Corporate Communication Department pagi ini turun padang dengan memberi taklimat motivasi menaikan semangat warga kerja environment Idaman yang mengalami Banjir baru-baru ini. Taklimat disampaikan oleh En.Pissal bin Abu kepada seramai 60 orang pekerja semasa menghaziri roll call pagi dengan dihaziri bersama En.Afanizam Head CCD, En. Mohd. Saiful Azali, Hosu, En. Zulkifli dan En. Jasni.
En. Pissal Abu sedang memberi Taklimat
Pekerja sedang mendengar Taklimat
En.Afzainizam, En.Shaiful Azali, En.Zulkfli dan En Jasni
Majlis hari ini juga telah dapat mengutip derma kilat bagi tujuan membantu pekerja-pekerja yang mengalami banjir dan akan dibahagikan samarata kepada mereka semua.
Kutipan derma tabung banjir
Video kutipan derma
Taklimat hari ini juga memaklumkan operasi menjalankan kerja-kerja pembersihan sampah sarap yang dibuang oleh penduduk bersabit dengan banjir. Rata-rata rumah boleh dikatakan telah mengambil kesempatan ini dengan membuag sampah perabot seperti almari, tilam, kerusi, meja dan sebagainya.
Kerja-kerja membersihkan diTaman Mashuri, Kbg. Pasu
Sampah dan Perabot Lrg 1
JCB membantu membersihkannya
Amat memeranjatkan kita semua apabila tinjauan dibuat dimerata-rata taman di sekitar Majlis Daerah Kubang Pasu khususnya taman-taman didalam Bandar alahai banyaknya sampah ibarat seperti ujudnya kilang sampah baru.
Lorong 2 Taman Mashuri
Lorong 2 Taman Mashuri
Lorong 3 Taman Mashuri
Semasa PBT Kedah belum diswastakan setiap PBT mengambil kesempatan dengan menganjurkan Gotong Royong Perdana dengan menjemput Jabatan-Jabatan Kerajaan seperti JKR, Tentera, Bomba dan lain-lain lagi bagi tujuan membersih semua sampah-sampah sarap termasok perabot-perabot dan membantu penduduk-penduduk membersihkan halaman rumah masing-masing.
Video Sampah dan Perabot Lrg 2
Sayangnya hari ini cuma ada 1 atau 2 PBT sahaja yang berbuat demikian yang lain lepas tangan semuanya serah bulat-bulat kepada Syarikat environment Idaman menjalankan pembersihan. Dengan banyaknya sampah serta perabot-perabot di taman-taman yang terlibat dengan banjir serta dengan tenaga kerja dan kenderaan yang ada maka ianya akan memakan masa yang agak panjang jika tanpa pertolongan dari PBT atau Jabatan-Jabatan Kerajaan yang lain.
Video Kerja-kerja pembersihan di Lrg 1
No comments:
Post a Comment