Tuesday, September 20, 2011

Majlis Menandatangani Perjanjian Konsesi

Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan telah mengadakan Majlis Menandatangani Perjanjian Konsesi antara Kerajaan Persekutuan Dengan Syarikat-Syarikat Konsesi Bagi Penswataan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam pada 19 September 2011 hari Isnin bertempat di Dewan B1, Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).



Majlis ini turut disaksikan oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri, Malaysia. Turut hadir selain dari Syarikat-syarikat Konsesi ialah Datuk-Datuk Bandar, Yang DiPertua-Yang DiPertua Perbandaran dan Daerah serta kakitangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara.

Majlis dimulakan dengan Bacaan Doa diikuti ucapan oleh YB. Dato' Chor Cheer Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Ucapan YAB Tan Sri Dato' Haji Mohd. Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri, Malaysia.



Selepas ucapan diteruskan dengan majlis menandatangani perjanjian konsesi serta penyerahan dengan disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Sebelum ke jamuan makan Timbalan Perdana Menteri dibawa ke bilik untuk sidang media.


\



Gambar Keselurohan

Majlis Menandatangani & Penyerahan Perjanjian Tripartite

Majlis Menandatangani & Penyerahan Perjanjian Tripartite antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri & Pihak Berkuasa Tempatan Bagi Penguatkuasaan Akta Pengerusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) telah diadakan pada 19 September 2011 di Dewan B2, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putra Jaya (PICC).


Majlis ini disaksikan oleh YB Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Setiausaha-setiausaha Kerajaan Kedah, Johor, Perlis dan Datuk Bandar Kuala Lumpur mewakili Putrajaya yang hadir pada hari tersebut.

Datuk Bandar, Yang diPertua Majlis dan Yang Dipertua Majlis-majlis Daerah diantara yang hadir dan terlibat didalam menandatangani dan penyeerahan perjanjian tirpartite.


Jabatan Pengerusan Sisa Pepejal dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bertindak sebagai urusetia majlis pada hari tersebut. Diakhir majlis semua yang hadir mengambil beramai-ramai bersama dengan Timbalan Menteri, Perumahan Kerajaan Tempatan.

Monday, September 19, 2011

Majlis Perkahwinan

Sejarah dalam Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad yang mana kedua-dua pengantin adalah staff koperasi KOSPETA yang telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 17 September 2011 bersamaan 19 Syawal 1432 Hijrah Hari Sabtu, bertempat di rumah pengantin perempuan No. 206 Rumah Pangsa Fasa 4, Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan.


Staff lelaki En. Muhammad Afiffie bin Razali manakala staff perempuan Cik Nur Amalina binti Mohd. Yusuf kedua-duanya merupakan staff Koperasi.

 
Selepas selesai mesyuarat 3P Pengerusi serta ALK dan Pegawai kanan Koperasi terus kerumah kenduri pengantin perempuan yang terletak diSungai Buloh. Kami mengambil masa selepas makan menunggu untuk berjumpa dengan pengantin.



Kami sempat bersalam dan merakam gambar semasa ketibaan pengantin lelaki dan juga sempat melihat mereka berdua duduk diatas pelamin.  Wau segaknya mereka berdua macam kapak dibelah dua.



Sunday, September 18, 2011

Mesyuarat 3P Yang Pertama

Jawatankuasa Pendidikan,Penyelidikan dan Penerbitan telah diadakan pada 17 September 2011 hari Sabtu jam 9.30 pagi diBilik Mesyuarat Zainal Abidin Tingkat 3, Wisma Koperasi KOSPETA Malaysaia Berhad, Batu Cave, Selangor.



Mesyuarat buat kali pertama setelah selesai diadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke 29 Di Air Keroh, Melaka baru-baru ini pada 25-25 jun 2011. En. Pissal bin Abu selaku Pengerusi 3P mempengerusikan mesyuarat pada pagi tersebut, semua AJK seramai 7 orang hadir.



Sebaik sahaja selesai mesyuarat 3P Pengerusi serta semua ALK dan warga kerja ke rumah kenduri anak buah di Sunga Besi pada jam 12.45 tengahari. Jam 3.00 petang disambung semula Mesyuarat Lembaga kali ke 3 yang dipengerusikan oleh En. Azih bin Muda, kemudian disambung pula dengan Mesyuarat Urusniaga yang juga dipengerusikan oleh En. Azih bin Muda sehingga jam 8.00 malam akhir sekali disambung dengan Mesyuarat Pinjaman berakhir pada jam 11.00 malam.

Saturday, September 17, 2011

Majlis Jamuan Teh

Setelah selesai Perarakan disebelah pagi semua tetamu kehormat serta Wakil-wakil Jabatan dan Kontijen dijemput hadir ke Majlis Jamuan Teh disebelah petang pada hari yang sama 16 September 2011, jam 5.00 petang bertempat di Dewan Seri Mentalon, Alor Setar, Kedah.


Jamuan Teh diadakan setiap tahun Sempena Ulang Tahun Kemerdekaan, Kali ini merupakan tahun ke 54 Peringkat Negeri Kedah. Kehadirin YTM. Tuanku Raja Muda Kedah disambut oleh Menteri Besar Kedah serta pembesar-pembesar Negeri. 


Majlis tersebut diserikan lagi dengan nyanyian lagu-lagu patriotik oleh penyanyi jemputan dari Kuala Lumpur dan tempatan dengan diiringgi penari-penari Badan Kebudayaan Negeri Kedah.




Johan Kawad antara Jabatan-jabatan Kerajaan jatuh kepada Majlis Bandaraya Alor Setar, manakala Johan keselurohan jatuh kepada Persatuan Perajurit Malaysia Negeri Kedah.

MBAS
Pesatuan Perajurit

Majlis berakhir pada jam 6.00 petang bermula dengan keberangkatan pulang YTM Tuanku Raja Muda, Kedah disusuli Menteri Besar Kedah serta orang-orang kenamaan serta para jemputan semua.

YTM Raja Muda Kedah berangkat pulang



Friday, September 16, 2011

Perarakan Hari Kemerdekaan 2011

Perarakan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Kedah telah diadakan pada hari ini 16 September 2011 jam 9.30 pagi bertempat di Pekarangan Dataran hadapan Pekan Rabu, Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar, Kedah.




Tepat 9.30 pagi Keberangkatan tiba Kebawah Duli Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah bersama Tuanku Sultanah Kedah disambut oleh Menteri Besar Kedah. Sebaik sahaja tabik hurmat diadakan oleh Batalion 6 RAMD diteruskan dengan nyanyian koir dari Wisma Darul Aman.


Pelbagai Jabatan Kerajaan termasok Badan Berkanun dan Agensi Swasta juga NGO serta kadet-kadet sekolah mengambil bahagian didalam perarakan ini. Environment IDAMAN Sdn Bhd buat pertama kali mengambil bahagian didalam perarakan ini.





Ketua Pegawai Exsekutif En. Mhd. Saiful Anuar Zainal turut hadir memberi semangat kepada peserta-peserta Kontijen Kawad environment IDAMAN Sdn Bhd.  Buat kali pertama inilah menjadi pengelaman pertama kepada peserta-peserta kawad dan rata-rata peserta menarik rasa lega dan berpuas hati diatas perarakan hari ini. 




Orang ramai dari jam 7.00 pagi lagi berkumpul berama-ramai bersama dengan isteri dan anak-anak mereka untuk menyaksikan Perarakan Hari Kebangsaan pada tahun ini.