Tuesday, September 20, 2011

Majlis Menandatangani Perjanjian Konsesi

Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan telah mengadakan Majlis Menandatangani Perjanjian Konsesi antara Kerajaan Persekutuan Dengan Syarikat-Syarikat Konsesi Bagi Penswataan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam pada 19 September 2011 hari Isnin bertempat di Dewan B1, Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).



Majlis ini turut disaksikan oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri, Malaysia. Turut hadir selain dari Syarikat-syarikat Konsesi ialah Datuk-Datuk Bandar, Yang DiPertua-Yang DiPertua Perbandaran dan Daerah serta kakitangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara.

Majlis dimulakan dengan Bacaan Doa diikuti ucapan oleh YB. Dato' Chor Cheer Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Ucapan YAB Tan Sri Dato' Haji Mohd. Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri, Malaysia.



Selepas ucapan diteruskan dengan majlis menandatangani perjanjian konsesi serta penyerahan dengan disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Sebelum ke jamuan makan Timbalan Perdana Menteri dibawa ke bilik untuk sidang media.


\



Gambar Keselurohan

No comments:

Post a Comment