Monday, November 1, 2010

Pelancaran Kempen Mengurangkan Pengunaan Beg Plastik

Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah berjaya mengadakan Majlis Pelancaran Kempen Mengurangkan Pengunaan Beg Plastik pada 30-10-2010 bertempat di Pasaraya Star Parade, Jalan Telok Wanjah, Alor Setar, Kedah.

(Tempat inilah tempat lahir ku sebelum ini ianya adalah Kuaters kediaman pekerja-pekerja Majlis Kerajaan Tempatan ketika itu dinamakan Berek Town Board, saya dibesarkan di kawasan ini.)


Majlis Perasmian dilakukan oleh Tuan Setiausaha Majlis Bandaraya Alor Setar bagi mewakili YBhg. Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Alor Setar. Majlis ini mendapat sambutan yang mengalakan dari orang ramai, Bank CIMB adalah penaja utama dalam program ini.

Tuan Setiausaha, Majlis Bandaraya Alor Setar
Orang ramai yang menyertai program ini
En. Pissal mewakili Syarikat environment Idaman
Penyelia-Penyelia turut hazir bersama
Pekerja MBAS sedang mengedarkan beg kepada pengunjung

environment Idaman juga turut memberi sumbangan merupakan topi untuk diberi kepada semua pengunjung yang menghaziri program tersebut. 

No comments:

Post a Comment