Sunday, November 28, 2010

Mesyuarat/Perbincangan Industri Ikan Air Tawar

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad diantara 9 koperasi telah dijemput oleh SKM Wilayah Persekutuan untuk menduduki sebagai Jawatankuasa Kerja Pakatan Strategik Industri Ikan Air Tawar. Malam ini 28-11-2010 telah berlangsungnya mesyuarat pertama bagi Jawatankuasa ini bertempat diHotel Regency Alor Setar, Kedah.

Puan Hajjah Meriam binti Md.Nor ditengah
bersasma-sama dengan Pegawai-pegawainya

Puan Hajah Meriam binti Md.Nor, Pengarah Bahagian Promosi Dan Pembangunan SKM Ibu Pejabat telah menpengerusikan mesyuarat awal dan beliau telah menerangkan tujuan diadakan perjumpaan pada malam ini dikalangan Koperasi-koperasi yang hazir. Beliau juga menyarankan supaya mesyuarat malam ini  salah satu ajendanya melantik Pengerusi dan Jawatankuasa Kerja Pakatan Strategik Industri Ikan Air Tawar.

Objektifnya

1.  Untuk meningkat kerjasama strategik dan jaringan perniagaan antara koperasi-koperasi yang bergiat
     dalam sektor ternakan ikan air tawar.
2.  Untuk bertukar-bertukar fikiran dan pandangan dalam aktiviti ternakan ikan air tawar.
3.  Untuk menggabungkan produk-produk koperasi untuk dipasarkan secara bersama.

Puan Hajjah Meriam sedang memberi ucapan

Pegawai-pegawai SKM yang turut hazir En. Amirnudin bin Yahya, Ketua Penolong Pengarah, En. Norhisham bin Muhamad Ali, En. Baharom bin Sharif, En. Sufian bin Hashim dan En. Mohd. Dzahir bin Ahmad.

Peserta-peserta yang hazir
Wakil Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad
Haji Mohd. Faizi Aznam memberi pendapat

Mesyuarat berakhir pada jam 11.30 malam insyaallah jumpa lagi 3 bulan yang akan datang di Kuala Kangsar jika dipersetujui.

No comments:

Post a Comment