Saturday, November 13, 2010

Lawatan Naib Yang DiPertua Angkasa

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad mengucapkan SELAMAT DATANG kepada En. Jamal bin Abdullah Naib Yang DiPertua ANGKASA yang telah mengadakan Lawatan keProjek Ternakan Ikan Air Tawar Dalam Sangkar pada hari ini 14/11/2010 yang terletak ditebing Sungai Klasik Kuala Kangsar, Perak.

Kain Rentang
En. Jamal bersama dengan Anggota Lembaga Koperasi
En, Jamal bin Abdullah, Naib Yang DiPertua Angkasa

Dalam lawatan singkat ini beliau sempat mengadakan  lawatan disekitar tebing sungai dengan turun sendiri ke pelantar ikan memberi makanan ikan  serta sempat memegang ikan-ikan yang masih hidup. Dengan lawatan ini ianya amat memberi makna buat Koperasi KOSPETA dengan harapan perkara ini diambil perhatian serta mendapat bantuan dari segi teknikal dan sebagainya.

En. Jamai diatas Sangkar Ikan
En.Pissal sedang menunjuk Ikan Talapia Merah kepada En.Jamal
En. Jamal sedang memberi Makanan Ikan
En. Jamal sedang Menyaut Ikan Patin
Hissss besarnya Ikan patin ni
Video Ikan Patin
Video Ikan Talapia Merah
En. Jamal beri makanan ikan
Selepas melawat sangkar En. Jamal dibawa melihat projek mendirikan Chalet dan Shaley yang terletak bersebelahan dengan Restoran dihadapan Tapak Ikan Air Tawar yang baru.
Sheley 4 unit sedang dibina
Chalet 8 unit sedang dibina
Setiausaha Koperasi KOSPETA tuan punya restoran bermurah hati menyediakan makan tengahari kepada semua pelawat dengan menperkenalkan masakan Ikan Talapia Merah, Patin dan Ikan keli untuk para tetamu.
Hai hidangan dah siap tunggu apa lagi
Haaaa tunggu apa lagi  Din baca doa la
Adoiiiii sedapnya

Video Jamuan Makan Tengahari
Sebaik sahaja selepas makan kami pun bertuka-tukaran pandangan dan pendapat cara-cara bagaimana nak memaju koperasi KOSPETA Khususnya dalam Pemeliharaan Ikan Air Tawar serta menebusi pasaran-pasaran didalam negeri.
Selepas makan tengahari kena kopi la
Hai Tuan Haji Abu Hassan serious nampaknya


Wanwancara dengan En. Jamal Abdullah
Naib Yang Dipertua ANGKASA

Akhir sekali sebelum bersurai Tuan Setiausaha Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad menjemput Tuan Haji Abu Hassan bin Abdullah, Pengerusi Koperasi KOSPETA menyampaikan buah tangan iaitu Ikan Talapia, Patin, Pisang dan Tomato Sauce kepada En. Jamal Abdullah sebagai kenang-kenangan dari Tuan punya Restoran D Tebing Klasik Sungai Perak, Kuala Kangsar.
Video Penyampaian Cederahati
Tn. Haji Abu Hassan Pengerusi Koperasi KOSPETA
menyampaikan cederahati kepada En. Jamal Abdullah
 







No comments:

Post a Comment