Jam 3.00 petang kami semua sampai diHotel Kuala Lumpur International menginap 1 malam disitu, sampainya kami seperti biasa check in kebetulan hari yang kami check in ramai polis mereka ada seminar, bilik dah ditempah sebulan yang lalu sebanyak 5 bilik.
Hotel KL International
Apabila saya check in dikaunter mudah aja sebut nama maka kunci dah siap hanya tandatangan aja, selepas itu saya bagi tahu petang ini acara bebas semuanya seronok mereka habiskan masa dengan bershoping, malam kami berkumpul jam 8.30 malam untuk makan malam.
Cukup aja masa semua dah berkumpul, maka kami beramai-ramai pergi ke restoran terletak di belakang Hotel KL International.
Makan dah pun sampai
Waw sedapnya cucu makan kambing
Selepas makan semuanya kenyang masing-masing naik ke bilik hotel tidor, keesokanya pagi semua ambil breakfast ditingkat 4 hotel alhamdulilah semua kenyang muka pun nampak ceria jam 10.00 pagi kami check out kecuali kak Long sekeluarga masih stay 1 malam lagi diHotel City Park.
Makan pagi
Cucu-cucu sedang makan
Rombongan kami yang berbaki lagi 3 keluarga selepas makan pagi kami terus bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke Sunway City Ipoh yang terletak di Tambun, Perak.
No comments:
Post a Comment