Saturday, January 1, 2011

Gotong Royong Awal Tahun 2011

Program environment IDAMAN bersama Masyarakat sempena menyambut Tahun Baru 2011 dalam program gotong royong bersama penduduk Taman Rakyat Fasa 3B telah diadakan pada 01/01/2011 jam 8,00 pagi hadir sama En Mhd Saiful Anuar bin Zainol, CEO environment IDAMAN Sdn Bhd serta En Rrozy bin Abd.Razak Pengurus Operasi Kedah.

majlis Perasmian
Sebahagian Perserta Gotong Royong
En.Rozy sedang berucap
Pengerusi Taman sampaikan cederamata kpd Tuan Ceo

Tuan Haji Abu Hassan Pengerusi Penduduk Taman Rakyat Fasa 3B diantara seramai 50 orang penduduk yang turut serta dalam program ini, manakala environment IDAMAN menghantar seramai 60 orang pekerjanya
Sebahagian Pekerja environment IDAMAN
Sebahagian dari penduduk

Memandangkan Longkang diTaman tersebut tidak pernah dicuci dibersihkan sehinggalah ianya diserahkan kepada swasta. Sasaran kerja-kerja gotong royong pada hari tersebut khusus membersih Longkang sahaja.

Ceo bersama keluarga 
Sebahagian peserta gotong royong
Longkang yang tersumbat teruk
Sisa parit dimasok kedalam lori

Pihak tuan rumah telah menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman untuk pekerja-pekerja yang menyertai program ini.

Jamuan Makan yang disediakan
Menjamu selera
Siaran Lintas Langsung Radio FM Kedah

Selepas diadakan lintas langsung bersama dengan  Radio FM Kedah (RTM) Program gotong royong tamat pada jam 1.00 tengahari.


No comments:

Post a Comment