Permohonan untuk menubuh Kelab telah diserahkan kepada Pegawai Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Kedah beralamat Aras 3 Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Komplek Pentadbiran Kerajaan Perseketuan Bandar Mu' adzam Shah, Alor Setar, Kedah pada 28 Disember 2009.
Amat terasa lega apabila Pendaftar Pertubuhan memangil Pengerusi dan Setiausaha Kelab pada 25 Februari 2010 (Khamis) bagi tujuan urusan pindaan dan perbetulan undang-undang Pertubuhan selaras dengan Akta Pertubuhan, 1966 sebelum ianya didaftarkan.
Setelah berjumpa dan berbincang, Pegawai pendaftar bersetuju dengan cadangan dari kelab sukan dan kebajikan, environment ldaman diadakan mesyuarat agungnya Dwi Tahunan sekali.
Semua borang-borang serta deraf peraturan dan undang-undang yang telah siap sepenuhnya diserah kembali kepada pegawai pendaftar, selepas 5 hari saya sekali lagi dipanggil berjumpa dengan pegawai tersebut dan beliau meminta supaya saya memperbetulkan kembali ejaan-ejaan yang tersilap.
Hai mengeluhnya saya ketika itu terasa letih ingat kot dah ok semua, tapi oleh kerana ada suntikan semangat dari BOS No.1 dari Idaman maka saya balik segera ke pejabat terus buat pembetulan seperti yang diarahkan, keesokanya saya sekali lagi ke Pejabat Pendaftaran beri kepada pegawai tersebut dan beliau berjanji akan semak dan jikalau ada lagi kesilapan beliau akan sekali lagi memanggil saya.
Alhamdulilah dengan berkat doa serta kesabaran tidak sampai sebulan saya menerima talipon dari pegawai pendaftar memaklumkan bahawa Pendaftaran sebagai Kelab Sukan dan Kebajikan environment Idaman telah DILULUSKAN pada 17 Mac 2010 dan beliau menjemput saya datang ke pejabat untuk mengambil SIJIL PENDAFTARAN dengan nombor Pendaftaran 0639-10-KDH.
Sehingga kehari ini mesyuarat jawatankuasa telah diadakan sebanyak 2 kali bagi tujuan penubuhan biro-biro serta melantik pengerusi-pengerusi biro. Setiap pengerusi-pengerusi biro sudah pun mengadakan mesyuarat biro masing-masing dengan mencadangkan beberapa aktiviti yang hendak dijalankan.
Sehingga kini biro kebajikan mendahului dari lain-lain biro didalam melaksanakan aktiviti-aktiviti biro khususnya didalam hal-hal kematian. Terdapat 11 kematian sehingga kini iaitu 2 orang dari Pekerja (Ahli) yang selebihnya Ibu dan Bapa.
Derma yang telah dikeluarkan sehingga kini hasil sumbangan dari Pekerja-pekerja (Ahli Kelab) bagi tujuan membantu Pekerja-pekerja lebih kurang RM 8,915.00. Berikut adalah penerima-penerima yang menerima sumbangan kematian.
En. Mhd. Saiful Anuar Chief Executive Officer telah
menyerahkan derma kematian dari Kelab sebanyak
RM 705.00 kepada En.Abu Bakar Hassan diatas
kematian Bapanya pada 02-03-2010
Puan Maheran Manager Finance & Account menyerahkan
derma kematian dari Kelab sebanyak RM 705.00 kepada
En.Alias Ismail kematian Ibunya pada 11-03-2010
En. Zamzuri Awang Pengerusi Kelab telah menyerahkan
derma kematian dari Kelab sebanyak RM 705.00 kepada
En.Shafie Awang diatas kematian Ibunya pada 30-03-2010
En Pissal Abu Setiausaha kelab menyerahkan derma kematian
dari Kelab sebanyak RM 705.00 kepada En.Zainudin Ramadzon
diatas kematian Ibunya pada 24-05-2010
En. Ahmad Kamal Manager HR & MIS menyerahkan
kepada Hosu Pendang sumbangan derma dari Kelab
untuk kematian anak pekerja di Pendang
Pn. Sunita Abd. Rahim Head Human Resources & Admin
mneyampaikan derma kematian dari Kelab sebanyak RM 705.00
kepada En. Salim Abudllah diatas kematian Ibunya
En. Raja Amir Hamzah Manager Fleet Management menyerahkan
derma kematian dari Kelab sebanyak RM 705.00 kepada
En. Jevaratnam diatas kematian Ibunya pada 03/11/2010
Dengan adanya Kelab maka dapatlah sedikit sebanyak ianya membantu warga kerja environment Idaman khususnya yang menjadi ahli kelab apabila semasa menghadapi masaalah kematian dan sebagainya. Pada pekerja yang belum atau ingin menjadi ahli kelab diminta menghubungi En.Pissal bin Abu Setiausaha Kelab untuk mendapatkan borang keahlian atau melalui email: pissal@e-idaman.com.
Semoga dengan kehaziran semua warga kerja sebagai ahli kelab ianya akan mengperkukuhkan lagi serta dapat memperbanyakan sumbangan derma serta aktiviti yang berfaedah kepada pekerja-pekerja khususnya ahli-ahli kelab.
No comments:
Post a Comment