Saturday, November 20, 2010

Awana Genting Highland

Kak Ngah Kak Cik terlebih dahulu telah membuat booking bilik 15 hari sebelum bertolak ke Genting, Alhamdulilah sesampainya kami di Awana Genting Highland dengan kemudahan tempat letak kereta bertingkat disediakan kami tidak menghadapi masaalah bab parking kereta. 

Pintu hadapan Hotel Awana

Apabila Kak Ngah pergi ketempat receiption waw ramainya terpaksa berbaris panjang untuk membuat check in, sejam juga kami menunggu akhirnya dapatlah 5 bilik seperti yang ditempah untuk 3 hari 2 malam, berapa bayaran tau boleh tahan juga RM 3,800.00.

Kak Ngah beratur check in bilik
Bilik dah dapat
Dihadapan pinti masuk Awana


Tapi apa nak kata masuk saja kami ke bilik uuhhh... hebatnya banyak kemudahan yang disediakan kena la pada harganya.  Selepas itu dengan tidak membuang masa,  kami semua naik kereta sendiri terus keatas pergi ke First World untuk bermain pelbagai jenis permainan.

Sampainya kami disana uuuhhh ramainya manusia boleh dipuji tempat parking kereta bertingkat yang disediakan untuk pelancong adalah percuma lega rasanya.  Ketika ini hujan dah mula turun jadi kami tidak turun ke bawah kerana terlalu sejuk kami terus naik keatas untu indoor game.

Parking kereta bertingkat

Aaahhhh lapar terus kami pergi disalah satu gerai iaitu marrybrown untuk makan harganya faham aja la namun begitu lapar punya pasal apa lagi kebas aja la wang belakang kira yang penting makan. Selepas makan kami berjalan-jalan disekitar Bangunan tersebut akhirnya kami beramai masuk kerumah Salji, masuknya kami disana waw sejuknya maka bergambarlah kami.

kak Ngah,Kak Chik order makan
Cucu sedang makan
Melihat permainan

Masih berjalan-jalan
Masuk kerumah salji

Yang syoknya kami masuk 6 orang rumah Terbang Angkasa waaaawwww hebatnya boleh tengok video clip nanti, kami berjaya semua mendapat sijil.

Abah,Kak Long, Kak Chik, Abang Chik Cucu
memakai baju angkasawan
Bersama Cucu-cucu
Kami dapat sijil

Pada 21-11-2010 jam 11.30 pagi kami semua 4 keluarga check out untuk menuju ke Kuala Lumpur bermalam di Hotel KL lnternational.

Bye bye kami nak ke KL

1 comment:

  1. syoknyer en pissal...jangan lupa bawak buah tangan untuk zira ek...hehehee

    ReplyDelete