah diadakan pada 01/01/2011 jam 8,00 pagi hadir sama En Mhd Saiful Anuar bin Zainol, CEO environment IDAMAN Sdn Bhd serta En Rrozy bin Abd.Razak Pengurus Operasi Kedah.

majlis Perasmian
Sebahagian Perserta Gotong Royong
En.Rozy sedang berucap
Pengerusi Taman sampaikan cederamata kpd Tuan Ceo

Tuan Haji Abu Hassan Pengerusi Penduduk Taman Rakyat Fasa 3B diantara seramai 50 orang penduduk yang turut serta dalam program ini, manakala environment IDAMAN menghantar seramai 60 orang pekerjanya
Sebahagian Pekerja environment IDAMAN
Sebahagian dari penduduk

Memandangkan Longkang diTaman tersebut tidak pernah dicuci dibersihkan sehinggalah ianya diserahkan kepada swasta. Sasaran kerja-kerja gotong royong pada hari tersebut khusus membersih Longkang sahaja.

Ceo bersama keluarga 
Sebahagian peserta gotong royong
Longkang yang tersumbat teruk
Sisa parit dimasok kedalam lori

Pihak tuan rumah telah menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman untuk pekerja-pekerja yang menyertai program ini.

Jamuan Makan yang disediakan
Menjamu selera
Siaran Lintas Langsung Radio FM Kedah

Selepas diadakan lintas langsung bersama dengan  Radio FM Kedah (RTM) Program gotong royong tamat pada jam 1.00 tengahari.