Friday, May 6, 2011

Karnival Amal Hari Penyayang 2011

Yayasan Sulatanah Bahiyah dalam erti kata YAKIN - SETIA - BAKTI telah berjaya mengadakan Karnival Amal Hari Penyayang 2011 pada 6 & 7 Mei 2011 bertempat di Stadium Darul Aman Alor Setar, Kedah. 

Pentas Hari Penyayang

Karnival ini turut disertai oleh Jabatan-Jabatan Kerajaan, Swasta dan Ngo pelbagai Jenis Gerai-gerai termasok Gerai Makanan, Gerai Jualan, Pameran dan Pertunjukan. Karnival hari pertama 6 Mei 2011 bermula dari pagi jam 9.30 dengan ketibaan para tetamu jemputan dan diikuti ketibaan Yang Teramat Mulia Dato' Seri DiRaja Tunku Soraya Binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Ketibaan Tunku Putri
Dato' Seri Tunku Putri Intan Safinas sedang merasmikan 
Karnival Amal Yayasan Sultanah Bahiyah

Jam 10.00 pagi Ketibaan Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Kedah, Dato' Seri Tunku Putri Intan Safinas Binti Kebawah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah. Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah.


Kanak-Kanak yang menyertai pertandingan lukisan

Pertandingan Lukisan Kanak-kanak dari Tadika Kemas serta Jabatan Perpaduan memulakan aturcara hari tersebut diikuti dengan Persembahan Hiburan & Nyanyian oleh Murid-murid Sekolah Rendah, Menengah serta Artis-artis jemputan.

En. Pissal Abu sedang membeli barang
En. Pissal Abu bersama dengan Keluaraga DiRaja 
di Kedai Upin & Ipin serta Ahli Majlis MBAS

Disebelah petang berlangsungnya acara Sukan Remaja, Pertunjukan Kereta Drift, Motor Cross & Go-Kart dan Persembahan Pentas & Hiburan. Kopon dijual dengan harga RM 10.00. Pengerusan Environment IDAMAN Sdn Bhd membeli sebanyak RM 10,000,00 diagihkan kopon-kopon tersebut kepada Yang DiPertua setiap PBT di Negeri Kedah dan Kakitangan Environment IDAMAN Sdn Bhd.

Salah Satu Gerai Jualan
Video Ucapan Tunku Putri Intan Shafinas

No comments:

Post a Comment