Saturday, May 7, 2011

Perkelahan di Titi Hayun

Setelah Pertandingan berehat selama 3 jam kami semua mengambil kesempatan berkelah diTiti Hayun dan ada setengah pemain serta pegawai berehat diSheley yang disewa khas untuk pegawai dan pemain.




Sesampai diTityi Hayun wau ramainya orang namum begitu kami cari dicelah-celah lorong yang boleh kami berkongsi bersama terutama geng geng perempuan hendak sangat mereka nak berenang sambil makan nasi yang telah dibekalkan.




Bila dah cukup waktu selepas makan kami geng lelaki pergi ke masjid yang tidak jauh dari situ untuk sembahyang jumaat tinggal geng perempuan mereka berenanglah sepuah-puas hati mereka.


Berehat di Stadium



Friday, May 6, 2011

Pertandingan Bolasepak 9 Sebelah

Corporate Communication Department bersama dengan Yan service Unit sebagai tuan rumah telah berjaya menganjurkan Pertandingan Bolesepak 9 sepasukan pada 6 Mei 2011 Hari Jumaat jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang bertempat di Stadium Mini Yan, Kedah.

Ketua Pegawai Eksekutif bersama Isteri
En. Pissal Abu bersama Ketua Pegawai Eksekutif 
dan Hosu Yan Service Unit diPertandingan akhir

Kejohanan yang pertama kali merebut Piala Ketua Pegawai Eksekutif mendapat sambutan yang mengalakan, terdapat 16 pasukan yang menyertainya. Pasukan PPSPPA diantara 16 pasukan termasok Syarikat Swasta yang selebihnya dari Servise Unit environment IDAMAN Sdn Bhd seluroh Negeri Kedah menyertai termasok Perlis.

Pertandingan Akhir diantara Kubang Pasu Service Unit 
(Baju Biru) dan PPSPPA (Baju Hijau)
 Pertandingan Akhir

Hadiah-hadiah yang ditawarkan kepada pemain selaian Piala Pusingan Johan 1,000.00 beserta Medal, Naib Johan RM 700.00 beserta Medal, KeTiga 500.00 bersama Medal manakala Ke Empat RM 300.00 berserta Medal. Lain-lain Pasukan mendapat hadiah saguhati penyertaan. 

Sebahagian dari penyokong

Penyokong Perlis berbaju Kuning

Keputusan Pertandingan, Kubang Pasu Service Unit dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Bolasepak 9 Sepasukan manakala PPSPPA tempat Ke 2, Ke Tiga Yan service Unit dan Ke Empat Perlis Service Unit.

Bersalam dengan Pemain Pertandingan Akhir
Ketua Pegawai Eksekutif bersama pemain
Video Pertandingan Akhir

Ucapan penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang telah disampaikan oleh  En. Mhd Saiful Anuar Zainal, Ketua Pegawai Exsekutif environment IDAMAN Sdn Bhd. Diakhir ucapannya beliau telah mengumumkan Alor Setar akan menjadi tuan rumah pertandingan bolasepak tahun 2012.

Ucapan Penutup
Wakil Pasukan
Naib Juara Pasukan PPSPPA
Juara Pertandingan Kubang Pasu Service Unit
Pengerusi Pertandingan menyampaikan cederamata 
kepada Ketua Pegawai Eksekutif
Gambar Keselurohan Pertandingan

Karnival Amal Hari Penyayang 2011

Yayasan Sulatanah Bahiyah dalam erti kata YAKIN - SETIA - BAKTI telah berjaya mengadakan Karnival Amal Hari Penyayang 2011 pada 6 & 7 Mei 2011 bertempat di Stadium Darul Aman Alor Setar, Kedah. 

Pentas Hari Penyayang

Karnival ini turut disertai oleh Jabatan-Jabatan Kerajaan, Swasta dan Ngo pelbagai Jenis Gerai-gerai termasok Gerai Makanan, Gerai Jualan, Pameran dan Pertunjukan. Karnival hari pertama 6 Mei 2011 bermula dari pagi jam 9.30 dengan ketibaan para tetamu jemputan dan diikuti ketibaan Yang Teramat Mulia Dato' Seri DiRaja Tunku Soraya Binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Ketibaan Tunku Putri
Dato' Seri Tunku Putri Intan Safinas sedang merasmikan 
Karnival Amal Yayasan Sultanah Bahiyah

Jam 10.00 pagi Ketibaan Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Kedah, Dato' Seri Tunku Putri Intan Safinas Binti Kebawah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah. Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah.


Kanak-Kanak yang menyertai pertandingan lukisan

Pertandingan Lukisan Kanak-kanak dari Tadika Kemas serta Jabatan Perpaduan memulakan aturcara hari tersebut diikuti dengan Persembahan Hiburan & Nyanyian oleh Murid-murid Sekolah Rendah, Menengah serta Artis-artis jemputan.

En. Pissal Abu sedang membeli barang
En. Pissal Abu bersama dengan Keluaraga DiRaja 
di Kedai Upin & Ipin serta Ahli Majlis MBAS

Disebelah petang berlangsungnya acara Sukan Remaja, Pertunjukan Kereta Drift, Motor Cross & Go-Kart dan Persembahan Pentas & Hiburan. Kopon dijual dengan harga RM 10.00. Pengerusan Environment IDAMAN Sdn Bhd membeli sebanyak RM 10,000,00 diagihkan kopon-kopon tersebut kepada Yang DiPertua setiap PBT di Negeri Kedah dan Kakitangan Environment IDAMAN Sdn Bhd.

Salah Satu Gerai Jualan
Video Ucapan Tunku Putri Intan Shafinas

Mesyuarat Pengurus-Pengurus

Mesyuarat Pengurus-Pengurus bagi Pertandingan Bolasepak 9 sebelah telah diadakan pada 5 April 2011jam 3.00 petang di Bilik Latihan, Pejabat environment IDAMAN Sdn Bhd, Taman Anggerik Peremba, Jalan Sultanah Alor Setar, Kedah.


Mesyuaarat diPengerusikan oleh En. Afzainizam bin Abd. Rahim Ketua Jabatan Koporat Turut hadir bersama dimesyuarat tersebut  En. Mhd. Shaiful Anuar Zainal, Ketua Pegawai Eksekutis.

En. Saiful Anuar Zainal, Ketua Pegawai Eksekutif


Mesyuarat juga telah memutuskan hadiah Johan dinaikan daripada RM 700 kepada RM 1,000.00, Naib Johan RM 500 kepada RM 700, KeTiga RM 300 kepada RM 500 dan manakala Ke Empat dari RM 200 kepada 300 beserta medal.

Piala Ketua Pegawai Eksekutif
En. Pissal Abu Memegang Piala Pusingan dan Medal
  
Sebaik sahaja selesai mesyuarat telah diadakan cabutan nombor kepada 16 kumpulan diadakan dengan dibahagi kepada 4 pasukan A,B,C dan D juga diputuskan Kumpulan A dan C bermain di Stadium Mini Yan manakala B dan D bermain di Mini Stadium Guar, Kedah.

Penubuhan Kumpulan
Wakil-wakil Kumpulan

Wednesday, May 4, 2011

Program Kitar Semula di Kangar

Hari pertama environment IDAMAN Sdn Bhd telah mengadakan kutipan barang-barang kitar semula di Pejabat Kerajaan Persekutuan pada 3 Mei 2011 bertempat Tempat Letak Kereta, Bangunan Kerajaan Persekutuan, Kangar, Perlis.


Sebanyak 5 Jabatan yang terlibat iaitu Unit Perancang Perlis, Penasihat Undang-Undang, Perumahan, ADK, dan Pentadbiran Daerah serta syarikat Cleaner telah menghantar barang masing-masing untuk dikitar semula, hadir bersama Pegawai dari PPSPPA Cawangan Perlis sebagai pegawai pemantauan.

En. Pissal Abu sedang mencatit
Barang sedang ditimbang
Barang dibawa dari rumah

Jumlah berat yang dapat dikutip pada hari tersebut sebanyak 476 kilo dengan nilai RM 172.40. Sebaik sahaja selesai membuat kiraan, En. Pissal Abu terus membuat pembayaran kepada wakil Jabatan dengan nilai RM 170.61.

Barang yang dikumpul
En. Pissal Abu menyerahkan wang kepada wakil

Kitar Semula D Wisma

Minggu pertama pada 2 Mei 2011 telah diadakan program kitar semula barang-barang tidak terpakai bertempat di Depan Bangunan GYM, Wisma Darull Aman. Alor Setar. Kedah.

En. Pissal Abu sedang mencatiti

Seperti biasa sebaik sahaja kaunter dibuka Bahagian Cleaner Syarikat Hawa mendahului lain-lain jabatan dengan membawa turun barang-barang untuk di kitar semula sebanyak 385 kilo manakala Syarikat Juta sebanyak 152.5.


Barang-barang yang sudah dikumpul
Barang yang telah dimuat ke dalam lori

Keselurohan jualan sebanyak RM 228.46.

Tuesday, May 3, 2011

Gotong Royong Sempena Hari Buruh

Pengerusi JKKKP Kg. Seberang Pumpong Alor Setar telah berjaya mengadakan program gotong royong Sempena Hari Pekerja di kawasan Kampong tersebut pada 01 Mei 2911 dengan kerjasama environment IDAMAN Sdn Bhd dan Majlis Bandaraya Alor Setar.


Tuan Imam Masjid Seberang Pumpong diantara 30 orang kampong yang hadir menyertai program gotong royong dan Pujian harus diberi kepada Pengerusi JKKKP kerana dapat menambat hati pemuda untuk sama-sama menjayakan program gotong royong tersebut.


Makan sebelum bermula gotong royong
En. Mohd. Pais sedang memamtau
Gotong Royong sedang dijalankan
En. Pissal Abu bersama-sama gotong royong

Sebelum gotong royong dijalankan Tuan Imam Masjid Seberang Pumpong turut memberi ucapan serta membaca doa, dalam ucapanya beliau memuji sikap pemuda yang memberi sokongan serta bekerjasama menyertai program ini.