Friday, December 13, 2013

1 st Asia Pacific Co-operative Registrars' confrence

Sekalung Tahiniah kepada Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Koperasi & Kepegunaan khususnya Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bersama ANGKASA dan Maktab Koperasi Malaysia (MKM) yang telah berjaya menganjurkan program ini buat kali pertama pada 10-12/12/2013 bertempat di Grand Selangor Ballroom, Hotel Dosert Grang, Subang Jaya, Selangor.

Pendaftaran Peserta

Program ini mendapat sambutan daripada 23 Negara termasok Negara Malaysia, dengan adanya program ini maka diantara pemimpim koperasi dapat berkumpul dan berjumpa bagi bertukar-tukar fikiran mengenai pengerusan koperasi di negara masing-masing.

Perwakilan dari KOSPETA, Malaysia
Urusetia diLuar Dewan
Urusetia di Dalam Dewan

Confrence yang diadakan selama 3 hari amat padat aktiviti yang bermula dari jam 8.00 pagi dihari pertama sampai ke jam 5.30 petang setiap hari, dijalankan dalam Bahasa Inggeris. Hari pertama Selasa disebelah pagi bermula Sessi Taklimat tajuk Statutory Proceedings, Presentation Of Finding Of The ICA-AP Stdy by Mr. Rangan Dullta, Principal Consultant International Co-operative Alliance-Asia Pacific (ICA-AP).


Majlis Pembukaan
Perwakilan

Keynote speech on the Theme " Sound Tuning Of By Laws, Policy and Regulations for Primary Co-operative" oleh Mr. Maurizio Bussi, Director of International Labour Organization (ILO) Decent Work Technical Suport Team For East and South-East Asiaand The Pacific (ILO) berakhir jam 10.10 pagi.

Sessi Pertama
Perwakilan Luar Negara
Perwakilan

Semasa menunggu ketibibaan YB. Dato' Hasan bin Malek Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Koperasi & Kepegunaan hadir untuk merasmikan program ini semua perwakilan dijemput ke jamuan pagi yang disediakan di Lobby Dewan tersebut.

Lagu Negaraku
Majlis Perasmian
Sidang Media

Selepas acara perasmian semua delegate di pelawa ke tingkst 1 bagi menikmati jamuan tengahari sementara Menteri serta beberapa orang Vip berada di bilik khas untuk sidang media.

Perwakilan Nepal
Perwakilan Jepun
Minum Pagi

Jam 2.00 petang hinga 3.15 petang Sessi Pertama Statement by Registrars " Sound Tuning Of by Laws, Policy and Regulations For Primary Co-operative" diPengerusikan oleh Datuk Nik Ali bin Mat Yunus, Executive Chairman Malaysui Co-operative Soceities Commission (MCSC) Malaysia.

Seramai 4 orang Speakers di beri hanya 15 minit untuk membentangkanya terdiri daripada:-

1. Mr. Kedar Newpane,  Registrar Deparment of Co-operative Nepal

Wakil Nepal

2. Dr. Emmanuel Santiaguel, Chaiman Co-operative Development Authority (CDA) Philippines

3. Dr. W. H. Karunaathne, Commissioner of Co-operative Development and Registration of Co-operative Societies Department of Co-operative Development Sri Lanka

Wakil Thailand

4. Mr. Salekan Assit, Deputy of Organisational and Legal of Law Coop Enterprise Ministry of Cooperatives and Small Medium Enterprise Indonesia

Wakil Korea
Perwakilan Luar Negara bersama Menteri

Tuesday, December 10, 2013

Majlis Perasmian Seminar

First Asia Pacific Co-Operative Registrars' Conference ' Sound Tuning Of By-Laws Policy And Regulations For Primary Co-operative hari ini 10/12/2013 telah dirasmikan oleh YB. Dato' Hasan bin Malek Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK) di Dosert Grand Hotel Subang Jaya, Selangor.


Grand Selangor Ballroom

Sebanyak 23 Negara termasok Malaysia seramai 300 orang telah menyertai program ini yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bersama ANGKASA dan Maktab Kerjasama Malaysia (MKM).

Negara-Negara yang menyertai
Ketibaan YB. Dato' Hasan bin Malek

Majlis bermula dengan Bacaan Doa diikuti lagu Negara Ku. YBhg Datuk Nik Ali bin Mat Yunus Executive Chairman Suruhanjaya Koperasi Malaysia menyampai ucaputama dituruti Dr Chandra Pal Singh Yadav, Vice Chairman International Co-operative Alliance Asia and Pacific (ICA-AP) seterusnya Ucapan Perasmian oleh YB. Dato' Hasan bin Malek.

YB. Dato' Hasan bin Malek
Perwakilan
Lagu Negaraku
Ucapan Perasmian
Upacara menanda tangani

Sebaik sahaja selesai majlis perasmian pihak urusetia telah mengatur sidang akhbar dan media dibilik khas dengan dihadiri wartawan-wartawan termasok TV tempatan. Peserta Perwakilan kesemuanya diarah menuju ke aras 1 untuk menikmati Jamuan Makan Tengahari yang disediakan.


Jamuan Tengahari

Disebelah malam diadakan program Welcome Dinner turut hadir  YB. Dato' Ahmad Bashah bin Md. Hanifah Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepegunaan  ke jamuan tersebut bagi meraaikan para perwakilan.


Jamuan Makan Malam
Makan Malam Bersama Timbalan Menteri

Welcome Dinner menghidangkan Chinese Set Menu sebanyak 8 jenis lauk dihidangkan setiap meja serta diiringi dengan dendangan Lagu-lagu Asli dan persembahan Tarian bagi menghibur para tetamu

Pelbagai Jenis Makanan

Monday, December 9, 2013

Pendaftaran Peserta Seminar

First Asia Pacific Co-Operative Registrars' Conference anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia bersasma Angkasa dan Maktab Koperasi Malaysia akan diadakan selama 3 hari pada 10-12/12/2013 bertempat di Grand Selangor Ballroom, Dosert Grand Hotel, Subang, Selangor.

Dosert Grand Hotel, Subang

Sebanyak 18 Koperasi terpilih dijemput oleh penganjur bagi mewakili Nagara Malaysia, Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad diminta menghantar seramai 2 orang peserta, En. Azih bin Muda Pengerusi dan En. Pissal bin Abu Penolong Setiausaha merangkap ALK menghadiri seminar ini.

Bilik Hotel

Dihari pertama pendaftaran pada 9/12/2013 pihak urusetia sedia menunggu kedatangan perwakilan untuk mendaftarkan diri di bilik Melati, Setiap peserta diberi 1 bilik penginapan untuk 2 orang berserta beg perwakilan dan tag nama.


Grand Selangor Ballroom

Pada petang pendaftaran menyaksikan ramai perwakilan dari luar negara turut mendaftarkan diri sebagai peserta di urusetia, pihak urusetia menyediakan minuman ringan kepada semua yang hadir untuk mendaftarkan diri.

Urusetia Pendaftaran
Minum Petang

Friday, December 6, 2013

Pemeriksaan Sangkar

Setelah 2 bulan yang lalu ikan yang baru dilepas ada diantara ikan-ikan itu sudah membesar dan hari ini 6/12/2013 saya kesana bersama dengan En abd. Rahman Pengerusi Agro Tani bagi melihat dan memeriksa Jaring-jaring Ikan yang terkoyak akibat dimakan Ikan Toman dan Biawak

Sangkar Ikan
Memeriksa Jaring Ikan
Menjahit Jaring

Laporan diterima dari pekerja sangkar yang ditempatkan disitu mengenai masaalah banjir besar, kerosakan jaring dan lain-lain lagi.  Akibat dari banjir besar tembok penghalang yang dibina ditepi tebing tersebut telah runtuh mengakibatkan tertimbus peralatan-peralatan yang ada disitu.

Tebing yang runtuh
Tebing Runtuh

Masalah pada sangkar ikan ianya banyak diserang oleh Biawak, Ikan Toman, Burung dan lain-lai lagi menyebabkan ikan-ikan terasa tidak bebas dan sekali gusnya ianya memantut dalam proses pembesaran ikan-ikan tersebut.


Sangkar yang sudah siap dipasang jaring
Memasang Jaring Baru

Memandangkan Ikan-ikan yang dipelihara dah berusia 2 bulan maka atas cadangan baru dari Pengerusi perlu dimasukan lagi anak ikan baru keatas sangkar yang masih kosong sebagai persediaan setelah yang lama dijual.

Beri Makan Ikan

Wednesday, December 4, 2013

Seminar Sehari DBKL

Jawatankuasa 3P dan Pembangunan Wanita Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah berjaya mengadakan Seminar Sehari untuk Anggota-anggota di Kawasan DBKL Staff dan Pekerja pada 4/12/2013 hari Rabu bertempat di Perpustakaan Kuala Lumpur.

Bangunan Perpustakaan Kuala Lumpur
Pendaftaran Peserta

Program bermula dengan bacaan doa dan diikuti ucapan pembukaan oleh Tuan Hj. Mohd. Faizi bin Hj. Aznam Setiausaha Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad merangkap Pengerusi Kawasan DBKL Staff, tutur hadir Puan Rashidah binti Ismail Pengarah Perpustakaan Kuala Lumpur diiriingi oleh En. Pissal bin Abu Pengerusi 3P dan Pembangunan Wanita.

Pengarah Perpustakaan Kuala Lumpur

Bacaan Doa

Seramai 150 orang diawal telah mendaftar diri sebagai peserta namum demikian sambutan begitu mengalakan sehingga 300 orang peserta kedudukan dewan tidak mencukupi maka ramai terpaksa berdiri diluar dewan. 

En. Pissal Abu Penceramah 1
Sebahagian Peserta

Penceramah pertama En. Pissal bin Abu Pengerusi 3P telah memberi ceramah dalam tajuk Hala Tuju Koperasi dan Kebajikan Anggota yang dipengerusikan oleh Puan Mariah bte Ahmad setiausaha 3P dan Pembangunan Wanita. 

En. Azih Muda Pengerusi Koperasi


En. Azih Muda sedang berucap

Penceramah ke dua En. Azih bin Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad merangkap Presiden ANULAE Semananjung Malaysia dan Timbalan Presiden Cuepacs dalam tajuk Penglibatan Kakitangan DBKL dalam Koperasi serta Perjuangan Hak Pekerja dalam Kesatuan Sekerja.

ALK bersama Puan Pengarah
Kaunter Pendaftaran

Seminar ini berakhir pada jam 2.00 petang dan kesemua peserta yang hadir diberi elaun makan dan kahadziran sebanyak RM 40.00 setiap seorang.

Promosi Barangan Handfon
Minum Pagi

Tuesday, December 3, 2013

Pertama Kali Melindo Air

TAHNIAH Malindo Air walau pun pertama kali sejak syarikat ini beroperasi di Alor Setar saya menaikinya pada 3/12/2013 jam 8.20 malam dari Alor Setar ke Subang dan sampai di Subang Airport jam 9.20 malam.

Airport Alor Setar
Atas Flight

Alhamdulilah walaupun kapal terbang tersebut boleh memuat seramai 72 orang penumpang ianya amat selesa dan memberi kepuasan kepada semua pelanggan dengan layanan pramugarinya baik mesra kepada semua penumpang.

Kaunter pelbagai di Subang Airport

Pada 4/12/2013 sekali lagi saya memilih Malindo Air untuk penerbangan pulang dari Subang ke Alor Setar, sampainya saya ke kaunter untuk chekin saya disambut dengan diberi layanan yang baik oleh kakitangan syarikat ini, mereka sentiasa senyum dalam menjalankan tugas dan bermesra dengan kita bertanya pula kesihatan kita.


Kaunter Chekin

Sekiranya semua kakitangan syarikat penerbangan memberi layanan mesra dan baik dengan melayani pelanggan mereka nescaya saya percaya pelangan akan berpuas hati dan ianya akan memberi keuntungan kepada syarikat dengan kekerapan pelanggan akan mengunakan penerbangan tersebut.


Hiasan didalam Bangunan Airport

Subang Airport dari segi hiasnya ianya tetap bertenaga serta sedia menyediakan pelbagai kemudahan untuk memberi keselesaan, kepuasan kepada orang ramai yang sentiasa mengunakan airport tersebut berulangalik ke destinasi.

Sudut Penghibur

Disatu sudut telah diletakan sebuah pentas kecil untuk penyanyi jemputan bagi menghibur orang ramai serta banyak Gerai jualan Makanan, Pakaian dan Bank-bank beroperasi disitu. Di Luar bangunan tersebut tersedia menunggu kita Teksi-teksi serta Bas untuk menghantar kita ke mana jua destinasi disekitar Kuala Lumpur.

Bas Airport