Friday, September 16, 2011

Perarakan Hari Kemerdekaan 2011

Perarakan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Kedah telah diadakan pada hari ini 16 September 2011 jam 9.30 pagi bertempat di Pekarangan Dataran hadapan Pekan Rabu, Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar, Kedah.




Tepat 9.30 pagi Keberangkatan tiba Kebawah Duli Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah bersama Tuanku Sultanah Kedah disambut oleh Menteri Besar Kedah. Sebaik sahaja tabik hurmat diadakan oleh Batalion 6 RAMD diteruskan dengan nyanyian koir dari Wisma Darul Aman.


Pelbagai Jabatan Kerajaan termasok Badan Berkanun dan Agensi Swasta juga NGO serta kadet-kadet sekolah mengambil bahagian didalam perarakan ini. Environment IDAMAN Sdn Bhd buat pertama kali mengambil bahagian didalam perarakan ini.





Ketua Pegawai Exsekutif En. Mhd. Saiful Anuar Zainal turut hadir memberi semangat kepada peserta-peserta Kontijen Kawad environment IDAMAN Sdn Bhd.  Buat kali pertama inilah menjadi pengelaman pertama kepada peserta-peserta kawad dan rata-rata peserta menarik rasa lega dan berpuas hati diatas perarakan hari ini. 




Orang ramai dari jam 7.00 pagi lagi berkumpul berama-ramai bersama dengan isteri dan anak-anak mereka untuk menyaksikan Perarakan Hari Kebangsaan pada tahun ini.

No comments:

Post a Comment