Sunday, November 28, 2010

Mesyuarat/Perbincangan Industri Ikan Air Tawar

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad diantara 9 koperasi telah dijemput oleh SKM Wilayah Persekutuan untuk menduduki sebagai Jawatankuasa Kerja Pakatan Strategik Industri Ikan Air Tawar. Malam ini 28-11-2010 telah berlangsungnya mesyuarat pertama bagi Jawatankuasa ini bertempat diHotel Regency Alor Setar, Kedah.

Puan Hajjah Meriam binti Md.Nor ditengah
bersasma-sama dengan Pegawai-pegawainya

Puan Hajah Meriam binti Md.Nor, Pengarah Bahagian Promosi Dan Pembangunan SKM Ibu Pejabat telah menpengerusikan mesyuarat awal dan beliau telah menerangkan tujuan diadakan perjumpaan pada malam ini dikalangan Koperasi-koperasi yang hazir. Beliau juga menyarankan supaya mesyuarat malam ini  salah satu ajendanya melantik Pengerusi dan Jawatankuasa Kerja Pakatan Strategik Industri Ikan Air Tawar.

Objektifnya

1.  Untuk meningkat kerjasama strategik dan jaringan perniagaan antara koperasi-koperasi yang bergiat
     dalam sektor ternakan ikan air tawar.
2.  Untuk bertukar-bertukar fikiran dan pandangan dalam aktiviti ternakan ikan air tawar.
3.  Untuk menggabungkan produk-produk koperasi untuk dipasarkan secara bersama.

Puan Hajjah Meriam sedang memberi ucapan

Pegawai-pegawai SKM yang turut hazir En. Amirnudin bin Yahya, Ketua Penolong Pengarah, En. Norhisham bin Muhamad Ali, En. Baharom bin Sharif, En. Sufian bin Hashim dan En. Mohd. Dzahir bin Ahmad.

Peserta-peserta yang hazir
Wakil Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad
Haji Mohd. Faizi Aznam memberi pendapat

Mesyuarat berakhir pada jam 11.30 malam insyaallah jumpa lagi 3 bulan yang akan datang di Kuala Kangsar jika dipersetujui.

Kitar Semula diWisma Darulaman

Setiap hari Ahad telah dijadualkan program kitar semula di Wisma Darulaman mulai bulan Julai 2010, minggu ini kali ke empat setelah ianya telah berjalan selama 5 bulan mendapat sambutan mengallakan ada Jabatan-Jabatan yang telah mencapai ke 1,000 tan seperti yang disasarkan.

Barang-barang yang dikumpul setakat jam 9.00 pagi

Seperti biasa Jabatan-Jabatan dan Cleaner akan membawa turun barang untuk dikitar semula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.  Minggu ini banyak sedikit kerana minggu lepas tiada kerana masing-masing bercuti.


Kotak sedang ditimbang
Besi sedang ditimbang
Setiap yang ditimbang dicatit
Semua barang-barang dimasuk ke dalam lori

Hari ini 29/11/2010 seperti biasa jam 3.00 petang selepas barang-barang tersebut dijual dihari kelmarin maka hari ini En. Pissal bin Abu, Pegawai Idaman datang ke Pejabat KPKT untuk membuat bayaran dengan disaksikan oleh Pegawai-pegawai Perbadanan Sisa Pepejal.

Pembayaran Hasil Jualan di Pejabat KPKT





Friday, November 26, 2010

Kenali Danok (Hotel)

Memandangkan Pekan Danok pesat membangun Hotel-hotel besar dan kecil tumbuh seperti cendawan dengan harganya jauh lebih murah dari Kuala Lumpur ianya dapat menampong beribu orang setiap hari, sesuai jika hendak diadakan apa-apa majlis samaada Mesyuarat, Seminar, Hari Jadi dan sebagainya. 

Bersama-sama ini saya masukan gambar-gambar hotel yang besar-besar untuk kemudahan tuan/puan jika berhajat nak ke Danok.

IPD Hotel, 100 bilik harga RM 40.00
Parking Kereta - Massage
Phu Ping Palace Hotel - 100 bilik- RM 50.00
Parking Kereta - Massage
S.P Palace Hotel - 100 bilik - RM 55.00
J.K House Hotel - 80 bilik - RM 40.00
Parking Kereta
Holiwood Hotel - 50 bilik - RM 50.00
Oscar Palace Hotel - 150 bilik - RM 70.00
Parking Kereta - Massage         

PJ. House - 80 bilik - RM 50.00
Parking Kereta
W. House - 100 bilik - RM 65.00 - Sarapan Pagi
PP Hotel - 80 bilik - RM 55.00
TMT Hotel - 60 bilik - RM 38.00 - Massage
Parking kereta
Oliver Hotel - 250 bilik - RM 70.00 - Sarapan Pagi
Parking kereta - Massage
He Jia Grand Hotel - 200 bilik - RM 70.00 - Sarapan pagi
Parking kereta - Massage - Bowling - Shoping
Satit Grand View Hotel - 250 bilik - RM 90.00
 Sarapan pagi - Parking kereta - Massage
SP Sweet Hotel - 100 bilik - RM 70.00
Parking kereta - Massage
K.P.K Hotel - 200 bilik - RM 90.00
Sarapan Pagi - Massage - Parking Kereta
K.P.K Legend Hotel - 60 bilik - RM 50.00
Parking kereta - Massage
K.P.K Garden Hotel - 80 bilik - RM 60.00
Massage - Parking kereta
First World Hotel - 150 bilik - RM 50.00
Parking kereta - Massage
Queen Park Hotel - 80 bilik - RM 50.00
Golden Court - 24 bilik - RM 50.00 Parking kereta depan bilik
River Grang Palace - 60 bilik - RM 70.00
D First Hotel - 30 bilik - RM 50.00






Kenali Danok, Thailand

Bagi yang biasa berulang alik mana-mana destinasi dari Malaysia ke Danok, Haatyai, Thailand memang mudah untuk menyeberangi ke negara Jiran Thailand khususnya melalui Bukit Kayu Hitam. Sejak adanya lebuhraya ke Bukit Kayu Hitam ianya memberi kemudahan raakyat Malaysia berhijrah ke Thailand.

Pintu masuk keluar sempadan disebelah Thailand

Purata setiap hari disebelah pagi kita dapat menyaksikan lebih kurang 30 buah Bas-Bas Express yang datang dari Singapore, Johor dan kuala Lumpur berbaris untuk meneruskan perjalanan mereka ke Haatyai.

Kenapa tidak ke Danok, sekarang Danok sedang pesat membangun ramai penghibur-penghibur, peniaga-peniaga sudah turun ke Danok. Danok merupakan pintu masuk ke Thailand untuk ke Haatyai ianya makan masa lebih kurang 45 minit dari pintu semapadan.
Pekan Danok sekarang begitu sibuk sama ada siang lebih-lebih disebelah malam, boleh dikatakan Hiburan untuk orang muda semuanya ada diDanok, Penghibur, Penari-penari dari Haatyai setiap petang 2-3 Bas turun ke Danok.

Jalan Utama Pekan Danok

Masjid Danok

Bank CIMB, Thailand
Kemudahan seperti Hotel, Restoran makanan Islam, Bank CIMB, Masjid dan tempat bershoping sudah banyak tambahan pula Pasar Besar Baru dah pun siap, ramailah pelancong kita masuk membeli belah disana. Walau bagaimana pun Syurga membeli belah memang sehingga ini tidak dapat ditandingkan dengan Haatyai.



Tempat Shoping bersebelahan pintu sempadan
Tempat Shoping di Lorong 2

Tidak hairanlah mengapa orang-orang Malaysia khususnya raakyat Negeri Kedah yang berdekatan dengan sempadan seperti Alor Setar, Jitra, Pokok Sena, Padang Terap dan sebagainya mengunjung Danok setiap malam untuk mencari hiburan disana serta makan tomyam yang sedap, kerana dinegeri Kedah tidak boleh Berdangdut, Berkaraoke amat terhad sekali. Kadang-kadang sedang bernyanyi tiba-tiba kena serbu ini membosankan orang raamai maka untuk mengisi masa lapang untuk meneruskan seni suara dan berexcise maka terbanglah mereka ke Danok, pintu sempadan pula ditutup jam 12.00 malam.

Kak Jah Restoran
Nurlaila Tomyam Seafood
Haji Retoran (Iman Masjid Danok)
Adinan Restoran
Kak Mah Nasi Kandar Pulau Pinang
Bang Mail Restoran
Jika kita tengok setiap malam jam 11.30 keatas kereta, Motor Pejalan kaki berlumba-lumba keluar dari Thailand kembali ke Malaysia. Kata mereka esok jumpa lagi.





Sumbangan Banjir Kepada Pekerja

Majlis Penyampaian Sumbangan Banjir dari environment Idaman kepada Pekerja-pekerja yang terlibat Banjir telah disampaikan oleh YB. En. Saad bin Man Adun Jitra pada 25-11-2010 jam 3.00 petang bertempat di Pejabat environment Idaman Kawasan Kubang Pasu (Depoh Lori) Jitra, Kedah.

Pintu masuk ke Pejabat

Seramai 47 orang pekerja yang terlibat didalam Banjir yang mengakibatkan kerosakan teruk harta benda telah diberi bantuan oleh environment Idaman kepad pekerja-pekerjanya sebanyak RM 200.00 setiap seorang.

YB. En.Saad bin Man
Sebahagian dari pekerja yang hazir

Turut hazir di majlis tersebut pada petang itu selain dari YB. En. Saad bin Man, YM. Tunku Abaidah mewakili Tuan CEO manakala En. Pissal bin Abu, Aslinda Ariffin dari CCD Ibu pejabat serta En Saiful Ashly Hosu Kubang Pasu serta Pegawai-pegawainya.

En. Pissal Abu Pengerusi Majlis
Ucapan YM Tunku Abaidah wakil Environment Idaman
Ucapan YB. En.Saad bin Man
Sebahagian dari pekerja
YB. En. Md.Saad bin Man menyampaikan sumbangan
YM. Tunku Abaidah menyampaikan cederamata
kepada YB. En. Saad bin Man, Adun Jitra

Majlis berakhir dengan jamuan makan dan bergambar beramai-ramai.

Jamuan Makan
Bergambar beramai-ramai