Genap setahun sudah berpindah ke Rumah baru dari Taman Bersatu ke Taman Utama, Jalan Gangsa, Alor Setar, Kedah dalam Pusat Bandar mudah kemana sahaja sama ada ketempat kerja hanya memakan masa 5 minit sahaja.
Kali pertama menyambut Hari Raya Aidilfitri di Rumah Baru seronok rasanya dengan adanya kawan-kawan dan sahabat-sahabat lama mereka mengadakan Program Takbir Malam Raya rumah ke rumah dan malam itu mereka mengakhiri takbir mereka dirumah saya, Alhamdulilah bayangkan betapa seronoknya mereka datang beramai-ramai menyeri malam raya dirumah saya.
Sebagai menyambut kehaziran mereka malam itu ada la sikit jamuan untuk mereka yang hazir iaitu Satay, Laksa, Agar-agar, Buah-buahan, Ais Cream dan lain-lain lagi.
Kawan-kawan sedang menjamu selera selepas takbir
Video Jamuan Makan
Malam Raya dan Hari Raya semua anak-anak balik berhari raya yang seronoknya anak-anak menantu semuanya orang Sungai Petani mudahlah mereka untuk berulang alik antara Alor Setar ke Sungai Petani. Sehingga hari ini cucu hanya baru 7 orang yang lain insyaalah comingsoon
Video Anak-anak balik berhariraya
Video Selamat Hari Raya
No comments:
Post a Comment